mira filzah 3

Lumrah manusia, semua orang sukakan kecantikan. Namun bagi kebanyakan wanita, kecantikan adalah segalanya. Mereka amat mementingkan penampilan luaran dan bagaimana orang lain memandang mereka. Mereka sanggup menghabiskan wang ringgit semata-mata untuk kelihatan cantik dan menarik di mata masyarakat.

Sebab itu perniagaan yang melibatkan penjualan barangan wanita sentiasa menguntungkan, malah penjualan produk-produk kosmetik, alat solekan, dan juga pakaian yang mengikut fesyen semakin berkembang mengikut zaman. Namun, di antara semua ini, apa yang paling penting bagi wanita adalah penampilan dan kecantikan wajah. Dan ini sekaligus merujuk kepada kesihatan dan kecantikan kulit pada wajah mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

penuaan 953

Namun, ramai yang belum sedar bahawa sebenarnya kecantikan itu datang dari dalam. Bagi mereka yang tahu akan perkara ini, sudah tentunya mereka tidak perlu bersusah payah menghabiskan wang ringgit untuk kelihatan cantik dan muda. Bagi kebanyakan wanita, mereka mengganggap perkara ini remeh, dan hanya memberikan perhatian kepada kesihatan luaran, dan mengabaikan kesihatan dalaman.

Sebenarnya, tabiat harian mereka lah yang membuatkan kulit mereka cepat tua dan tidak berseri. Tiada produk dan solekan yang dapat menandingi penjagaan kesihatan dalaman, untuk mendapatkan kulit wajah yang kelihatan muda dan berseri.

Iluminasi.com ingin berkongsi tabiat harian yang menyebabkan proses penuaan kulit wajah berlaku dengan cepat daripada yang sepatutnya.

1. Tidur yang tak cukupĀ 

kurang tidur 867

Rehat secukupnya adalah salah satu perkara yang paling penting dalam hidup manusia. Tidur adalah satu-satunya cara untuk kita merehatkan badan dan minda dalam masa yang sama. Jika seseorang itu kekurangan tidur, ia akan memberikan banyak kesan negatif, antaranya adalah mempercepatkan penuaan. Satu ujian klinikal yang diarahkan oleh Estee Lauder dan dikendalikan oleh saintis daripada University Hopitals (UH) Case Medical Center mendapati mereka yang tidur tidak cukup menunjukkan pertambahan tanda-tanda penuaan pada kulit berbanding mereka yang tidur dengan cukup.

"Kajian kami adalah yang pertama yang membuktikan dengan jayanya bahawa kekurangan tidur berkait rapat dengan kemerosotan kesihatan kulit yang dan meningkatkan kadar penuaan pada kulit. Wanita yang kekurangan tidur menunjukkan tanda-tanda penuaan pra-maatang dan kebolehan kulit mereka untuk pulih selepas terdedah kepada cahaya matahari juga merosot,"
- Dr. Elma Baron.

2. TekananĀ 

tekanan

Tidak syak lagi, tekanan dapat mempercepatkan penuaan. Walaupun ia bukan dikategorikan sebagai tabiat kerana ia bukanlah sesuatu yang kita inginkan, namun jika tekanan tidak dikawal, ia akan menjadi penyumbang besar kepada penuaan pra-matang. Satu kajian yang dijalankan pada 2012 dan diterbitkan oleh journal PloS ONE, mendapati bahawa keletihan dan tekanan berkaitan kerja boleh memberikan kesan buruk kepada DNA penting dalam sel-sel badan kita. Saintins mengukur panjang DNA yang dikenali sebagai telomeres, dan mendapati mereka yang mempunyai kerja yang memberi tekanan paling tinggi, mempunyai DNA telomeres yang terpendek. Dan apabila telomeres ini menjadi pendek, sel-selnya boleh rosak atau mati. Bagi mereka yang tidak mengalami tekanan kerja mempunyai telomeres yang lebih panjang. Pengurangan panjang telomere dikaitkan dengan penyakit Parkinson, diabetis tahap 2, masalah jantung dan juga barah.

"Kami tahu bahawa telomeres akan menjadi semakin pendek apabila umur semakin meningkat, namun kemungkinan besar kebimbangan dan tekanan boleh mempercepatkan proses itu. Ini adalah penemuan yang paling hampir yang membuatkan kami lebih faham mengenai hubungan antara tekanan dan bagaimana badan kita menjadi tua dengan lebih pantas,"

- Dr. Vivian Diller, PhD.

3. Pemakanan yang tidak sihat

pemakanan tidak sihat

Jika anda sedar, mereka yang selalu makan makanan tidak seimbang dan sihat seperti makanan segera, kelihatan lebih tua daripada umur mereka. Itu belum bercakap mengenai saiz badan. Apabila anda makan dengan tidak sihat, anda secara tidak langsung terlepas daripada memakan makanan antioksida daripada sumber sayuran dan buahan, yang mana penting untuk kekal muda.

Makanan yang tinggi antioksida melawan radikal bebas yang mana jika dibiarkan boleh merosakkan badan dan kulit, merosakkan sel-sel yang menyebabkan barah dan membuatkan anda tua. Namun, antioksida hanya kekal di dalam badan tempoh beberapa jam sahaja dan perlu sentiasa diganti. Jadi anda perlulah kerap makan makanan yang tinggi antioksia untuk kelihatan lebih muda.

4. Kurang bersenam

bersenam 465

Pastinya anda pernah atau mempunyai rakan yang sentiasa kelihatan muda daripada umurnya, dan mendapati bahawa beliau kerap bersenam. Ya, mereka yang kerap bersenam kelihatan lebih muda daripada umur mereka, berbanding mereka yang kurang bersenam atau tidak bersenam langsung. Bersenam dengan kadar sederhana bukan sahaja baik untuk jantung dan paru-paru, malah ia boleh meremajakan kulit anda. Jika anda bersenam dengan kadar sederhana dan memastikan anda berpeluh, anda akan mendapatkan kedua-dua hasil iaitu anti-penuaan dan juga penurunan berat badan.

5. Bersolek berlebihan dan terlalu kerap

solekan berlebihan

Bersolek berlebihan boleh membuatkan wanita tua dengan cepat tetapi mereka kurang sedar, kata Dr. Stuart. Memakai alat solek yang berlebihan, lebih-lebih lagi yang berasaskan minyak boleh membuatkan liang-liang kulit tersumbat dan menyebabkan penuaan dengan cepat. Tambahan lagi, penggunaan produk kulit yang mempunyai bahan kimia yang menyebabkan kerengsaan, berwangian dan alkohol secara berlebihan boleh menyebabkan kulit menjadi kering, dan mengakibatkan kedutan dan garis halus pra-matang.

6. Kerap makan makanan yang manis

makan manisan

Bukan sahaja ia menyebabkan pertambahan berat badan, malah gigi manis anda boleh membuatkan wajah anda kelihatan lebih tua daripada umur anda. Menurut Dr. Susan Stuart, gula yang dimakan daripada makanan manis akan melekat pada serat protein di dalam setiap sel. Proses yang merosakkan ini dikenali sebagai 'glycation', boleh menyebabkan hilangnya seri, bulatan hitam di bawah mata, tona kulit tak sekata, penambahan garis halus dan kedutan, serta meningkatkan saiz liang roma pada muka. Kurangkan atau berhenti terus daripada memakan makanan yang manis jika anda mahukan kulit yang cantik dan berseri.

Jadi, bagi mereka yang mahukan kecantikan kulit wajah yang sebenar, berikanlah perhatian kepada perkara-perkara di atas. Kesihatan dalaman akan membuatkan kesihatan luaran turut cantik.

Sumber rujukan :

1. Huffington Post

2. Prevention

3. Shape




Hakcipta iluminasi.com (2017)