Oleh pada 27 Aug 2023 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

        

TikTok Awards Malaysia 2023 berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur pada 27 Ogos 2023 dengan tema 'Yang Gah di Skrin Kecil,' sebagai penghormatan kepada pencipta kandungan tempatan yang berbakat.

Sebanyak 13 buah kategori dipertandingkan, yang terbahagi kepada Pilihan Juri (Judge Pick) dan Pilihan Peminat / Popular (People's Choice).

Bagi Pilihan Juri, keputusan ditentukan berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditetapkan oleh panel eksekutif, manakala untuk Pilihan Peminat, penentuan ini terbuka kepada orang ramai dan peminat yang menyumbangkan undi kepada pencipta pilihan mereka.

Acara meriah ini bermula dengan segmen Karpet Merah yang disampaikan oleh duo Ceddy Ang dan Sissy Imann sebagai hos. Di atas pentas utama pula, penonton dihiburkan dengan kehadiran trio Izzue Islam, Sherry Alhadad dan Amelia Henderson sebagai pengacara majlis.

Selain itu, acara turut dimeriahkan dengan persembahan menarik dari barisan penyanyi tempatan yang terkenal dan, tentunya, TikTok Content Creators yang menjadi kegemaran ramai seperti Sally Whoo, Ceddy Ang, Khairul Aming, Gaston Pong, Ryan Bakery dan ramai lagi!

Malam Kemuncak TikTok Awards Malaysia 2023 disiarkan secara langsung di saluran TV3 bermula pada pukul 9 malam, sementara karpet merah dimulakan di TV9 pada jam 8.30 malam. Peminat juga boleh menonton acara ini secara 'live' melalui penstriman di akaun TikTok Malaysia.

Berikut adalah senarai lengkap pemenang yang meraih trofi anugerah untuk setiap kategori yang dipertandingkan.

      

Strim 'live' secara online di akaun TikTok Malaysia - Mulai jam 8 Malam

Karpet Merah di TV9 - Jam 8:30 malam

Acara Utama di TV3 - Jam 9 malam

          

tiktok awards 2023 353

Kredit foto: Instagram TikTok Malaysia Official

         

Senarai Penuh Pemenang TikTok Awards Malaysia 2023        

         

Pilihan Peminat / Popular (People's Choice)

1. Creator of the Year - Khairul Aming @khairulaming

2. Rising Star of the Year - Ikhmal Nour @ikhmaln0ur

3. Popular Creator of the Year - Ryan Bakery @ryanbakery

4. Popular Animation Account of The Year - Upin & Ipin @upinipin.official

5. Celebrity of the Year - Aeril Zafrel @aerilzafrel8

6. Live Creator of the Year - Tiger Labu @tigerlabu

7. TikTok Shop Creator of the Year - Anas Zahrin @anaszahrin

        

Pilihan Juri (Judge Pick)

1. Best of Beauty & Fashion - Shahira Azlan @shahirazlan

2. Best of Education - Sir Asai @sir_asai

3. Best of Entertainment - Eiqa Maleq @eiqamaleq

4. Best of Foodie - Syifa Jamil @syifajamill

5. Best of Gaming - Sultan Riq @sultan_riq

6. Best of Sports - Khalish @kkhalishh

       

Baca: Senarai Calon, Kategori, Undian, Persembahan, Tarikh TikTok Awards Malaysia 2023 (Anugerah TikTok Malaysia 2023)

Baca: Biodata Sally Who (Sally Whoo), Personaliti TikTok Calon TikTok Awards Malaysia 2023

Baca: Biodata Ceddy Ang, Personaliti TikTok Calon TikTok Awards Malaysia 2023

Baca: 10 Fakta Biodata Khairul Aming, Personaliti TikTok Calon TikTok Awards Malaysia 2023

      

Kredit video: TikTok Awards Malaysia

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)