Kredit foto: Instagram Amelia Christie

    

Nama pelakon Amelia Christie Lim semakin popular di kalangan peminat seni hiburan berikutan spekulasi hubungannya dengan aktor duda terkenal, Sharnaaz Ahmad.

Malahan baru-baru ini, Sharnaaz yang akrab dipanggil 'Mamu' itu mengakui kepada sebuah portal bahawa beliau mempunyai teman rapat yang masih enggan didedahkan identitinya buat masa ini.

Menurut Sharnaaz, dia akan memberitahu segala-galanya tentang hubungannya dengan individu itu apabila mereka berdua sudah berada pada tahap hubungan yang serius.

    

amelia christie 38749

   

Sebagai informasi, Sharnaaz pernah berkahwin dengan Noor Nabila pada 31 Mac 2017 sebelum akhirnya mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 9 Julai 2020.

    

sharnaaz ahmad 74935

    

Dalam pada itu, adakah Amelia Christie wanita yang dimaksudkan olehnya, berikutan ramai yang mengaitkan dengan hubungan erat mereka sejak kebelakangan ini? Kita tunggu sahaja pengesahan daripada Sharnaaz sendiri.

Sementara itu, kami ingin berkongsi serba sedikit butiran biodata tentang aktres jelita itu yang semakin popular dan menarik perhatian media kini.

     

Biodata Amelia Christie Lim

Nama komersial: Amelia Christie, Amelia Christie Lim

Umur: 23 tahun (2023)

Kerjaya: Pelakon

Instagram (IG): @ameliachristie___

     

Latar Belakang

1. Akaun Instagram beliau @ameliachristie___ telah mempunyai lebih daripada 60,500 pengikut sehingga kini.

2. Antara drama TV yang pernah melibatkan beliau dalam lakonan ialah Histeria The Series, Bawah Blok, Cinta Hilang Kata dan 7 Hari Mencintaiku (Musim 2).

3. Penampilannya yang akan datang adalah dalam dua drama terbaru, iaitu Alice Kampung Baru dan Budak Hostel Otaknya Sewel.

     

Fakta Menarik

1. Seorang yang gemar memasak di dapur sebagai hobi, apabila berada dalam kelapangan dan tidak dalam sesi penggambaran.

2. Pencinta kucing yang juga memiliki seekor haiwan kesayangan itu diberi nama Simba.

3. Amelia juga merupakan penggemar penyanyi terkenal antarabangsa, Billie Eilish.

     

Baca: 8 Fakta Pelakon Amelia Christie Lim Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Sharnaaz Ahmad

Baca: Biodata Noor Nabila, Bekas Isteri Pelakon Sharnaaz Ahmad

     

Gambar

amelia christie lim 11542

girlfriend sharnaaz 55124

kekasih sharnaaz 56417

kekasih sharnaaz ahmad 36748

amelia christie wikipedia 95774

amelia christie drama 62447

amelia christie umur 63347

amelia christie sharnaaz ahmad 64774

amelia christie instagram 37144

amelia christie agama 95437 38

Kredit foto: Instagram Amelia Christie

      

Sumber:

1. Tampilkan Bintang Baharu, Kenali Barisan Pelakon Utama ‘Bawah Blok’

2. Sharnaaz Ahmad dah ada kekasih tapi malu nak cerita... Minta peminat jaga sensitiviti bekas isteri

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)