Oleh pada 04 Jul 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Henrietta Justine

    

Siapa Henrietta Justine? Henrietta Justine yang digelar "Sumandak Tambunan" merupakan pemain pasukan bola sepak wanita kebangsaan iaitu skuad Malayan Tigress.

Henrietta yang bermain di posisi penyerang untuk NSWFC (Negeri Sembilan Women's FC) adalah pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai dalam Liga Super Wanita Persatuan Bola Sepak Selangor (FASWSL) selepas menjadi wira yang menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan peringkat akhir.

Beliau yang disebut-sebut dengan jolokan 'Diamond of Sabah' bukan sahaja cemerlang dalam bidang sukan, malah berjaya dalam bidang akademik apabila menerima tawaran menyambung pengajian di peringkat Diploma di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

    

Biodata

Nama: Henrietta Justine

Umur: 19 tahun

Tempat lahir: Sabah

Asal: Kampung Kaingaran, Tambunan, Sabah

Pendidikan: Pengajian Diploma, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Kerjaya: Pemain bola sepak wanita kebangsaan

Posisi dalam skuad kebangsaan : Penyerang, MF

Anugerah : Most Valueable Player (MVP) Liga Bolasepak Wanita

Cita-cita : Bermain dengan kelab bolasepak terkemuka di luar negara

Instagram (IG): @henrietta.n12

Latar Belakang

Henrietta mula berjinak-jinak dalam dunia sukan bola sepak wanita sejak usia 10 tahun, melalui kejohanan sekolah.

Tidak mengabaikan pelajaran walaupun sibuk dengan aktiviti sukan, beliau menerima tawaran peringkat Diploma di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

 

Kini dia menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian, selain menyertai training sukan yang dijadualkan untuknya.

Selepas menamatkan pengajian di institusi tinggi, dia bercadang untuk meneruskan kerjayanya dalam bola sepak kerana ingin mengintai peluang lebih jauh dalam acara ini.

Menanam cita-cita bermain dalam kelab bola sepak terkemuka di luar negara, beliau berharap kejayaan yang diraih dapat menjadi inspirasi kepada generasi baharu untuk sentiasa melakukan yang terbaik tanpa mengira kekangan yang datang dalam hidup.

    

Pencapaian

Pada Januari 2022, jaringan tunggalnya telah berjaya mengangkat pasukan bola sepak wanita NSWFC (Negeri Sembilan Women's FC) sebagai juara sulung dalam Liga Super Wanita Persatuan Bola Sepak Selangor (FASWSL) dengan menewaskan The Footsouls menerusi kemenangan tipis 1-0.

Beliau merangkul Anugerah Pemain Paling Bernilai / Most Valuable Player (MVP) Liga Bolasepak Wanita selepas merekodkan 7 gol dan menyumbang 6 bantuan gol sepanjang kejohanan berkenaan.

   

Beliau menjadi wira kemenangan Dinolove FC di Kejohanan Liga Bolasepak Wanita Kuala Lumpur (KLWFC) pada awal Januari 2022, menerusi jaringan tunggal yang membawa kepada gelaran Pemain Terbaik di perlawanan akhir.

Dengan harapan dapat membawa nama Malaysia ke Piala Dunia Wanita sebagai negara keempat di Asia Tenggara, bagi mengikut jejak langkah Filipina, Vietnam dan Thailand, Henrietta berharap Malaysia dapat menambah bilangan liga wanita bagi melahirkan lebih ramai bakat baharu, di samping menyediakan program latihan yang lebih kukuh.

Pada Mac 2022, Henrietta mempersoalkan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang memutuskan untuk tidak menghantar skuad wanita ke Sukan SEA Hanoi memandangkan pemain bola sepak wanita negara dirasakannya sudah mempunyai kelayakan untuk beraksi di kejohanan antarabangsa.

     

Gambar

henrietta justine

bola sepak wanita malaysia

pemain bola sepak wanita malaysia

henrietta justine umur

henrietta justine wikipedia

henrietta justine ig

bola sepak wanita

liga bola sepak wanita malaysia

Kredit foto: Instagram Henrietta Justine

Video

Kredit video: "Kalau lelaki boleh, perempuan pun boleh" MVP Henrietta Justine yakin bola sepak wanita ada potensi

Sumber:

1. "Kalau lelaki boleh, perempuan pun boleh" MVP Henrietta Justine yakin bola sepak wanita ada potensi

2. Bola sepak wanita, bila pula giliran negara?

3. Henrietta Justine pertikai keputusan FAM tak hantar skuad wanita ke Sukan SEA




Hakcipta iluminasi.com (2017)