iluminasi steve jobs iphone tabiat pelik apple6

Steve Jobs

Siapa yang tidak kenal beliau. Adakah beliau seorang yang mengubah dunia dengan ciptaan teknologi yang hebat, seorang yang mempunyai idea yang mengubah bagaimana kita memandang teknologi atau hanya seorang penjual yang sangat-sangat berbakat? Walau apa pun pandangan anda terhadap mendiang Steve Jobs, tidak dapat dinafikan yang beliau telah berjaya membawa syarikat Apple kembali daripada pupus sehingga mampu menjadi standard de facto kepada teknologi penghasilan telefon.

Namanya sudah tersemat dalam minda pengikut teknologi tetapi apabila dilihat dengan teliti, ada terlalu banyak kelompongan yang sepatutnya tidak berlaku dalam seorang yang digelarkan sebagai visionary yang mementingkan kesempurnaan.

Adakah anda salah seorang yang mengkagumi idea beliau? Jika ya, kami pasti anda tidak akan menggemari artikel ini kerana artikel ini membicarakan tentang perkara yang benar berlaku disebalik lelaki ikonik bernama Steve Jobs ini.

iluminasi steve jobs iphone tabiat pelik apple7

1. Gemar membasuh kakinya di dalam lubang jamban

Pada zaman permulaan Apple, Steve Jobs akan menggunakan satu teknik khas untuk menghilangkan ketegangan; beliau akan merendamkan kaki beliau dalam mangkuk tandas. Apa yang membimbangkan, beliau juga gemar berjalan kaki ayam di sekeliling pejabat tempat mereka semua bekerja.

iluminasi steve jobs iphone tabiat pelik apple5

2. Mengaku dirinya mandul untuk mengelak tuntutan hak penjagaan anak oleh ibu anaknya

Teman wanita pertama Jobs adalah seorang wanita bernama Chrisann Brennan. Mereka mula tinggal serumah tetapi berpisah selepas Brennan didapati mengandung. Pada bulan Mei 1978, Brennan melahirkan anak perempuan bernama Lisa dan Steve Jobs menafikan bayi tersebut adalah anak beliau, sehinggakan beliau mengaku yang beliau mandul. Brennan mengambil keputusan menyaman Jobs yang membuatkan beliau terpaksa mengambil ujian menentukan siapa bapa bayi tersebut. Memang benar Steve Jobs adalah bapa kepada Lisa dan yang penting, dia juga disahkan tidak mandul.

iluminasi steve jobs iphone tabiat pelik apple4

3. Pernah tai-chi kawan baik sendiri

Atari meminta Steve Jobs untuk menyiapkan sebuah permainan video bernama Breakout. Oleh kerana tidak tahu bagaimana hendak melakukan pengaturcaraan komputer, Jobs memohon bantuan rakan karibnya, Steve Wozniak. Wozniak berjaya menyiapkan permainan tersebut setelah bekerja selama 4 hari tanpa henti. Jobs berjanji untuk membahagikan upah yang dijanjikan sebanyak $750 bersama, tetapi dia tidak memberitahu Wozniak berkenaan bayaran bonus yang beliau terima jika permainan itu berjaya dipasaran. Wozniak mendapat $375 atas usahanya sementara jumlah yang diperolehi Jobs dilaporkan berkali-kali ganda daripada apa yang Wozniak perolehi.

iluminasi steve jobs iphone tabiat pelik apple

4. Obses dengan diet yang pelik-pelik

Oleh kerana terlalu obses dengan sebuah buku yang berjudul The Mucusless Diet Healing System tulisan Arnold Ehret, Jobs merasakan beliau hanya perlu makan buah dan sayuran sahaja supaya badannya tidak menghasilkan mucus yang mengandungi kuman dan bakteria. Dia pernah makan epal sahaja dalam seminggu dan dia juga percaya untuk mencuci badannya, beliau mengamalkan puasa.

iluminasi steve jobs iphone tabiat pelik apple2

5. Tidak mahu mandi kerana percaya badannya tidak akan berbau

Bekerja sebagai juruteknik dengan sebuah syarikat bernama Atari (yang masih wujud) Jobs dikenali sebagai "hippie yang badannya berbau" kerana terlalu obses dengan tabiat makannya yang pelik itu (rujuk poin di atas) membuatkan dia percaya badannya tidak menghasilkan bau badan, jadi dia percaya dirinya tidak perlu mandi. Oleh kerana Steve jobs percaya dia tidak perlu mandi, dia juga percaya dia tidak perlu memakai penyembur ketiak atau pewangi ketika bekerja.

iluminasi steve jobs iphone tabiat pelik apple8

6. Mempunyai masalah memilih makanan yang kronik

Pada satu hari, tukang masak untuk Steve Jobs yang bernama Bryar Brown akan menyediakan pelbagai masakan berkhasiat tetapi kesemuanya ditolak oleh Jobs dengan alasan tidak sesuai dimakan. Kemudian Jobs berkata yang dia hendak makan sedikit pai labu, jadi Brown menyediakan pai labu untuk Jobs. Dia hanya makan satu sudu sahaja.

iluminasi steve jobs iphone tabiat pelik apple3

7. Dia adalah seorang A**hole Bertaraf Dunia

Penulis biografi Steve Jobs, Walter Isaacson menamakan ada dua Jobs yang dia kenal. "Steve Baik" dan "Steve Jahat." Steve Baik adalah seorang yang berkarisma, mencari kesempurnaan serta seorang mampu menukarkan apa saja menjadi emas. Steve Jahat pula adalah seorang lelaki yang berperangai kebudak-budakan, kasar, suka membalas dendam, suka mengarah dan mengawal, seorang majikan yang tidak peduli perasaan pekerja bawahan, suka mencuri kredit hasil kerja orang lain, akan mengamuk jika dia tak dapat apa yang dia nak dan dia juga gemar meletakkan kereta diruangan khas OKU. Tak percaya?


Begitulah serba sedikit kisah mengenai Steve Jobs yang dapat kami kongsikan untuk anda. Persoalan yang kami ingin ajukan kepada anda;Adakah dia pelik atau dia sengaja berperangai pelik?

Rujukan

NY Post

IBTimes

Slate

NBC News


tags : , , , , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)