Dato Seri Ismail Sabri Yaakob yang menjadi sebutan dengan terma ‘bapa Dafi’ ini di media sosial semakin menjadi perhatian selepas pelantikannya sebagai Perdana Menteri (PM) negara menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bukan dia sahaja, isteri dan anak-anaknya turut terlibat dalam mencuri perhatian kerana rata-rata sudah ternama dan berjaya dalam bidang masing-masing.

Artikel ini akan membawa anda untuk mengenali keluarga Ismail Sabri dengan lebih dekat yang cukup dekat di hati rakyat ini kerana sikap mereka yang merendah diri.

    

keluarga ismail sabri 199

Kredit foto: Instagram Nina Sabrina Ismail Sabri

    

1. Mungkin ada yang tidak tahu, Ismail Sabri merupakan anak bongsu dalam keluarga. Dia mempunyai enam adik beradik dan digelar dengan nama 'Paksu' dalam keluarga, berbeza sama sekali dengan rakyat yang memanggilnya 'Pak Long Mail' dan 'Tok Mail'.

ismail sabri yaakob 739

Kredit foto: Instagram Jovian Mandagie

    

2. Dia yang berkongsi kehidupan dengan Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dikurniakan empat orang anak iaitu Nina Sabrina, Gadaffi (Dafi), Nashriq dan Iqbal.

anak anak ismail sabri 836

Adik beradik. Dari kiri: Iqbal, Nashriq, Nina Sabrina dan Dafi. Dafi dikenali sebagai penyanyi lagu Bila Terasa Rindu dan popular menerusi tagline 'Baik Punya'

Kredit foto: Instagram Nina Sabrina Ismail Sabri

3. Keluarga ini mempunyai lebih 20 ekor kucing di rumah mereka berikutan sikap Muhaini yang menyayangi haiwan dan suka menyelamatkan kucing jalanan untuk dipelihara di rumah.

isteri ismail sabri 115

Kredit foto: Instagram Ismail Sabri

    

4. Ismail Sabri menganggap isterinya sebagai seorang yang sentiasa bersamanya ketika senang dan susah sejak pertama kali berkenalan, ketika Ismail masih berusia 19 tahun.

muhaini zainal abidin 907

Kredit foto: Instagram Ismail Sabri

    

5. Tidak sesekali memarahi anak-anak.. Ismail melayan cahaya matanya seperti kawan baiknya sendiri dan sentiasa terbuka untuk bercakap tentang apa sahaja, hatta hal berkaitan cinta!

nina sabri

Nina Sabrina (umur 34) bersama ayahnya, Ismail Sabri. Nina berkahwin dengan pereka fesyen popular, Jovian Mandagie

Kredit foto: Instagram Nina Sabrina Ismail Sabri

    

6. Meletakkan keluarga sebagai keutamaan nombor satu, kesibukan dalam dunia perniagaan dan politik bukan penghalang untuk Ismail mencuri masa melakukan aktiviti bersama keluarga.

pm ismail sabri

Kredit foto: Instagram Nina Sabrina Ismail Sabri

7. Muhaini dikatakan oleh Sabri sebagai seorang yang tidak suka berada di bawah 'spotlight' sehingga jarang dilihat di mana-mana kerana isterinya seorang yang sangat sederhana.

8. Sebarang bentuk majlis seperti hari lahir, hari ibu dan hari bapa disambut oleh mereka dengan hanya penglibatan ahli keluarga sahaja tanpa tetamu luar.

jovian mandagie 996

Kredit foto: Instagram Ismail Sabri

9. Nashriq menyifatkan kakaknya, Nina Sabrina sebagai kakak sulung yang bersifat pelindung kepada adik-adik lelakinya yang lain.

10. Menantu Ismail Sabri, Shella Faeiz yang merupakan isteri kepada Nashriq, mewujudkan syarikat The Baked Sdn Bhd dalam usaha menghasilkan jenama produk berkonsepkan kecantikan dan kesihatan.

     

Baca: 10 Foto Shella Faeiz, Menantu Ismail Sabri Yaakob Persis Pelakon Izara Aishah!

Baca: Biodata Iqbal, Anak Ismail Sabri Yaakob

Baca: Biodata Nashriq, Anak Ismail Sabri Yaakob

Baca: Biodata Penyanyi Dafi AF5, Anak Ismail Sabri Yaakob

Baca: 10 Fakta Penyanyi Dafi AF (Akademi Fantasia) Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Nina Sabrina, Anak Ismail Sabri Yaakob

Baca: Biodata Pereka Fesyen Jovian Mandagie, Menantu Ismail Sabri Yaakob

dafi 368

Keluarga Datuk Ismail Sabri

biodata ismail sabri

Kredit foto: Instagram Jovian Mandagie

Video: 21 JUN 2020 SPM – ISTIMEWA HARI BAPA

Sumber:

1. 'Pak Long Mail' sebenarnya Paksu

2. Ismail Sabri jadi TPM, Dafi yakin kemampuan bapa

3. 21 JUN 2020 SPM – ISTIMEWA HARI BAPA

4. Instagram Ismail Sabri

5. Instagram Nashriq Ismail Sabri

6. Instagram Shella Faeiz




Hakcipta iluminasi.com (2017)