Oleh pada 15 Feb 2018 kategori

Sumber foto: BH Online & Mynewshub

Seorang ibu terpaksa menghadapi detik menyedihkan setelah anak lelakinya berumur 3 tahun meninggal dunia setelah diseret secara tidak sengaja oleh kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya melebihi 10 meter di Taman Rinting, Masai, Pasir Gudang, semalam.

Menurut sahabat keluarga tersebut yang tidak mahu identitinya didedahkan, insiden terjadi pada pukul 12.30 tengah hari dimana wanita berkenaan ingin pergi berniaga makanan ringan berdekatan sebuah sekolah.

Dia memberitahu, ibu mangsa yang berumur 30-an menduga anak bongsu daripada 5 beradik itu sedang berada di dalam kediaman mereka.

"Ibu mangsa yang memandu Perodua Alza hanya menyedari kejadian selepas memandu sejauh beberapa meter ke hadapan.

"Apabila ibu mangsa turun dari kenderaan kerana menyangka terdapat objek yang tersangkut, dia terkejut mendapati anak bongsunya berada di bawah ‘bumper’ hadapan.

"Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Penawar Pasir Gudang, namun gagal diselamatkan.

"Ibu mangsa begitu sedih dengan apa yang berlaku, dan sebagai wanita serta rakan saya dapat merasakan perasaan pilu dan trauma dialaminya," ujarnya.

Dalam pada itu, ibu mangsa memberitahu, dia menduga keretanya itu menyeret sampah yang terlekat pada bahagian bumper.

Namun, dia terperanjat sebaik mengetahui anaknya berada di bawah bumper dalam keadaan lemah.

"Saya masih keliru dengan apa yang berlaku kerana ketika keluar rumah, anak masih di dalam rumah," ujarnya semasa dihubungi.

Suasana sedih menyelubungi perkarangan Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), petang semalam dimana ibu mangsa juga memegang bekalan susu yang selalu dibancuh buat mangsa.

Bahkan, beberapa rakan keluarga mangsa turut datang untuk menunjukkan sokongan moral terhadap ibu mangsa agar cekal berdepan ujian terbabit.

Deputi Superintendan Norazam Shaari selaku Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam mengakui insiden itu.

"Ketika ibu mangsa memandu keluar dari rumah, dia merasakan sesuatu berada di bawah bumper kenderaannya.

"Apabila wanita berkenaan turun dari kenderaan, dia mendapati anak bongsu berada di bawah bumper hadapan.

"Mangsa dibawa ke Hospital Penawar Pasir Gudang untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia," ujarnya semasa dihubungi.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)