Oleh pada 17 Nov 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Idris Khan

Idris Khan, 29, menepis dakwaan kononnya dialah pelakon popular yang menghamilkan wanita anak luar nikah.

Aktor itu bagaimanapun turut tertanya-tanya tentang identiti pelakon yang dimaksudkan.

"Siapa tu? Saya pun nak tahu juga, rasanya kalau betul itu saya memang sudah tak jadi kahwinlah," katanya yang dipetik daripada portal Astro Gempak.

Idris membuat kenyataan tersebut di majlis pelancaran Idealyst Medispa Putrajaya pada Rabu.

Menerusi laporan yang dikeluarkan Mstar Online, seorang wanita berumur 20-an mendakwa telah terlanjur dengan seorang pelakon popular hingga hamil tiga bulan.

Dedah wanita itu, pelakon tersebut enggan bertanggungjawab dan telah diserang kekasih pelakon itu apabila dia cuba menghubunginya.

Spekulasi yang diperkatakan di media sosial ini menghangatkan lagi teka-teki identiti pelakon berkenaan, dan antara nama yang sebut-sebut termasuklah Idris.

gosip hamilkan wanita ini respon idris khan 2

Kredit foto: Instagram Sanaa Jeljalane

Sedang dalam persiapan perkahwinannya dengan gadis Maghribi, Sanaa Jeljalane, 26, yang bakal berlangsung pada 20 Januari 2018, Idris dalam perkembangan lain akan memulakan bisnes jagung bijirin di Pahang pada tahun hadapan, selain menerbitkan filem pertamanya, Gates of Lazuardi dalam tempoh terdekat.

Sumber berita: Astro Gempak 




Hakcipta iluminasi.com (2017)