Kredit foto: Instagram Danish Iskandar , Facebook Danish Leh

   

Danish Iskandar adalah salah seorang pelakon yang akan membintangi drama berepisod Bukan Puteri Lindungan Bulan, yang diadaptasi dari novel karya penulis Liana Afiera Malik dan dijadualkan untuk ditayangkan mulai esok, 21 Mac 2023 dalam Slot Samarinda TV3.

Biodata Dan Latar Belakang

Nama sebenar: Muhammad Danish Iskandar bin Muhammad

Nama komersial: Danish Iskandar

Umur: 19 tahun (2023)

Tarikh lahir: 25 Oktober 2004

Asal: Menetap di Kuala Lumpur

Keluarga: Anak kedua daripada tiga adik beradik

Kerjaya: Pelakon dan model

Instagram (IG): @danishleh

    

Fakta Menarik

1. @danishleh ialah nama akaun Instagram Danish yang aktif di media sosial dan mempunyai sejumlah 61,900 pengikut.

2. Beliau menjadi kegemaran penonton menerusi kemunculannya dalam pelbagai drama popular di televisyen seperti Shah Alam 40000, Anak Sena, Ahli Bapak Bapak Club, Bukan Puteri Lindungan Bulan, Sekali Aku Bahagia, Baby Papa dan The Besties. Di antara beberapa drama ini ada yang masih menanti tarikh tayangan dalam waktu terdekat.

3. Nama Danish menjadi terkenal selepas berlakon dalam sebuah siri drama yang dikatakan mempromosikan hubungan sejenis.

4. Bagaimanapun dia menegaskan bahawa dia tidak diberikan maklumat yang jelas mengenai jalan cerita siri tersebut sebelum penggambaran dimulakan. Setelah menyedari hakikat yang sebenar, dia memilih untuk tidak mempromosikan karya berkenaan.

5. Bapa kepada Danish, Matz, yang sebenarnya bernama Muhammad Burhanuddin, juga merupakan seorang pelakon yang semakin popular selepas nama Danish viral. Hal ini disebabkan rata-rata netizen menganggap Matz mempunyai wajah yang kacak dan susuk tubuh yang sasa, walaupun usianya sudah mencecah 40-an. Matz sendiri juga merupakan seorang model yang meniti karier dalam bidang seni secara separuh masa sejak tahun 2006, tetapi menjurus sepenuhnya ke arah industri itu pada tahun 2015.

   

bapa danish iskandar

Matz, bapa kepada Danish Iskandar. Kredit foto: Instagram @matz_cyguy

6. Pada bulan Ogos 2022, Danish telah mengalami kemalangan jalan raya yang hampir membawa maut di Lebuh Raya Maju Expressway, Seri Kembangan semasa dalam perjalanan menuju ke Putrajaya bersama lima rakannya. Kemalangan berlaku apabila rakan pengendali kenderaan mengalami 'microsleep', dan kenderaan yang mereka naiki terbabas serta terlanggar pembahagi jalan.

7. Dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Danish telah memperoleh keputusan 4A dan lulus dalam kesemua sembilan mata pelajaran yang diambil untuk kelas Sains Tulen.

8. Dia kini dikenali sebagai pelakon melalui siri adaptasi novel karya Liana Afiera Malik, yang diberi tajuk Bukan Puteri Lindungan Bulan dan diarahkan oleh Pali Yahya. Siri ini ditayangkan di TV3 melalui slot Samarinda dan dibintangi oleh bintang-bintang seperti Janna Nick, Hisyam Hamid, Amar Baharin, Niena Baharun, Shah Iskandar, Afifah Nasir, Zarina Zainuddin, Nasz Sally dan Azhar Amir.

   

Gambar

danish iskandar

pelakon danish iskandar

danish iskandar ig

danish iskandar umur

danish iskandar wikipedia

danish iskandar instagram

danish iskandar drama

bukan puteri lindungan bulan

gambar danish iskandar

pelakon bukan puteri lindungan bulan

drama bukan puteri lindungan bulan

Kredit foto: Instagram Danish Iskandar , Facebook Danish Leh

   

Sumber:

1. Danish bersyukur makin okay

2. Bapa pelakon watak gay makin popular, ramai puji wajah tampan dan badan sado seperti Danish Iskandar

3. Danish Iskandar tak puas hati dapat 4A

4. Terlibat kemalangan, saya umpama diberi peluang hidup kedua – Danish Iskandar

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)