Oleh pada 06 Mar 2017 kategori
Filem "Logan" yang bakal ditayangkan di negara kita adalah filem terakhir yang menjadi pentas Hugh Jackman membawakan watak Wolverine atau nama manjanya, Logan. Watak tersebut tidak pernah terlepas daripada membuat kemunculan dalam trilogi filem X-Men yang pertama dan kedua, seterusnya membuat beberapa kemunculan dalam filem yang membabitkan watak superhero. Sebelum anda ke pawagam menonton filem Logan yang nampaknya bakal menjadi salah satu filem superhero paling baik reviu yang diterima, mari kita lihat 6 fakta berkenaan watak Wolverine atau Logan ini. 1. Wolverine membuat kemunculan pertama sebagai watak pembantu dalam siri komik Incredible Hulk.

BESARKAN TEKS     A-  A+

2. Wolverine adalah superhero pertama dalam siri komik Marvel yang berasal dari Kanada.

index jfif

3. "Logan" bukanlah nama sebenar Wolverine. Nama sebenarnya adalah James Howlett. James menggunakan nama tersebut selepas insiden di mana bapa kandungnya, Logan membunuh bapa angkatnya.

james howlett first claws1

4. Wolverine adalah seorang ayah kepada seorang mutan bernama Daken. Daken mempunyai sifat dan kuasa yang sama seperti ayahnya tetapi dia adalah seorang yang kejam dan jahat.

430449 wolverineorigins14

5. Apakah kelemahan Wolverine yang mempunyai badan yang mampu menyembuhkan diri sendiri secara pantas? Dia boleh mati jika dia lemas.

wolverine5rev

6. Yang terakhir, Wolverine dalam siri komik langsung tidak sama dengan rupa Wolverine dalam filem.

wolve




Hakcipta iluminasi.com (2017)