Oleh pada 30 Mar 2017 kategori

Tahukah anda, sebelum Hugh Jackman dipilih untuk memegang watak  Wolverine dalam francais X-Men , Bryan Singer telah memilih Dougray Scott untuk menggalasnya. Beberapa nama besar juga telah dipertimbangkan termasuk Edward Norton, Russell Crowe dan Keanu Reeves. Malang sekali , Dougray Scott pada masa itu dipaksa untuk menarik diri dari penggambaran kerana jadual yang padat. Beliau juga pada masa itu sedang dalam penggambaran Mission Imposible: 2 dan pada masa yang sama mengalami kecederaan bahu ketika penggambaran.

Maka, Bryan Singer telah memanggil Russell Crowe, namun ditolak oleh Crowe. Hingga pada akhirnya Crowe mencadangkan seorang rakannya Hugh Jackman untuk mengisi kekosongan Wolverine. 

 Jackman yang membuat penampilan sulung di Hollywood pada fraincais pertama komik adiwira Marvel itu , tampak sesuai dan digilai oleh peminat seluruh dunia. Sejak dari itu, Jackman terus membawa watak Wolverine dalam semua sekuel X- Men  , sehinggalah pada sekuel terakhir Logan yang telah menemui peinat pada Februari 2017 yang lalu.

Pada tahun 2013, Dougray mengeluarkan kenyataan : " Saya sangat  seronok menonton filem  yang sepatutnya saya berlakon , saya rasa sangat bertuah ." Tambahnya lagi kepada Daily Record : " Saya suka Hugh , dia yang paling sesuai membawa watak Logan, saya tak rasa dia curi dari saya ." 

aa 789

Kanan Hugh Jackman, kiri Dougray Scott. Memang tak salah lagi pilihan pengarah. Jackman calon paling sesuai untuk memegang watak Logan. 



Hakcipta iluminasi.com (2017)