Kredit foto: Instagram Nubhan

   

Siapa Nubhan Ahamad? Nubhan atau nama penuhnya, Ahmad Nubhan bin Hj Ahamad merupakan seorang penyanyi Malaysia dan pemenang tempat ketiga rancangan realiti nyanyian, Akademi Fantasia Musim 6.

   

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Ahmad Nubhan bin Hj Ahamad.
  • Menggunakan nama komersial, Nubhan.
  • Berumur 34 tahun.
  • Lahir pada 2 April 1986.
  • Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
  • Merupakan anak bongsu daripada lapan orang adik-beradik.
  • Bergiat dalam dunia hiburan sejak tahun 2008 sebagai seorang penyanyi, pelakon, model dan pengacara.
  • Bakatnya dicungkil daripada pertandingan realiti nyanyian, Akademi Fantasia musim keenam (AF6) sebaris dengan Stacy, Lufya Omar, Ika Nabella (Ika Nabila) dan Saida Tarudin. Beliau menduduki tempat ketiga ketika konsert akhir.
  • Pernah merakamkan album berjudul Langkah Nubhan terbitan Disember 2010 yang memuatkan lagu-lagu hit seperti Oh Juwita, Seadanya Aku, Aku Atau Dia dan Mata Hati.
  • Lain-lain lagu dipopularkannya termasuk Indera (Duet bersama Stacy), Picisan, Cinta Kasih (duet bersama Mila Jirin), Kisah Kasih, Selamat Jalan Cinta dan Tak Tahan.
  • Antara drama lakonannya seperti Aku, Cinta Lelong, Ibu Mee Segera, Ada Cinta Di Hari Raya, Raya Yang Paling Raya, Corat Coret Raya AF6 dan Satu Hari Di Hari Raya. Penglibatan di layar perak menerusi filem Lagenda Budak Setan.
  • Dalam bidang pengacaraan, beliau pernah mengelolakan rancangan In-Trend di seluran RTM TV2.
  • Mendirikan rumah tangga dengan Dr. Afifah Hidayah Tawfek pada 29 Ogos 2015 yang mana perkahwinan dengan isterinya itu dikurniakan dua orang anak iaitu Aafiya Kamilia, 3 dan Ahmad Aaffan yang berumur setahun.

   

Fakta Menarik

  • Berketinggian 182 sentimeter (cm).
  • Terkenal dengan karakter vokal yang bersifat gemersik.
  • Diangkat sebagai Ikon Belia Remaja Perdana 2011 dan Ikon Belia Trofi Rakan Seni Budaya, Rakan Muda 2011.
  • Juga bergiat sebagai usahawan dengan mengusahakan produk kosmetik berjenama Juwita Divine.

  

Foto

nubhan dulu

kereta nubhan

wikipedia nubhan

nubhan dan isteri

isteri nubhan

nubhan af

nubhan 675

umur nubhan

nubhan ahmad

Kredit foto: Instagram Nubhan

   

Video

Kredit video: Kisah sebenar "LELAKI DAYUS"

   

Sumber:

1. Wikipedia Nubhan

2. Nubhan jutawan

3. Tunjal Kepala Isteri, Nubhan Perjelaskan Situasi Sebenar

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)