Biodata

1. Pemilik nama penuh Idris Khan bin Abdul Ghaffar Khan. Dikenali sebagai Idris Khan.

2. Lahir pada 15 Disember 1988 di Libya, Afrika Utara. Kini berumur 31 tahun.

3. Kediamannya terletak di Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia.

4. Menceburi bidang seni sejak tahun 2015 sebagai pelakon dan model.

5. Anak kelima dari enam beradik yang mana kesemuanya adalah lelaki.

6. Sewaktu membesar, pekerjaan bapanya yang menuntut tugasan di luar negara menyebabkan beliau bersama keluarga sering berpindah-randah di beberapa buah negara seperti Perancis, Belgium, Taiwan, Hong Kong, Oman dan Pakistan. Namun persaraan bapanya itu akhirnya membawa mereka pulang semula ke Malaysia iaitu ketika Idris berusia 15 tahun.

7. Menerima tawaran sebagai model sejak umur 18 tahun.

8. Berkelulusan dalam bidang Perniagaan Antarabangsa di Universiti HELP.

9. Pernah berkhidmat sebagai pengawai khas di pejabat Perdana Menteri bersama Penasihat Perdana Menteri selama dua tahun.

10. Bekas finalis Hero Remaja tahun 2007/2008 yang turut disertai pelakon Kamal Adli, Fizo Omar dan Ammar Alfian. Beliau menyandang gelaran Hero Macho & Hero Cool.

11. Mula berlakon dalam drama Puteri Gunung Ledang siaran HyppTV di bawah produksi A. Aida Production pada 2015.

12. Namun namanya hanya memuncak selepas diberi peranan watak utama bernama Zafran Aldrin dalam drama TV3 berjudul Duda Terlajak Laris yang turut dibintangi Zara Zya dan Wawa Zainal

13. Antara lain, Idris pernah membintangi drama Abang Sado Jemur Kain, Cinta Hati Abah, Bodyguard, Mr. Donat Karamel, Cik Serba Tahu, Salon, Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin, Asalkan Dia Bahagia dan banyak lagi.

14. Juga telefilem, antaranya Pujaan Malaya, Trauma, Isteri Untuk Abang Long, Demi Hati Arjuna, 30 Hari Membunuh Cinta, Cubaan Bahagia, Syaitan dan Saya Jual Ye Bang.

15. Beliau kini sedang berhubungan cinta dengan Sanaa Jaffer yang merupakan gadis Maghribi.

Foto

biodata idris khan pelakon drama asalkan dia bahagia 2

biodata idris khan pelakon drama asalkan dia bahagia 3

biodata idris khan pelakon drama asalkan dia bahagia 4

biodata idris khan pelakon drama asalkan dia bahagia 5

biodata idris khan pelakon drama asalkan dia bahagia 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Utusan

3. Mstar

4. Instagram Idris Khan

5. Youtube Astro Awani




Hakcipta iluminasi.com (2017)