Biodata

1. BTS adalah singkatan kepada perkataan Bangtan Boys.

2. Dianggotai Suga, J-Hope, Rap Monster, Jimin, V, Jungkook dan Jin.

3. Mula menceburi bidang hiburan sejak tahun 2013.

4. Berada di bawah syarikat pengurusan BigHit Entertainment.

5. Memperjuangkan genre muzik K-pop, Hip hop, R&B, Tarian dan EDM.

6. Tidak hanya mencipta fenomena di Korea, malah mendapat perhatian di arena antarabangsa, sekaligus membuktikan bahasa bukanlah alasan untuk tidak menembusi pasaran muzik yang lebih luas.

7. Mencetuskan sejarah apabila berjaya menghuni kedudukan teratas carta muzik Billboard 200.

8. Merupakan kumpulan K-pop pertama yang mengungguli carta album di Amerika Syarikat.

9. Artis K-Pop pertama mendapat peluang berucap di perhimpunan tahunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

10. Mendapat sokongan kuat kelab peminat mereka yang digelarkan sebagai 'Army'.

11. Terdengar khabar kumpulan ini bakal dibubarkan sebelum akhirnya peminat boleh menarik nafas lega apabila pada Oktober tahun lalu, mereka dikatakan telah memperbaharui kontrak eksklusif bersama BigHit Entertainment untuk tempoh tujuh tahun akan datang.

12. Pada 2019, mereka bakal mengadakan siri konsert jelajah dinamakan BTS World Tour: Love Yourself yang akan bermula di Jepun, diikuti Singapura dan beberapa negara lain. Dikhabarkan, tiket konsert itu sudahpun 'licin'!

13. Selepas kejayaan kolaborasi bersama Steve Aoki dan Nicki Minaj, bakal menyusul lebih banyak gandingan dengan penyanyi lain pada tahun ini.

14. Penyanyi Yuna Zarai antara yang tidak melepaskan peluang untuk mengejar impian berkongsi pentas dengan mereka.

15. Tahun 2019 ini dijangkakan menjadi satu lagi tahun kegemilangan buat mereka dalam mengukuhkan pengaruh di kalangan peminat muzik sedunia.

Foto

biodata kumpulan k pop bts 2

biodata kumpulan k pop bts 3

biodata kumpulan k pop bts 4

biodata kumpulan k pop bts 5

biodata kumpulan k pop bts 6

Video

Kredit: 

1. Wikipedia

2. Utusan

3. Instagram BTS




Hakcipta iluminasi.com (2017)