Kredit foto: Instagram Nelysa Norazlan , Facebook Nelysa Norazlan

   

Siapa Nelysa Norazlan? Beliau merupakan seorang personaliti media sosial yang terkenal di Malaysia dan terpilih sebagai salah seorang daripada lima calon teratas (Top 5) dalam kategori Digital Influencer Tergempak di acara Gempak Most Wanted Awards 2022. Bakal bersaing dengan empat lagi calon popular iaitu Azfar Heri, Imran Bard, Hafiz Mahamad dan Ceddy Ang.

Biodata

Nama sebenar: Nelysa binti Norazlan

Nama komersial: Nelysa Norazlan

Umur: 25 tahun (2023)

Tarikh lahir: 30 September 1998

Asal: Kuala Lumpur

Keluarga: Anak sulung daripada dua adik beradik

Pendidikan: Kolej Universiti Poly-Tech MARA

Kerjaya: Personaliti media sosial

Instagram (IG): @nelysa_norazlan

Latar Belakang Dan Fakta Menarik

1. Nelysa Norazlan, yang biasanya disapa sebagai Nely, menetap di kediamannya yang terletak di Kuala Lumpur.

2. Terdapat sebanyak 3.1 juta pengguna yang mengikuti akaun Tiktoknya, sementara akaun Instagramnya telah mencatatkan sebanyak 269,000 pengikut.

3. Pada tahun 2020, namanya menjadi terkenal selepas rakaman video yang menunjukkan dia jatuh semasa bermain dengan troli, selepas membeli barang keperluan, menjadi viral di laman Twitter kerana dianggap lucu oleh netizen.

4. Juga popular di media sosial kerana kerap berkongsi cerita mengenai adik lelakinya, Akif Naquiddin yang berusia 19 tahun dan menghidap satu jenis sindrom yang dikenali sebagai 'cri du chat' atau tangisan kucing, yang mengakibatkan pertumbuhan fizikal dan mentalnya terbantut.

5. Pada 27 November 2022, dia telah berkahwin dengan kekasih hatinya, Muhammad Multazam Nasir, setelah mengenali dan bercinta selama lapan tahun. Sebaik sahaja mereka bernikah, mereka telah berangkat ke Tanah Suci untuk melaksanakan ibadah umrah.

6. Antara kebolehan yang dimiliki oleh wanita yang bertubuh kecil ini adalah dalam bidang solekan yang merupakan minatnya.

7. Ketika ini, dia termasuk dalam senarai lima calon teratas (Top 5) untuk kategori Digital Influencer Tergempak di acara Gempak Most Wanted Awards 2022 yang akan diadakan pada 26 Februari 2023. Empat calon lain yang turut serta adalah Azfar Heri, Imran Bard, Hafiz Mahamad dan Ceddy Ang.

         

Baca: Senarai Keputusan Pemenang TikTok Awards Malaysia 2023 (Anugerah TikTok Malaysia 2023)

Baca: Senarai Calon, Kategori, Undian, Persembahan, Tarikh TikTok Awards Malaysia 2023 (Anugerah TikTok Malaysia 2023)

         

Gambar

nelysa norazlan ig

umur nelysa norazlan

nelysa norazlan wikipedia

nelysa norazlan

nelysa norazlan tiktok

keluarga nelysa norazlan

siapa nelysa norazlan

nelysa norazlan kahwin

nelysa norazlan produk

nelysa norazlan height

suami nelysa norazlan

Kredit foto: Instagram Nelysa Norazlan , Facebook Nelysa Norazlan

   

Video

Kredit video: Tak Sangka! Nelysa Norazlan Mengaku Pernah Anti Tik Tok | MeleTOP | Hawa & Nabil




Hakcipta iluminasi.com (2017)