Oleh pada 08 Mar 2018 kategori

Bagi seorang lelaki yang telah membantu memperkenalkan kita dengan zaman digital, Steve Jobs nampak hebat dari segala aspek. Tapi tahukah anda, beliau juga pernah menjadi seorang yang huru-hara seperti orang kebanyakan yang lain?

Pada tahun 1973, mendiang pengasas Apple ini cuma berusia 18 tahun dan ingin berhenti melanjutkan pelajarannya di kolej. Ketika itu, beliau bercadang untuk berkecimpung dengan projek-projek teknologi bersama temannya, Steve Wozniak.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jenama Apple masih belum berpucuk lagi dan Jobs memerlukan pendapatan tetap untuk menyara kehidupan dan membayar segala bil. Jadi, beliau memulakan pencarian kerja dengan mengisi satu borang untuk sejenis pekerjaan yang tidak dapat kami kenal pasti.

borang permohonan kerja yang diisi dengan teruk steve jobs akan dilelong 3

Jika anda merupakan seorang pegawai Sumber Manusia atau seorang majikan, sudah pasti anda akan terus menolak permohonan Jobs. Ia adalah sangat teruk. Lihat sendiri borang yang diisi Jobs:

borang permohonan kerja yang diisi dengan teruk steve jobs akan dilelong 5

Nama : "Steven jobs" (Mengapakah beliau tidak menggunakan huruf besar? Tiada siapa yang tahu.)

Alamat : "reed college" 

Phone : "none" 

Major : "english lit"

Borang permohonan yang kelihatan huru-hara dan diisi secara semberono ini akan dilelong bermula hari ini, 8 Mac sehingga 15 Mac di RR Auction House dan dijangka terjual melebihi $50,000. Siapa sangka, seorang peramal teknologi abad ke-20 yang akan diingati sepanjang zaman ini pernah mengisi sehelai borang yang penuh dengan kesilapan bukan-bukan dan kesalahan ejaan. Walaupun adakalanya laporan berita menyebutnya sebagai disleksia, Jobs tidak pernah mengesahkan hal itu.

borang permohonan kerja yang diisi dengan teruk steve jobs akan dilelong 2

Di pertengahan muka surat borang tersebut, Jobs telah membiarkan bahagian di mana calon perlu mengisi pengalaman kerja dan senarai majikan terdahulu kosong begitu sahaja. Manakala di bahagian bawah, beliau menjawab "yes" untuk menunjukkan yang beliau mempunyai lesen memandu. Namun, jawapannya kepada soalan berikutnya agak mengelirukan.

Akses kepada pengangkutan? "possible, but not probable" (mungkin, tetapi tidak mungkin)

Kemudian, benih-benih genius tersebut mula kelihatan pada bahagian yang paling penting iaitu kemahiran. Jobs menandakan 'ya' kerana mempunyai kemahiran komputer dan kalkulator. Namun, jawapan ini dirosakkan dengan penambahan "design, tech" di bawahnya berserta dua anak panah bercabang.

Bagi kebolehan istimewa, Jobs menyenaraikan "electronics tech or design engineer. digital." sebelum tersalah ejaan "Hewitt-Packard."

borang permohonan kerja yang diisi dengan teruk steve jobs akan dilelong 4

Secara keseluruhannya, ia bukanlah satu permohonan yang mantap. Kami juga kurang pasti jika beliau telah berjaya mendapatkan pekerjaan menggunakan borang tersebut (walaupun kebarangkaliannya adalah sangat tipis).

Apa yang lebih penting, sejarah telah membuktikan halangan kecil seperti ini adalah tidak penting.

Tahun berikutnya, Jobs telah berkunjung ke India sebelum pulang untuk membantu Wozniak mereka bentuk papan litar bagi Atari.

Kemudian bermulalah penciptaan Apple I, Apple II, Mac. Diikuti dengan Macs, iPhone, iPad. Kisah selanjutnya tidak perlu diceritakan lagi.

borang permohonan kerja yang diisi dengan teruk steve jobs akan dilelong 6

Pengajaran daripada borang permohonan ini? Kami juga tidak pasti. Mungkin ia menunjukkan yang Steve Jobs adalah seorang yang sangat selekeh dan tiada hala tuju semasa zaman muda remajanya. Atau mungkin borang permohonan itu menunjukkan tanda-tanda disleksianya seperti yang digembar-gemburkan.

Apa-apapun, mesej paling penting adalah jika anda benar-benar menginginkan sesuatu, tidak kisahlah berapa banyak kesalahan ejaan atau kegagalan yang anda perlu lalui. Jika anda sangat yakin dan berusaha dengan gigih, kesemua impian anda boleh menjadi satu kenyataan. Anda juga tidak boleh putus asa atau berasa malu bila orang mentertawakan anda.

borang permohonan kerja yang diisi dengan teruk steve jobs akan dilelong 7

Daripada tidak tahu mengisi borang permohonan kerja dengan betul, Steve Jobs akhirnya menjadi seorang legenda yang mencipta sejarah dengan menguasai bidang teknologi dan reka bentuk antara muka. Hebat!




Hakcipta iluminasi.com (2017)