Oleh pada 04 Aug 2017 kategori

Pada tahun 80-an, rejim komunis Fidel Castro di Cuba tidak menerima dengan baik sesiapa sahaja yang mencuba gaya hidup lain daripada yang lain. Antara golongan yang dikecam itu termasuklah sekumpulan remaja punk yang menggelarkan diri mereka "los frikis".

los frikis sengaja menyuntik diri dengan hiv

Disebabkan kumpulan itu mempunyai penampilan yang berbeza dan tidak diendahkan oleh masyarakat, los frikis dilayan dengan teruk sehingga menjadi sasaran dan diganggu oleh pihak polis secara agresif. Mereka tiada tempat tinggal, perlu mengemis untuk mendapatkan makanan, tidak diberikan sebarang keistimewaan seperti kemudahan perkhidmatan kesihatan serta peluang pekerjaan.

los frikis ramai anak muda mati dengan suntikan hiv

Salah seorang anggota kumpulan itu, Gerson Govea menjadi terdesak kerana kesempitan hidup. Apabila dia mendapat tahu rakannya dijangkiti HIV, dia menyuntik diri sendiri dengan darah rakannya supaya virus itu menjangkiti dirinya pula.

Kenapa terdesak sampai begitu sekali? Gerson berbuat demikian supaya dia dapat tinggal di salah sebuah sanatorium yang disediakan untuk penghidap HIV/AIDS.

gerson govea los frikis

Lama-kelamaan, ahli los frikis yang lain mula mengikut jejak langkah Gerson iaitu sengaja menyuntik diri sendiri dengan virus HIV. Ini disebabkan kehidupan di sanatorium jauh lebih baik kerana mereka mendapat perlindungan, makanan, perkhidmatan kesihatan dan yang paling penting mereka bebas daripada gangguan.

Buat seketika, ramai frikis yang berjaya tinggal di banyak pusat perlindungan sehingga ia menjadi sebuah parti besar-besaran yang menggembirakan dengan alunan muzik kegemaran mereka. Namun, sudah pasti simptom penyakit AIDS yang dijangkiti mula memakan diri walaupun dengan jagaan kesihatan oleh pihak sanatorium.

los frikis suka muzik

Bagi kebanyakan frikis, menyuntik diri dengan virus HIV/AIDS itu merupakan pilihan terakhir sebagai bukti pemberontakan mereka terhadap rejim Castro. Frikis mahu membuat pilihan sendiri bagaimana mereka mahu hidup dan bagaimana mereka akan mati.

Sehingga tahun 2000, hampir kesemua frikis di sanatorium itu mati akibat komplikasi AIDS. Majoriti frikis itu masih muda dan berusia bawah 20 tahun semasa dijangkiti virus itu. Mereka tidak takut untuk menempah maut kerana mempercayai kematian itu hanyalah sebuah pintu yang perlu dilalui.

los frikis

Dikhabarkan Gerson merupakan salah seorang daripada dua frikis terakhir yang hidup. Walaupun frikis yang hidup lama dengan mempertaruhkan sistem imun diri dan mengalami pelbagai masalah kesihatan sepanjang hayat, mereka masih percaya yang setiap orang perlu mempertahankan pendirian untuk hidup dengan bebas.

Bagi golongan punk di Cuba, walaupun kesemua generasi pertama frikis telah meninggal dunia, legasi keberanian dan kesetiaan mereka tetap akan disanjung dan diingati selama-lamanya.

gerson govea pelopor los frikis cucuk hiv dalam badan sendiri

Banyak pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini. Apa-apapun, cubaan membunuh diri dengan perbuatan yang memudaratkan seperti itu adalah berdosa besar dan sangat dimurkai Allah. Walau seteruk mana pun dugaan yang melanda, hadapilah dengan sabar dan jangan sesekali ambil jalan mudah.

Rujukan: NDTV


tags : , , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)