Oleh pada 13 Feb 2024 kategori

Ikan lumba-lumba atau dolphin mempunyai reputasi yang baik di mata kita.

Ini kerana media barat khususnya banyak memaparkan media yang menjadikan ikan jenis ini sebagai watak utama yang baik, comel serta mesra manusia. Kita juga boleh menyaksikan ikan lumba-lumba melakukan persembahan di Zoo Negara, yang membuktikan ikan ini jinak sebenarnya.

Bagaimanapun disebalik 'imej mesra keluarga' ini, ikan lumba-lumba secara realiti adalah sejenis ikan yang banyak menyimpan rahsia-rahsia aneh, jika diketahui pasti akan memadamkan reputasi baik yang telah anda ada.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Anda bersedia untuk tahu sisi hitam ikan lumba-lumba? Jom kita belajar sesuatu yang baru dan aneh tentang mereka.

1. Ikan lumba-lumba adalah pembunuh anak ikan lain

ikan lumba pemburu hidupan lain

Tahukah anda...ikan lumba-lumba telah didapati oleh penyelidik, mempunyai tabiat suka membuli, mempermainkan dan akhirnya membunuh bayi kepada sejenis ikan lumba-lumba lain daripada spesis berbeza.

Spesis ikan lumba-lumba harbor porpoises dikatakan sering menjadi mangsa dan sehingga ke hari ini, belum ada penjelasan kenapa fenomena ini berlaku.

Dalam kes yang direkodkan, didapati 4 ke 5 ekor ikan lumba-lumba dewasa akan 'membuli' anak ikan spesis berbeza itu dengan bermacam cara, sama ada melanggar anak ikan itu berulang kali bergilir-gilir, melambungnya ke udara dan seterusnya bermain kejar-kejar dengan anak ikan itu sekiranya anak ikan itu cuba melarikan diri.

Penemuan pertama kejadian aneh ini direkodkan sekitar tahun 1997 selepas bangkai beberapa ekor anak ikan ditemui di Scotland. Hasil kesan gigitan ikan lumba-lumba pada bangkai yang hancur itu berjaya menjadi bukti bahawa ikan comel ini, sebenarnya adalah pemangsa yang ganas.

Tetapi cerita ini belum tamat!

2. Ikan lumba-lumba juga membunuh anak sendiri

dolphin adalah haiwan agresif

Kita semua tahu memang ada haiwan yang akan membunuh anak sendiri, disebabkan oleh bermacam faktor. Kucing dan singa contohnya, telah diketahui akan membunuh anak sendiri menggunakan kaedah tertentu sekiranya haiwan itu tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan anak mereka.

Ikan lumba-lumba pun serupa! Ikan lumba-lumba daripada spesis bottleneck didapati melakukan perkara tersebut, tetapi sebabnya mungkin memualkan anda.

Ikan lumba-lumba adalah spesis mamalia, jadi ibu ikan ini akan menyusukan anak-anak mereka yang baru lahir. Bagaimanapun ada ketikanya keluarga ikan ini mahu persetubuhan berlaku dengan lebih cepat bagi menghasilkan zuriat sesegera mungkin.

Untuk mempercepatkan proses ini, anak-anak ikan lumba-lumba yang baru lahir akan dibunuh bagi menamatkan fasa penyusuan seterusnya menyediakan ikan lumba-lumba betina untuk proses persenyawaan semula.

Ada juga kajian mendakwa keluarga ikan lumba-lumba sengaja memilih untuk membunuh anak ikan yang jantan, bagi mengurangkan persaingan ikan jantan mana bakal mengawan dengan ikan betina mana.

Ini kerana, ikan lumba-lumba mempunyai satu sifat yang berbeza berbanding haiwan-haiwan lain...

3. Ikan lumba-lumba mengawan untuk keseronokan

sisi ganjil ikan lumba

Kebanyakan haiwan yang ada di muka bumi, mengawan kerana mahu melahirkan zuriat.

Tetapi ikan lumba-lumba sama seperti kita...mereka mengawan untuk keseronokan selain melahirkan zuriat. Selain itu, ikan lumba-lumba tidak tertakluk kepada musim mengawan menjadikan mereka 24 jam sehari 7 jam seminggu mencari peluang untuk 'beradu.'

Oleh kerana itulah ada keluarga ikan lumba-lumba yang sanggup membunuh anak sendiri, demi mempercepatkan si betina supaya bersedia mengawan kembali.

Sama seperti manusia, ikan lumba betina mempunyai organ yang mirip dengan faraj atau clitoris dan dipercayai mampu mencapai inzal atau klimaks setiap kali bersama dengan ikan jantan.

Dan mereka mahu merasai pengalaman itu berulang-ulang.

4. Ikan lumba-lumba akan memburu ikan betina dalam kumpulan

ikan lumba lumba mengawan

Keluarga ikan lumba-lumba digelarkan 'pod', akan mempunyai beberapa ekor ikan jantan dan betina di dalamnya. Tugas ikan jantan, selain 'beradu'..adalah untuk melindungi ikan betina.

Bagaimanapun setiap pod terdedah kepada ancaman pod lain, khususnya ikan lumba-lumba jantan yang terangsang. Biasanya dalam situasi sebegini, sekumpulan ikan jantan akan mula mengganggu dan menyerang pod lain sehinggalah mereka berjaya mengasingkan ikan betina daripada pod asal.

Selepas berhasil, ikan-ikan jantan ini akan mula bertindak 'merogol' ikan betina tadi bergilir-gilir selama berminggu-minggu sehinggalah selesai 'pekerjaan' mereka.

Sekiranya ikan betina tadi cuba melarikan diri, kumpulan ikan jantan itu akan bertindak mengepung, mengeluarkan bunyi amaran serta menampar ikan betina itu agar memberi kerjasama.

Kami tidak tahu adakah istilah 'rogol' sesuai untuk diaplikasikan dalam situasi ini, kerana mereka ikan lumba-lumba. Tetapi istilah itu rasanya tepat, kerana ikan betina itu disetubuhi tanpa kerelaan, di luar pod asal dan tidak dibenarkan balik selagi mana kumpulan ikan jantan belum puas.

5. Ikan lumba-lumba yang tidak tahan hidup akan...

ikan lumba lumba terdampar

Walaupun kami menyenaraikan 4 perkara aneh tentang ikan lumba-lumba di atas, yang terakhir ini mungkin paling aneh antara semua.

Ada dua ikan lumba-lumba paling terkenal dalam sejarah iaitu Peter, yang dijadikan bahan eksperimen NASA dalam dekad 1960-an didapati membunuh diri selepas dipisahkan daripada penjaganya.

Begitu juga Kathy, ikan lumba-lumba yang menjadi bintang kepada siri TV 'Flipper' dikatakan berhenti bernafas selepas dipindahkan ke dalam kolam yang lebih kecil, kerana merasa tertekan.

Dalam tahun 2008, berpuluh-puluh ekor ikan lumba-lumba memilih untuk menelan lumpur yang mengganggu pernafasan mereka sebelum terdampar di pantai sekitar Cornwall, England.

Dalam kes lebih baru tahun 2019, lebih 200 ekor ikan lumba-lumba dengan sengaja berenang ke pantai sebelum membunuh diri masing-masing. Usaha orang ramai menarik semula ikan itu ke laut, kurang berjaya - kerana ada di antaranya bersusah payah cuba kembali ke pantai dan mati.

136 ekor disahkan mati pada kejadian aneh itu.

Sehingga ke hari ini tidak jelas kenapa ikan lumba-lumba mempunyai kecenderungan tinggi berbanding hidupan laut lain untuk cuba membunuh diri.

Apa yang kita tahu mamalia ini mempunyai kepintaran yang tinggi, sensitif serta mungkin anda baru belajar hari ini.....sangat tinggi kemahuan seksual yang membuatkan haiwan comel ini walaupun tampak mesra, sebenarnya sangat buas dan sanggup melakukan apa saja demi kepuasan diri.




Hakcipta iluminasi.com (2017)