Kredit foto: Instagram Loca B

Siapa Loca B? Nabilah Hani Azali atau nama komersialnya, Loca B merupakan seorang penyanyi rap wanita Malaysia.

Beliau adalah isteri kepada Muhammad Azree Shah Awang Zamri atau lebih dikenali sebagai Tuju, ahli kumpulan hip hop, K-Clique.

Biodata / Profile / Latar Belakang

1. Pemilik nama sebenar Nabilah Hani Azali.

2. Menggunakan nama pentas, Loca B.

3. Berumur 29 tahun (2021).

4. Lahir dan berasal dari negeri Selangor.

5. Graduan University of Southampton, England.

6. Berkecimpung dalam dunia seni sebagai seorang penyanyi yang memperjuangkan genre muzik hip hop.

7. Antara lagu yang dipopularkannya termasuk Dendam Wanita, Laut (bersama Lil J dan Alan D), Cute / Stop Lah Being So Cute (bersama Harith Zazman dan MFMF), Gila (bersama Kaka Azraff dan Noki K-Clique), Permaisuri (bersama Nina Nadira), Empati (bersama Tuju), Tak Tahu (bersama Tuju, Harith Zazman dan MFMF), Naluri (bersama Tuju), Ulang (bersama AxelJonas, Alan D, IYB. Midnight, FareedPF, Tuju dan Aliana Azizi), Bintang (bersama Tuju), Tak Keysah (bersama Kayda dan Bubu Natassia), Show (bersama Tuju), 2x Gandah (bersama Amzeeq dan Baal) dan Cinta 3 Pagi (bersama Azreal).

8. Berkahwin dengan Muhammad Azree Shah Awang Zamri yang juga terkenal sebagai Tuju, salah seorang anggota kumpulan hip hop, K-Clique.

9. Akaun Instagramnya yang bernama @kuning.langsat sehingga kini mempunyai lebih 162,000 pengikut.

Fakta Menarik

1. Ibu kepada dua orang anak bernama Yusuf Alexander dan Bintang Aiko.

2. Penglibatannya dalam dunia hiburan asalnya tidak direstui keluarga - namun mereka akur selepas melihat kesungguhan yang dipamerkannya.

3. Awalnya menyimpan impian untuk menjadi penari sehingga menanam hasrat untuk bertanding dalam program realiti, So You Think You Can Dance, namun cita-citanya itu tidak kesampaian.

4. Mengidolakan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

5. Sangat mengutamakan soal privasi.

6. 'Fasih' dengan muzik rap.

7. Pernah berdepan kemurungan sejak menuntut di sekolah menengah, sebelum menjadikan muzik sebagai 'jalan keluar' kepada isu yang dihadapi.

8. Ingin menjadi inspirasi buat anak-anaknya dalam mengejar apa juga cita-cita yang diinginkan - selagi pekerjaan yang dilakukan memberikan kebaikan kepada diri sendiri mahupun masyarakat sekeliling.

9. Mengidam peluang untuk bekerjasama dengan penyanyi Aina Abdul dan Ernie Zakri.

10. Menjadi penyanyi rap wanita sulung yang memegang trofi Anugerah Juara Lagu iaitu pada edisi yang ke-35 (AJL35) baru-baru ini, menerusi lagu Gila, duet bersama Kaka Azraff dan Noki K-Clique.

Baca: Biodata Tuju K Clique

   

Gambar

umur loca b

loca b nama sebenar

loca b profile

tuju

tuju dan loca b

tuju loca b

loca b kahwin

loca b 562

tuju k clique 740

suami loca b 791

asal loca b

Kredit foto: Instagram Loca B

Video

Kredit video: Loca B & Tuju K-Clique rahsiakan jantina ‘Baby’ | MeleTOP | Lil J, Alan D | Nabil & Elly Mazlein

Sumber:

1. Jiwa muzik saya kuat – Loca B

2. "Sudah Lama Berkahwin Tetapi Bila Tarikhnya ..." - Tuju Selesa Simpan Hal Peribadi

3. Lagu Gila dinobat juara AJL35

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)