Kredit foto: Instagram Luca Sickta

    

Siapa Luca Sickta

Shameer Ashraf Shahruddin yang popular sebagai Luca Sickta, bersama Kmy Kmo merupakan gabungan duo rapper Malaysia yang cukup dikenali menerusi lagu Gong Nekara, 7 Nasihat dan Zuhud. 

Pendatang baharu dalam dunia muzik hip hop ini merupakan anak didik kepada bintang rap leganda, Malique.

   

Biodata / Profile / Latar Belakang

  • Pemilik nama sebenar, Shameer Ashraf Shahruddin.
  • Menggunakan nama pentas, Luca Sickta.
  • Berasal dari negeri Pahang.
  • Menceburi dunia muzik Malaysia sejak tahun 2013 sebagai penyanyi, komposer dan penulis lirik.
  • Memperjuangkan genre muzik Hip Hop.
  • Sering berpasangan duo dengan rapper seangkatannya, Kmy Kmo. 
  • Antara lagu dipopularkannya bersama Kmy Kmo termasuk Gong Nekara, Nekad, 7 Nasihat (duet bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza), Zuhud (duet bersama Datuk M Nasir) dan Tiada Kata Secantik Bahasa 2020 (duet bersama kumpulan Hijjaz dan Pasya).
  • Lain-lain single dendangannya seperti Jakun Dengan Mimpi, Yang Ini Yang Itu (duet bersama Heidi) dan Playaz (duet bersama Siqma, Benzooloo, B-Heart, Kmy Kmo, YonnyBoii dan DJ T-Bone).
  • Bergelar pengarah muzik dalam penghasilan lagu-lagu penyanyi tempatan, termasuk trek OST filem Bukan Cinta Malaikat arahan Aziz M Osman, drama Isteri Untuk Abang Long dan Bedah Oh Bedah (arahan Suhaimi Lua), drama Married Tapi Benci (arahan Ahmad Idham) dan album The Fabulous Cats Vol. 1 pada 2015.
  • Laman Instagramnya (IG) yang menggunakan nama akaun @lstheofficial sehingga kini mempunyai lebih 43,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Anak didik kepada rapper lagenda, Malique Ibrahim.
  • Namanya meledak selepas muncul dengan single Gong Nekara (bersama Kmy Kmo) yang dikatakan seolah ditujukan kepada rapper Altimet.
  • Berkhidmat sebagai jurutera muzik di syarikat rakaman Qarma Musiq yang ditubuhkan rapper Malique Ibrahim.
  • Pernah tercalon dalam kategori Artis Lelaki Paling Hot oleh stesen radio Hot FM.
  • Lagu 7 Nasihat dendangannya bersama Kmy Kmo dan Shiha Zikir (menggantikan tempat Datuk Siti Nurhaliza) terpilih untuk berentap di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke 35.
  • Wajahnya dikatakan mempunyai iras penyanyi remaja, Sufian Suhaimi.

   

Baca: Biodata Kmy Kmo

   

Foto

luca sickta

keluarga luca sickta

luca sickta songs

siapa luca sickta

nama sebenar luca sickta

luca sickta wikipedia

7 nasihat

luca sickta profile

kmy kmo

Kredit foto: Instagram Luca Sickta

     

Video

Kredit video: Bakat Lokal: Kmy Kmo & Luca Sickta | Borak Kopitiam (23 November 2019)

   

Sumber:

1. Gong Nekara tak sindir sesiapa

2. Luahan pengalaman

3. Zuhud dapat sentuhan M Nasir

4. Siti tunggu 'BBNU' setengah jam

5. Kmy Kmo, Luca Sickta Profile

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)