Kredit foto: Instagram Nabil Aqil & Instagram Min Hamid

Nabil Aqil merupakan seorang pelakon dan model serta abang kepada penyampai radio terkenal, Imran Aqil.

Popular sejak menyertai pertandingan Hero Remaja pada 2017, penyandang Hero Favorite dalam pertandingan ikon pemuda Malaysia itu kini membuat kemunculan dalam drama berepisod terbaharu berjudul Ku Punya Hati.

Pelakon lain yang menyertai siri TV3 itu termasuk Sharifah Rose, Alya Iman, Luqman Hafidz, Ainin Batrisya, Cahaya Nilam, Sera Melissa, Kirana Batrisyia, Ahmad Ezzrin Loy, Hafidz Roshdi, Sefik Khair, Silfeny Osman, Amy Nur Tinie dan Nina Nadira.

8 Fakta Nabil Aqil, Pelakon Drama Berepisod Ku Punya Hati Yang Ramai Tak Tahu!

nabil aqil 114

   

1. Pemuda berusia 24 tahun ini terkenal dengan lakonannya dalam drama bersiri seperti Mr Grey, Ryan Aralyn, The Maid, Marry Me Senorita, Hati Yang Dikhianati, The Hotel, Tarik Aku Ke Syurga dan Nenda.

   

nabil aqil umur

2. Dia aktif sebagai model sejak 2014, ketika masih belajar di tingkatan 4.

nabil aqil instagram

3. Kerana rupa yang hampir serupa, juri semasa uji bakat Hero Remaja menggelarnya 'Fattah Amin Junior'.

nabil aqil wikipedia

4. Wajahnya juga dikatakan mirip dengan pelakon terkenal Korea Kim Woo-bin.

   

ku punya hati 326

5. Bukan sahaja bakat lakonan, Nabil juga mempunyai kemahiran memasak dan antara menu yang mampu disediakannya ialah ayam masak merah, ayam masak kicap dan sayur pak choy.

ku punya hati drama

     

6. Pernah berdepan dengan pengalaman putus cinta, Nabil mengakui masih belum mempunyai teman wanita selepas hubungannya kira-kira lima tahun lalu menemui kegagalan.

7. Tetapkan sasaran untuk terus berkecimpung dalam bidang seni sehingga umur mencecah 40 tahun ke atas.

mak nabil aqil

8. Ibu Nabil yang berdarah kacukan Pakistan dan Jawa baru berusia awal 40-an kerana berkahwin pada usia yang sangat muda iaitu selepas tamat sekolah menengah.

nabil aqil height

imran aqil 26

Bersama adiknya, Imran Aqil (kanan)

pelakon ku punya hati

Nabil merupakan anak saudara kepada pelakon Syafiq Kyle

Untuk biodata asas Nabil Aqil, baca artikel berikut: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Nabil Aqil

       

Baca: 10 Fakta Pelakon Imran Aqil Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Ku Punya Hati (Slot Akasia TV3)

Baca: Biodata Pelakon Imran Aqil, Adik Nabil Aqil

Baca: Biodata Dahlia Rizal, Isteri Kepada Pelakon Imran Aqil

           

Kredit foto: Instagram Nabil Aqil & Instagram Min Hamid

         

Kredit video: HIGHLIGHT: Episod 1 - Boleh Muntah Hijau Tau Nak Layan Haters! | Ku Punya Hati (2022) - Bukan Adaptasi Novel

Sumber:

1. Nabil Aqil, Budak Nakal Hero Remaja Bakal Jadi Hero Nombor 1 Malaysia

2. Sering Disangka ‘Girlfriend’, Wanita Ini Rupanya IBU Kepada 3 Orang ANAK! Cantik Persis Model Kacukan

3. Nabil Aqil simpan impian besar untuk jadi seperti ‘pelakon Korea’

4. Nabil Aqil, Finalis Hero Remaja 2017 Iras Wajah Fattah Amin




Hakcipta iluminasi.com (2017)