Oleh pada 24 Nov 2023 kategori

Dalam menamakan sesuatu, ada masyarakat yang gemar membentuk istilah yang mewakili sifat, rupa, bentuk, warna dan ciri-ciri yang dirasakan sesuai, untuk diguna sebagai nama benda atau barangan tersebut.

Bagi masyarakat barat pula, mereka cukup gemar menamakan sesuatu dengan menggunakan nama pereka atau penciptanya. Ini menyebabkan wujud banyak situasi di mana kita sudah biasa merujuk sesuatu itu dengan namanya, tanpa sedar nama itu sebenarnya ada tuan punyanya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah 8 benda yang sebenarnya diinspirasikan daripada nama individu yang memang benar-benar ada, ramai tak sangka label itu adalah nama.

1. Saksofon

belgium pencipta saxophone

Walaupun bukanlah alat muzik yang popular di kalangan ahli masyarakat, kami yakin ramai kenal alat muzik saksofon ini. Diperbuat daripada logam, saksofon dinamakan sempena seorang pembuat instrumen muzik bernama Antoine Joseph Sax, dari Belgium.

Antoine Sax mencipta alat muzik ini sekitar tahun 1840, mengambil inspirasi ciptaan ayahnya Charles Sax, yang mencipta sejenis alat muzik mirip trumpet bernama saxhorn. Antoine menggabungkan nama keluarganya dengan istilah Yunan 'phone' yang membawa makna bunyi.

2. Diesel

pencipta enjin dan minyak diesel

Seorang jurutera dari Jerman bernama Rudolf Diesel menjadikan penciptaan kimia dan mekanikal sebagai karier utamanya. Dia merasakan enjin yang ada pada ketika itu kurang efisien serta banyak membazirkan tenaga, berbanding penggunaan bahan api.

Dengan menggunakan kemahirannya, Diesel berjaya membangunkan sebuah enjin yang dikatakan mampu mengoptimumkan pembakaran bahan api. Untuk menjadi bahan bakar enjin itu pula, pada awalnya Diesel mempunyai idea mahu menggunakan minyak sayuran.

Selepas banyak eksperimen, dia berjaya menghasilkan sebatian minyak baru yang sesuai dengan enjin yang telah dia cipta. Atas sumbangannya, nama Diesel dikenali bukan saja sebagai pencipta enjin diesel bahkan turut sama mencipta minyak untuk enjin tersebut.

3. Roda ferris

ferris wheel gergasi pencipta

Siapa pernah naik road ferris atau ferris wheel? Kenapa namanya 'ferris'? Ini kerana roda ferris adalah ciptaan seorang jurutera bernama George Ferris pada tahun 1893.

Sempena sebuah pameran penciptaan di Chicago, Amerika Syarikat pada tahun tersebut, Ferris membina sebuah roda gergasi berpusing setinggi 250 kaki - yang menjadi tarikan utama ekspo tersebut.

4. Shrapnel

shrapnel peluru serpihan

Ramai dah tahu serpihan peluru dalam bahasa Inggeris, dilabelkan sebagai shrapnel. Bagaimanapun shrapnel pada asalnya adalah sejenis kelongsong peluru ciptaan seorang Jeneral bernama Henry Shrapnel pada awal abad ke 19.

Shrapnel telah menginovasikan sebuah peluru meriam yang mampu meletup selepas dilancarkan, mencambahkan serpihan selepas letupan berlaku di kawasan musuh, bagi memaksimakan tahap serangan.

5. Leotard

leotard nama pencipta

Pakaian ketat yang biasanya dipakai oleh atlet gimnastik, gimrama, ahli sukan dan artis persembahan memang telah lama dikenali dengan namanya; 'leotard.'

Leotard adalah nama keluarga kepada penciptanya, seorang ahli akrobat Perancis bernama Jules Leotard. Untuk memastikan pergerakan beliau tidak terbatas semasa beraksi, Leotard mencipta pakaian yang boleh meregang dengan mudah dinamakan beliau sebagai maillot. 

Selepas Leotard meninggal dunia, masyarakat Perancis menamakan semula maillot sebagai leotard sempena nama Leotard.

6. Pilates

pencipta senaman

Anda pernah melakukan senaman pilates? Penulis tak pernah, kerana penulis kurang fleksibel. Siapa yang mengasaskan senaman pilates? Namanya Joseph Pilates dari Jerman.

Pilates adalah seorang pelatih senaman yang juga meminati bidang penciptaan. Dia diajar latihan jasmani sejak kecil, bagi membantu memperkuatkan tubuhnya yang menghidap penyakit seperti lelah.

Selepas berhijrah ke Amerika sekitar tahun 1925, Pilates bersama isterinya membuka kelas latihan senaman, bagi mengajar orang ramai bukan saja kaedah senaman bahkan tarian.

7. Nacho

benda yang dinamakan sempena nama orang

Anda suka makanan ringan yang dinamakan nacho? Jika anda suka, cuba dapatkan nacho yang asli - rasanya jauh lebih sedap berbanding nacho-nacho bajet yang ada dijual dalam bentuk keropok.

Nama nacho dipercayai diambil daripada penciptanya, seorang tukang masak bernama Ignacio Anaya di sebuah pekan kecil bernama Piedras Negras, Mexico. Menu unik itu mula popular dan akhirnya dirujuk sempena nama Ignacio yang diringkaskan.

8. SIlhoutte

silhouette nama menteri perancis

Dalam banyak-banyak nama yang sebenarnya diinspirasikan daripada nama individu, pasti ramai tak sedar silhouette adalah nama orang yang benar-benar wujud. Sejarah istilah ini cukup menarik.

Semasa kempen Perancis berperang dengan Prussia (sebuah kerajaan lama di Jerman) dan Britain sekitar penghujung abad ke 18, masyarakat Perancis berdepan dengan kekangan ekonomi yang teruk. 

Di tengah-tengah semua konflik, penjaga kewangan kerajaan Perancis (ibarat menteri kewangan) iaitu Étienne de Silhouette memilih untuk melaksanakan banyak perubahan yang memperketatkan bajet kerajaan - menyebabkan bantuan terpaksa disekat demi mencukupkan dana perang.

Kekangan hidup memaksa pelukis zaman tersebut mencari jalan mudah menjana pendapatan. Mereka mula melukis bayang hitam individu yang mahu dilukiskan, sebagai ganti lukisan potret yang biasanya dihasilkan dalam menjimatkan kos.

Lukisan bayangan hanya menggunakan warna hitam menjadi popular bukan saja sebagai koleksi, malahan menjadi medium bantahan masyarakat Perancis terhadap kerajaan mereka. Apa label paling sesuai bagi menamakan nama lukisan sebegitu? Nama menteri kewangan mereka.




Hakcipta iluminasi.com (2017)