Kredit foto: Instagram Jabir Meftah , Facebook Jabir Meftah , Instagram @caramel4late

        

Jabir Meftah, seorang bakat baru seni lakon yang semakin mendapat perhatian. Namanya kini hangat menerusi drama bersiri Racun Rihanna, selepas kejayaannya menjiwai watak dalam siri Pewaris Cinta beberapa bulan lalu.

        

jabir meftah 58546 69

        

Kenali Jabir Meftah lebih dekat menerusi 10 fakta menarik mengenainya.

         

racun rihanna 18142

         

1. Nama penuhnya ialah Jabir bin Jilani Meftah, lahir pada 11 Februari 2000 dan berasal dari negeri Selangor.

       

jabir meftah umur

       

2. Jabir mencipta nama dalam industri hiburan selepas menyertai pertandingan Hero Remaja musim 2020, menempatkan diri sebagai antara finalis akhir di tempat keempat, bersama rakan-rakan seiringannya seperti Meerqeen, Nadhir Nasar, Aniq Suhair, Imran Aqil, Hariz Hamdan, Haziq Dean, Azim Yusof dan beberapa lagi.

        

jabir meftah height

         

3. Beliau mula merintis kerjaya seni pada tahun 2018 dengan langkah pertamanya sebagai pelakon tambahan, bagi mengejar impian yang ditanam sejak usia kecil.

        

jabir meftah birthday

         

4. Pengalaman Jabir bermula sebagai pelakon ekstra, namun kemudian beliau melangkah ke alam peragaan pada 2019 dan 2020, memanfaatkan peluang untuk menyertai Hero Remaja bagi menonjolkan bakatnya.

        

jabir meftah age

        

5. Kejayaan akademik Jabir turut menarik perhatian media dan peminat apabila dia berjaya mendapat keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

        

jabir meftah wife

        

6. Terkenal dalam dunia maya, Jabir mempunyai lebih daripada 163,000 pengikut di Instagram (IG) dan 76,000 pengikut di TikTok, meletakkan namanya sebagai antara personaliti internet yang dikenali.

         

jabir meftah instagram pendidikan bangsa agama bapa

        

7. Jabir turut mengukir nama dalam bidang lakonan dengan menyertai beberapa drama popular seperti Pewaris Cinta, Racun Rihanna, Shah Alam 40,000, Juliet, Suara Hati, Perisik Cinta Tak Diundang, Hikayat Pak Belalang, Diva Popular, Cheritera dan Amoi Balik Kampung.

        

pelakon racun rihanna 14841

        

8. Selain daripada dunia seni, Jabir juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan menerusi pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Youth Care Malaysia, di mana beliau berperanan sebagai presiden dan pengasas. Menerusi pertubuhan ini, beliau turut memberi sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan.

         

jabir meftah hero remaja

         

9. Difahamkan, semangat keprihatinannya terhadap orang ramai bermula sejak zaman persekolahan, di mana beliau sensitif terhadap keperluan segelintir masyarakat yang memerlukan sokongan.

       

racun rihanna episod 18766

        

10. Walaupun berbakat dalam pelbagai bidang seni, Jabir akui bahawa dia tidak mempunyai kebolehan yang cukup untuk menonjol dalam bidang nyanyian.

        

jabir meftah wikipedia 344    

Peserta terdahulu dalam Hero Remaja yang kini berumur 24 tahun (2024) ini menyerlah dengan penampilan yang menarik dan aset ketinggian.

       

jabir meftah father

Ibu Jabir

drama racun rihanna 45455

Jabir berdarah kacukan

jabir meftah family

Keluarga Jabir. Kredit foto: Instagram Jabir Meftah , Facebook Jabir Meftah , Instagram @caramel4late

        

Baca: Biodata Aizat Saha, Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna (TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna (Slot Samarinda TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa, Lakonan Bella Astillah Dan Muaz Zabir (Tonton)

        

Sumber:

1. Jiwa besar Jabir

2. Tak Pernah Tuisyen, Aktif Sukan, Jarang Belajar” - Jabir Meftah Dapat 9A SPM, Ini Rahsianya

3. Profil Jabir Meftah

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)