Oleh pada 28 Jun 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Lumatic Films , Instagram Jemputan Ke Neraka , Instagram Uqasha Senrose , Instagram Nabila Razali

      

Tahun 2023 telah memperlihatkan perkembangan yang mengagumkan bagi industri filem tempatan dengan kejayaan filem arahan Syafiq Yusof berjudul Polis Evo 3 yang berjaya meraih kutipan melebihi 52 juta.

        

senarai filem melayu 53697

Kredit foto: Instagram Astro Shaw Sdn Bhd

       

Sementara itu, filem-filem tempatan lain yang telah ditayangkan tidak juga kurang hebatnya.

       

filem melayu terbaik 23980

Kredit foto: Instagram Jemputan Ke Neraka

         

Sebahagian filem tempatan dalam senarai ini sudahpun menggegarkan pawagam, manakala beberapa lagi masih menunggu tarikh tayangannya. Jom semak antara lapan filem tempatan menarik terbitan tahun ini.

       

Sumpahan Jerunei

filem malaysia 05987

Kredit foto: Instagram Uqasha Senrose

       

Sinopsis

Sumpahan Jerunei menceritakan kisah benar yang mengaitkan budaya sejarah silam kaum Melanau di Sarawak yang sarat dengan misteri, terutamanya mengenai adat pengebumian golongan bangsawan mereka. Filem ini cuba mendedahkan rahsia di sebalik misteri adat pengebumian kaum tersebut yang menggunakan Jerunei, suatu jenis keranda atau tempat persemadian yang diperbuat daripada kayu belian untuk menempatkan mangsa pembunuhan tidak bertamadun itu.

      

Genre: Seram

Pelakon: Bront Palarae, Uqasha Senrose, Amerul Affendi, Daiyan Trisha, Syafie Naswip

Pengarah: Jason Chong

Tarikh Tayangan: 27 Julai 2023

        

Jemputan Ke Neraka

filem 2023 43980

Kredit foto: Instagram Jemputan Ke Neraka

        

Sinopsis

Diundang ke majlis perkahwinan mewah rakan lama mereka di sebuah banglo terpencil di tengah hutan, tiga pasangan terpukau dengan dekorasi konsep perkahwinan taman yang telah disusun rapi. Namun, ketika mereka tiba, mereka terkejut kerana kawasan itu kosong tanpa seorang pun. Tidak lama kemudian, mereka mula mengalami mimpi ngeri yang menakutkan dan menjadi korban pembunuhan misteri, satu persatu. Kejadian tragis ini menghantui hidup mereka seolah-olah berada dalam 'neraka'. Sementara itu, mangsa yang masih hidup terperangkap dengan persoalan tentang motif di sebalik kejadian tersebut.

       

Genre: Seram, Thriller

Pelakon: Janna Nick, Sharifah Sakinah, Hafreez Adam

Pengarah: Amor Rizan

Tarikh Tayangan: 22 Jun 2023

        

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Filem Jemputan Ke Neraka

        

Imaginur

filem 36217

Kredit foto: Instagram Lumatic Films

        

Sinopsis

Untuk mencari fokus dalam kehidupan, seorang pemuda bernama Zuhal yang menjalani kehidupan yang tidak terkawal, cuba mendapatkan perkhidmatan hipnosis. Walau begitu, kehidupan Zuhal semakin berantakan setelah itu ketika masa lalu dan masa depannya bercampur aduk. Tidak cukup dengan itu, kemunculan Nur, seorang wanita misteri yang pernah dia mimpikan sebelum ini, hadir dalam realiti, membuatnya tidak lagi tahu mana yang nyata dan fantasi. Saat berusaha merungkai identiti wanita misteri itu, dia mula memiliki perasaan terhadapnya dan belajar mengenal dirinya sendiri.

        

Genre: Romantik, Sains Fiksyen

Pelakon: Beto Kusyairy, Diana Danielle

Pengarah: Nik Amir Mustapha

Tarikh Tayangan: 23 Februari 2023

       

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Filem Imaginur

        

Sue-On

cerita melayu 78265

Kredit foto: Instagram Awie

        

Sinopsis

Sue On mengisahkan tentang seekor hantu Korea yang keluar dari kaca televisyen, namun terperangkap di dunia nyata apabila suis TV dimatikan. Dalam upayanya untuk kembali ke tempat asal, Sue-On memutuskan untuk melompat masuk ke dalam skrin TV lain, tetapi dia terperangkap di Kampung Sebelah kerana sepasang suami-isteri sedang menonton filem seram Hantu Kampung Sebelah pada ketika itu. Kehadiran hantu Korea ini mencetuskan kegemparan di kalangan penduduk kampung dan dia berusaha dengan pelbagai cara untuk pulang ke tempat asalnya.

        

Genre: Komedi, Seram

Pelakon: Dato Awie, Reen Rahim, Ropie, Erra Fazira

Pengarah: Razif Ajiboy Rashid

Tarikh Tayangan: 6 Julai 2023

         

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Filem Sue-On

        

Eva

movie melayu 96246

Kredit foto: Instagram Nadia Brian

        

Sinopsis

Kisah ini berpusat tentang watak Eva, seorang peguam yang cuba menangani masalah kesihatan mental di mana dia mempunyai tiga personaliti yang berbeza, iaitu Eva, Amy, dan Mike, yang menyebabkan perubahan personaliti yang kerap berlaku. Amy merupakan seorang pakar forensik manakala Mike adalah seorang pembunuh. Anak lelaki dan kakak Eva berusaha memahami keadaan yang dialaminya. Sebagai seorang peguam yang berwibawa dan penuh keyakinan, dia sentiasa menang dalam kes-kes di mahkamah. Namun, Eva tidak berpihak kepada mangsa, sebaliknya, dia memenangkan pihak tertuduh dengan memanipulasi fakta perundangan.

         

Genre: Thriller

Pelakon: Nadia Aqilah, Nadia Brian, Shamsul Danish

Pengarah: Suhaiza Aziz

Tarikh Tayangan: 26 Januari 2023

       

Anwar The Untold Story

filem melayu 2023 05989

Kredit foto: Instagram Acha Septriasa

        

Sinopsis

Filem Anwar: The Untold Story merupakan sebuah naskhah biopik yang diilhamkan dari kisah benar seorang negarawan terkenal, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Filem ini meliputi tempoh masa dari tahun 1993 sehingga September 1998. Mengisahkan perjuangan dan pengorbanan Anwar dalam menentang amalan rasuah dengan sokongan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Dari seorang Menteri Kewangan terbaik yang mampu membebaskan Malaysia dari beban hutang, akhirnya dia dipenjara akibat konspirasi besar.

         

Genre: Drama, Biopik

Pelakon: Farid Kamil, Acha Septriasa, Hasnul Rahmat

Pengarah: Viva Westi

Tarikh Tayangan: 18 Mei 2023

        

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Filem Anwar: The Untold Story

        

Rombongan Cik Kiah Ke AJL (Filem Original Tonton)

movie melayu 2023 67887

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

        

Sinopsis

Kisah Rombongan Cik Kiah ke AJL bermula apabila Cik Kiah diberi 10 tiket percuma untuk menyaksikan pertandingan berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL). Dengan sukacitanya, Cik Kiah menjemput penduduk kampungnya yang bertuah untuk menyertai rombongan, termasuk anaknya Ali, bakal menantunya Mira, Udin, Cik Embun, Pipah, Tok Ketua, Jamal, Cik Milah Propa dan ramai lagi. Namun, mereka menghadapi pelbagai cabaran sepanjang perjalanan, seperti pertukaran pemandu bas, keadaan bas yang tidak seperti diharapkan dan pengalaman yang memberikan mereka keinsafan. Mereka perlu melalui semua "ujian" itu jika ingin tiba di stadium tepat pada masanya.

        

Genre: Komedi Romantik

Pelakon: Delimawati, Nabila Razali, Naim Daniel, Ucop, Kazar Saisi

Pengarah: Yeop Hitler, Hashim Rejab

Tarikh Tayangan: 12 Februari 2023 (Di Platform Online, Tonton)

          

Zim Zim Ala Kazim

filem malaysia 2023 96600

Kredit foto: Instagram Mawi

         

Sinopsis

Filem ini merupakan adaptasi dari pengalaman dan kisah benar yang dialami oleh Ustaz Kazim Elias, seorang pendakwah terkemuka. Ia mengisahkan tentang perjalanan dan cabaran yang dihadapinya dalam dunia dakwah. Dalam usahanya menyebarkan Islam, dia juga diduga dengan penyakit misteri yang melibatkan ilmu sihir.

        

Genre: Drama

Pelakon: Datuk Ustaz Kazim Elias, Zarina Anjoulie Lavocah, Danial Zaini, Along Cham, Syanie Hisham

Pengarah: Mawi

Tarikh Tayangan: Belum didedahkan

         

Untuk lebih senarai filem tempatan tahun 2023, baca artikel: 10 Filem Melayu Malaysia Terbaru 2023 - Mesti Tonton!

        

Baca: 10 Filem Melayu Bertema Hari Raya Wajib Tonton, Juga Tersedia Online!

Baca: 8 Filem, Drama Seram Melayu 'Berhantu' Terbaru (2023), Mesti Tonton!

Baca: 10 Filem Seram Netflix Malaysia Paling 'Berhantu' (2023) - Wajib Tonton!

Baca: 10 Filem Melayu Malaysia 2022 Mesti Tonton!

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)