Oleh pada 14 Mar 2017 kategori

Kredit foto: beautifulnara.com

Lebih kurang dua minggu sahaja lagi pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila bakal mendirikan rumah tangga. Pasti kini mereka dalam persiapan terakhir sambil menghitung hari sebelum tibanya hari bahagia tersebut. 

Ketika netizen dalam debaran menanti bagaimana bentuk majlis perkahwinan tersebut, nampaknya Noor Nabila terlebih dahulu menyemarakkan penantian dengan memuatnaik video kad jemputan perkahwinannya menerusi laman instagram. Amboi, bukan sebarangan kad kahwin Nabila tapi siap bertatahkan batu Swarovski lagi! Mewah dan eksklusif sungguh..

sharnaaz 2 3

Rata-rata pengikut Nabila memberikan komen positif dan rasa kagum. 

Pasangan Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila telah bercinta hampir dua tahun iaitu sejak 2015. Terdahulu, Sharnaaz menghantar rombongan merisik ke rumah Nabila iaitu pada 18 Disember tahun lalu. 

Sumber berita: Beautifulnara 




Hakcipta iluminasi.com (2017)