Kredit foto: Instagram @projectorbandofficial

Biodata

1. Berasal dari Kuala Kubu Bharu, Selangor.

2. Dianggotai Iskandar Dzulqarnain selaku vokalis, Razif (gitaris utama), Isnaidi (gitrais kedua), Ahmad Khusairi (pemain bes) dan Syafiq (pemain dram).

3. Mula berkecimpung dalam dunia seni sejak tahun 2016.

4. Bernaung di bawah syarikat rakaman MAP Music.

5. Memperjuangkan genre muzik Pop Rock dan Slow Rock.

6. Pada 2014, video 'Sudah Ku Tahu' nyanyian mereka yang dimuat naik di Youtube tanpa diduga telah mencuri perhatian pendengar, sebelum akhirnya mereka ditawarkan menjadi artis rakaman di bawah naungan syarikat Map Music pada 11 Disember 2015.

7. Tidak gentar melawan arus dengan pertaruhan muzik ala 90-an, band ini memulakan langkah dengan penghasilan lebih banyak karya baharu. Menyusul kemudian, single Pasti Ada Kamu pada 2016, Sudah Ku Tahun Raya (2016), Aishah (2017), Meskipun Kau Tahu (2017), Setia Menantimu (2018), Percaya Hati, duet bersama Eka Sharif (2018), Rakan Teman Aidifitri (duet bersama Eka Sharif, Ashral Hassan, Iqmal Haziq, dan Emy Mentor) dan Cinta Kita (2019).

8. Menerusi 'Sudah Ku Tahu', mereka dianugerahkan trofi kategori 'Lagu Strim Paling Tinggi' dan 'Video Muzik Malaysia Paling Popular Di YouTube' di Anugerah Industri Muzik 22 (AIM22) pada 2016. Juga bergelar pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu 31 pada 2016.

       

Fakta Menarik

  • Mula ditubuhkan pada 25 Disember 2013.
  • Nama asal mereka ialah Projector yang diilhamkan oleh Ahmad Khusairi selaku pemain bes, sebelum ditukar kepada 'Projector Band'.
  • Projector Band awalnya hanya disertai tiga orang ahli iaitu Iskandar atau Is (vokalis), Razif atau Angah (gitar utama) dan Ahmad Khusairi atau Mat (gitar bes) sebelum penambahan dua lagi anggota baru iaitu Isnaidi atau Eddy (gitar kedua) dan Syafiq atau Apit (dram).
  • Kumpulan rock ini adalah anak didik Harry iaitu gitaris Kumpulan Khalifah.
  • Gitaris kumpulan, Razif mempunyai kebolehan mencipta dan menulis lagu.

Foto

biodata kumpulan projector band penyanyi lagu cinta kita 2

biodata kumpulan projector band penyanyi lagu cinta kita 3

biodata kumpulan projector band penyanyi lagu cinta kita 4

biodata kumpulan projector band penyanyi lagu cinta kita 5

biodata kumpulan projector band penyanyi lagu cinta kita 6

Kredit foto: Instagram @projectorbandofficial

Video

Kredit video: Youtube TV3 Malaysia Official

Sumber:

1. Wikipedia

2. Utusan

3. Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)