Di ketika anda berasakan diri anda adalah sihat, anda mungkin terlupa tentang jantung anda dan terfikir, "Saya okay, sebab saya tak merokok,". Tapi anda mungkin tak tahu, selain daripada merokok, banyak lagi tabiat harian yang boleh menjejaskan kesihatan jantung anda.

Menjaga kesihatan jantung adalah satu tugas penting. Penyakit kardiovaskular adalah penyebab utama kematian yang menyumbang kepada lebih daripada 17.3 juta kematian setiap tahun.

BESARKAN TEKS     A-  A+

julia vins awek sado comel

Dan tak terkejut jika 20% daripadanya disumbangkan oleh tabiat merokok, namun banyak lagi tabiat harian atau pilihan tak tepat dalam hidup anda seharian yang merosakkan jantung anda. iluminasi.com ingin kongsikan 8 tabiat harian yang menjejaskan kesihatan jantung anda tanpa anda sedari.

1. Tidur yang tak berkualiti

tak cukup tidur 8 tabiat harian yang merosakkan jantung selain daripada merokok

Kajian menunjukkan orang yang tidur kurang daripada 6 jam mempunyai peningkatan sebanyak 79% terhadap penyakit jantung berbanding mereka yang tidur 8 jam dan ke atas. Selain itu, mereka mendapati bahawa kerana kebanyakan orang mengalami penurunan tekanan darah pada waktu malam, jadi mereka yang kurang tidur akan mengalami penurunan tekanan darah yang tidak stabil, mengakibatkan berlakunya tekanan darah tinggi. 

Faktor lain yang perlu diberi perhatian adalah kualiti tidur. Jumlah jam dan kualiti adalah sama penting, bagi mengelakkan berlakunya gangguan tidur atau sleep apnea. 

2. Tidak cukup ketawa

tak cukup ketawa 8 tabiat harian yang merosakkan jantung selain daripada merokok

Tekanan mampu memberikan kesan buruk kepada jantung dengan menyebabkan keletihan adrenal yang merosakkan arteri anda dan membuatkan anda berisiko untuk menghidap penyakit jantung. Apabila anda tertekan, badan anda merembeskan hormon seperti adrenalin dan kortisol. 

Kedua-dua hormon ini bekerjasama dalam menyempitkan arteri anda dan meningkatkan kadar denyutan jantung, satu kombinasi hebat terhadap kesihatan jantung. Gabungan tekanan, marah dan kemurungan juga mampu memberi kesan negatif kepada sistem kardiovaskular.

Jangan risau, dengan ketawa, anda boleh merelakskan badan dan mengembangkan saluran darah, yang membuatkan jantung anda lebih sihat.

3. Tinggal di bandar besar dan sibuk

tinggal di bandar besar 8 tabiat harian yang merosakkan jantung selain daripada merokok

Dan jika tekanan hidup di bandar yang besar dan sibuk tak cukup untuk menyebabkan serangan jantung, kajian mendapati bahawa pencemaran alam sekitar memberikan kesan yang buruk kepada arteri.

Penemuan tersebut menyimpulkan bahawa orang yang lebih lama terdedah kepada udara yang tercemar, semakin tebal arteri karotid mereka memudahkan serangan jantung berlaku.

4. Tidak meregang badan dengan cukup

tak regangkan badan 8 tabiat harian yang merosakkan jantung selain daripada merokok

Pembuluh darah yang fleksibel membantu mengekalkan tekanan darah sederhana. Kajian terbaru mendapati bahawa orang-orang lemah dalam ujian regangan tulang belakang mempunyai tekanan darah sistolik yang lebih tinggi.

Dari sini, adalah disimpulkan bahawa tahak fleksibel tulang belakang mempunyai hubungan dengan tahap fleksibel arteri dalam badan kita.

5. Tidak bersenam

julia vins gadis rusia sado

Logam-logam berat seperti merkuri dan plumbum mampu merosakkan jantung anda dengan meningkatkan tekanan darah dan kolestrol. Masalahnya adalah anda mungkin terdedah kepada toksin ini tanpa sedar, seperti menggunakan produk kecantikan mengandungi merkuri dan sebagainya.

Menurut kajian, cara yang paling mudah untuk membuang toksin-toksin ini adalah dengan berpeluh. Jadi dengan bersenam, jantung anda bukan sahaja bergerak tetapi peluh anda mengeluarkan toksin berbahaya kepada jantung.

6. Pengambilan gula berlebihan

pengambilan gula berlebihan 8 tabiat harian yang merosakkan jantung selain daripada merokok

Kajian menunjukkan lelaki dan wanita yang minum minuman berkarbonan dua tin atau lebih setiap hari mempunyai risiko 23% lebih tinggi untuk mengalami kegagalan jantung berbanding mereka yang minum kopi, teh, jus buah-buahan atau air masak.

Dalam contoh ini, sedikit perubahan yang andalalukan dalam minuman mampu memberikan perbezaan yang besar kepada jantung anda.

7. Duduk terlalu lama

duduk terlalu lama 8 tabiat harian yang merosakkan jantung selain daripada merokok

Mereka yang duduk secara terlalu lama atau berlebihan adalah hampir sama dengan merokok, bagi kesihatan jantung. Duduk selama satu jam dalam sehari memberikan kesan negatif kepada tahap gula dan lemak dalam darah, yang dikaitkan dengan peningkatan 14% kepada penembusan arteri koronari. 

Ini secara tak langsung menjadi pemangkin kepada berlakunya serangan jantung.

8. Kurang makan buah-buahan dan sayuran

tak makan buah dan sayur 8 tabiat harian yang merosakkan jantung selain daripada merokok

Individu yang makan lebih daripada 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari mempunyai risiko serangan jantun dan strok sebanyak 20% lebih rendah berbanding mereka yang tidak.

Makanan hebat ini mengandungi serat, air, vitamin, mineral dan antioksida yang mengekalkan kelancaran sistem kardiovaskular anda. Doktor mengesyorkan separuh bagi setiap hidangan terdiri daripada buahan dan sayuran.




Hakcipta iluminasi.com (2017)