Oleh pada 16 Apr 2017 kategori

Kredit foto: mStar Online

Sewaktu menghadiri Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL 2017) baru-baru ini, pelakon Nadia Brian dilihat diiringi dua orang pengawal peribadi. 

Mengakui perkara tersebut, Nadia bagaimanapun berkata mereka bukan pengawal peribadi yang berkhidmat secara tetap untuknya.

Bukan pengawal peribadi saya, siapalah Nadia Brian nak pasang bodyguard. Mereka sebenarnya adalah pengawal peribadi kepada seorang kenalan baik saya.


Saya hanya pinjam sekejap untuk ke majlis itu, mereka tolong hantar saya ke sana bagi memudahkan urusan parkir.


Bukan saya seorang, Reen Rahim pun ada bersama saya.

Berikutan itu, tersebar desas-desus kononnya pelakon drama 'Akulah Balqis' itu sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang anak VVIP bagi tujuan keselamatan.

Bagaimanapun, Nadia menafikan dakwaan tersebut.

Lelaki itu adalah teman baik saya. Kami kenal sejak 2013 sebelum saya menyertai dunia lakonan, masa itu saya masih belajar di UiTM.


Kami memang berkawan rapat, tapi dia hanyalah orang biasa, bukan anak VVIP seperti yang didakwa.

Mengulas lanjut berkenaan jejaka yang identitinya enggan didedahkan itu, Nadia tidak memberi sebarang kepastian akan status perhubungan mereka. 

Sudah empat tahun kami berkenalan, saya memang selesa ketika bersamanya. Namun jika nak katakan dia adalah teman lelaki saya, itu tak pasti.


Tunggulah, kalau ada apa-apa maklumat mengenainya saya akan kongsikan.

Dalam hal yang lain, Nadia kini sedang sibuk di lokasi penggambaran dua telefilem berjudul 'Haluan' dan 'My Sweet Lavender'.

Sumber: mStar Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)