Oleh pada 11 Aug 2017 kategori

Persoalan yang ingin ditanya, adakah ikan tidur? Jika anda jawab ya, bagaimana cara ikan tersebut tidur ? Adakah ia berbaring,meniarap atau mengiring. Sekiranya anda perhatikan ikan di dalam akuarium sepanjang tempoh masa anda pasti tahu bahawa mereka sentiasa kelihatan aktif bergerak dan sentiasa berenang.

Ia kelihatan seperti ikan-ikan tersebut tidak pernah berhenti untuk berehat. Sesungguhnya ikan juga memerlukan waktu untuk berehat dari semasa ke semasa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jadi adakah ikan juga tidur seperti haiwan lain?

Untuk persoalan diatas, hakikatnya memang ikan akan berehat. Jika anda melihat tempoh pegerakan ikan di dalam akuarium, pasti anda akan melihat bahawa ia akan mengambil masa untuk rehat. Terdapat tempoh yang pasti ketika ia kelihatan berhenti berlegar di tempatnya dan kelihatan hampir seperti ia sedang berkhayal tetapi mata ikan tersebut terbuka dan tidak pernah tertutup. Adakah ikan tersebut tidur?

Jawapan mudah ialah ya, Ia tidur! Ikan boleh tidur pada bila-bila masa sahaja tanpa mengira waktu siang atau malam. Ikan tidur dengan mata yang terbuka kerana mereka tidak mempunyai kelopak mata untuk ditutup kecuali beberapa jenis ikan jerung yang mempunyai kelopak mata.

cara ikan paus tidur

Ikan tidak tidur seperti manusia tidur yang selesa kerana ia tidak menggunakan bantal dan juga tidak mempunyai katil dengan cadar dan selimut. Sekiranya anda pernah memelihara ikan emas atau ikan hiasan lain, cuba anda perhatikan ikan tersebut dan mungkin anda dapat melihat sewaktu ikan tersebut tidur.

Ia akan berlegar di bahagian bawah tangki dalam keadaan seperti sedang berkhayal tetapi hakikatnya ia sedang tidur separuh sedar. Jika anda meletakkan makanan ke dalam tangki pada waktu ini pun pasti anda dapati bahawa ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk ikan emas ini bertindak balas iaitu sama seperti anda yang mungkin mengalami kesukaran untuk bangun dari tidur ketika waktu malam.

Selalunya orang akan kata ikan tidak tidur kerana walaupun berada dalam keadaan yang statik tetapi ekor ia masih bergerak. Kebanyakan ikan perlu terus bergerak walaupun mereka tidur supaya ia dapat menyimpan aliran air yang berterusan melepasi insang ia untuk mengekalkan paras oksigen yang betul ke atas tubuh badan ia.

Bagi sesetengah ikan yang lebih besar seperti ikan jerung, ia boleh berenang pada kadar masa yang lebih perlahan ketika ia tidur. Ikan yang lebih kecil mungkin tidak dapat melakukannya seperti ikan jerung kerana ia sekadar menggerakkan siripnya ketika tidur.

Terdapat juga ikan yang tidur seperti manusia

Terdapat sesetengah jenis ikan yang tidur seakan waktu manusia. Contohnya ikan yang hidup berhampiran terumbu karang mungkin kekal aktif sepanjang hari dan kemudian ia akan bersembunyi di celah-celahbatu karang pada waktu malam untuk mengelakkan daripada serangan pemangsa.

ikan nuri membuat tempat tidur sendiri

Salah satu ikan yang tidak menggunakan bantal untuk tidur tetapi menggunakan beg tidur adalah ikan nuri. Ikan nuri diketahui bahawa ia berupaya untuk mengeluarkan beg tidur yang berupa bahan seperti jeli yang dating dari lendir.

Apabila sudah tiba masa untuk berehat, ikan nuri tersebut akan mengelilingi diri mereka dengan beg tidur tersebut untuk melindungi dari pemangsa ketika hendak tidur. Pastikan anda tidur mencukupi kerana ia akan membuat hari anda ceria dan bahagia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)