Baru-baru ini Malaysia dikejutkan lagi dengan kematian bayi yang didakwa dibunuh oleh seorang pengasuh.

Walaupun negara-negara semakin menuju ke arah kemondenan, namun dunia masih tidak cukup selamat di sesetengah tempat.

Selain daripada bencana alam dan penyakit maut, pembunuhan sesama manusia merupakan antara penyebab kematian manusia tertinggi.

Walaupun kini dunia kurang berhadapan dengan perang, namun beberapa buah negara masih mempunyai kadar pembunuhan yang sangat tinggi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin kongsikan 8 buah negara dengan kadar pembunuhan tertinggi di dunia.

8. Swaziland

swaziland 8 negara yang mempunyai kadar pembunuhan paling tinggi di dunia 763

Sebahagian besarnya dikelilingi oleh Afrika Selatan, Swaziland dengan penduduk lebih daripada 1 juta adalah salah satu negara yang terkecil di Afrika.

Namun angka yang melibatkan pembunuhan adalah tersangat tinggi di Swazilan.

Dimusnahkan bukan sahaja oleh jenayah yang berleluasa tetapi juga oleh kemiskinan yang dahsyat dan penyakit membunuh seperti AIDS atau tuberculosis, anggaran jangka hayat purata penduduk Swazilan adalah hanya 50 tahun, iaite antara yang terendah di dunia.

Kadar pembunuhan di Swaziland adalah sebanyak 33.8 pembunuhan dalam setiap 100,000 penduduk.

7. Lesotho

lesotho 8 negara yang mempunyai kadar pembunuhan paling tinggi di dunia

Lesotho adalah sebuah negara kecil Afrika yang terletak di bahagian selatan benua ini, dengan keluasan 30,355 kilometer persegi dan mempunyai populasi seramai 2.2 juta.

Selain daripada lokasi dan saiz, negara ini berkongsi satu lagi persamaan dengan Swaziland, iaitu kadar pembunuhan yang tidak dapat dikawal.

Hampir separuh daripada penduduk negara ini hidup di bawah garis kemiskinan yang mana memberikan dan bertanggungjawab ke atas kadar jenayah yang tinggi dan kadar pembunuhan tahunan yang ke-7 tertinggi di dunia.

Kadar pembunuhan di Lesotho adalah sebanyak 38 dalam setiap 100,000 penduduk.

6. Jamaica

jamaica 8 negara yang mempunyai kadar pembunuhan paling tinggi di dunia 966

Ramai orang mengenali negara ini sebagai tempat kelahiran manusia paling pantas di dunia, Usain Bolt. Namun apa yang tidak diketahui adalah Jamaica juga merupakan antara negara dengan kadar pembunuhan tertinggi di dunia.

Dengan keluasan 11,000 kilometer persegi, Jamaica adalah wakil Caribbean dalam senarai ini.

Statistik terbaru oleh Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Dadah dan Jenayah (UNODC) telah mengesahkannya kedudukan negara ini dengan kadar pembunuhan sebanyak 39.3 bagi setiap 100,000 penduduk.

Seperti kebanyakan dalam senarai ini, tempat yang menjadi tumpuan kes pembunuhan adalah di bandar-bandar besar termasuklah ibu negara, Kingston.

5. Guatemala

guatemala 8 negara yang mempunyai kadar pembunuhan paling tinggi di dunia

Guatemala adalah negara yang mempunyai penduduk tertinggi di Amerika Tengah, iaitu seramai 16 juta orang.

Dengan purata kira-kira 100 pembunuhan berlaku setiap bulan, Guatemala menduduk tempat ke-5 senarai negara paling tinggi kadar pembunuhan di dunia.

Hampir 40 pembununuhan berlaku dalam setiap 100,000 orang penduduk di Guatemala.

4. El Salvador

el salvador 8 negara yang mempunyai kadar pembunuhan paling tinggi di dunia

Teruk terjejas akibat perang saudara yang sangat panjang dan dahsyat dari tahun 1979 hingga 1992, El Salvador adalah negara Amerika Tengah dan rumah kepada kira-kira 6.4 juta orang.

Kadar pembunuhan yang sangat tinggi di negara ini dibuktikan oleh jenayah berkaitan dengan gangster dan golongan bawah umur yang sangat kerap berlaku.

Pada tahun 2004, setinggi 60% daripada pembunuhan yang berlaku di Salvador dilakukan oleh kumpulan-kumpulan gangster tempatan yang bersaing untuk mendapatkan kuasa dan kawasan.

3. Belize

bandar belize

Dengan keluasan 22,800 kilometer persegi dan populasi sekitar 340,000 orang, Belize adalah negara yang mempunyai kepadatan penduduk tertinggi di Amerika Tengah.

Walaupun keindahan semula jadi dan hidupan liarnya adalah sangat menakjubkan, namun negara ini jauh daripada status negara yang selamat untuk didiami.

Kadar pembunuhan yang tinggi iaitu hampir 4.5 pembunuhan bagi setiap 10,000 menjadikan Belize sebagai antara negara paling berbahaya di dunia.

Pembunuhan sangat kerap berlaku di Belize City di mana pada tahun 2007, separuh daripada jumlah pembunuhan pada tahun itu berlaku di daerah ini.

2. Venezuela

venezuela 8 negara yang mempunyai kadar pembunuhan paling tinggi di dunia

Terletak di pantai utara Amerika Selatan, Venezuela bukan sahaja terkenal sebagai salah satu pengeksport utama minyak di dunia, tetapi juga sebagai negara dengan pembunuhan yang sangat berleluasa.

Pada tahun 2017, hanya 19% daripada penduduk tempatan berasa selamat ketika berjalan bersendirian pada waktu malam.

Mereka mempunyai sebab kuat untuk berasa begini, iaitu setiap tahun lebih daripada 5 dalam 10,000 orang telah terbunuh di Venezuela dan angka ini semakin bertambah dalam 10 tahun yang lepas.

1. Honduras

honduras 8 negara yang mempunyai kadar pembunuhan paling tinggi di dunia

Menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC), Honduras yang mempunyai populasi 8.25 juta penduduk, adalah negara dengan kadar pembunuhan tertinggi di dunia setakat ini.

Ia jauh meninggalkan Venezuela di tempat kedua, iaitu kadar purata 90.4 pembunuhan bagi setiap 100,000 penduduk negara ini. 

Angka ini bermakna, setiap 1 dalam 1,000 penduduk Honduras, berisiko untuk dibunuh. Dan disebabkan Honduras adalah destinasi pelancongan yang sangat popular, pelancong sering menjadi sasaran pelbagai jenayah kejam dan ganas.

Jadi, jika Honduras berada dalam senarai lokasi pelancongan anda, mungkin anda patut batalkan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)