Kredit foto: Instagram Amy Search

Penyanyi Amy Search mendedahkan khabar gembira tentang kehamilan isterinya, Norhasniza Hassan.

Dalam perkongsian di laman sosial Instagram itu, Amy berharap netizen dapat turut mendoakan kesejahteraan kandungan berusia sebulan itu.

"Isteri saya mengandung sebulan. Yeahhhhh!. Saya selalu berdoa bila umur saya 60 tahun nak sorang anak lagi.

"Korang semua doakan semoga saya berjaya," tulisnya dalam entri berkenaan.

Peminat yang menyambut baik berita itu membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah.

Amy dan Nourish mendirikan rumah tangga pada tahun 2003, dan sehingga kini dikurniakan tiga zuriat iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa At-Tameemi, 9 tahun.

Manakala hasil perkahwinan sulungnya bersama Faridah Fadzil memperoleh Nabila Huda, 34, dan perkahwinan ketiga bersama Roslisa Ahmad dikurniakan Irisha Myra, 21.

Perkahwinan kedua dengan Noorliza Abdul Latiff pula tidak beroleh rezeki cahaya mata.




Hakcipta iluminasi.com (2017)