Oleh pada 29 Feb 2024 kategori

Di Malaysia, orang tempatan tersalah atau tersasul menyebut istilah dalam bahasa Inggeris biasanya akan mengakibatkan seseorang itu dipandang lucu dan kelakar.

Sedangkan realitinya bahasa Inggeris adalah sejenis bahasa yang sukar sebenarnya untuk dikuasai. Ini kerana bahasa tersebut mempunyai pelbagai variasi ejaan dan sebutan yang pelbagai, walaupun dibentuk daripada huruf serta susunan huruf yang serupa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ada beberapa istilah bahasa Inggeris yang sering kita salah sebut dengan muka konfiden. Kami kompilasikan 12 daripada istilah yang kami rasakan paling mengelirukan, agar anda tahu kaedah sebenar nak menyebutnya.

1. Library

liberry atau library

Library atau perpustakaan berasal daripada istilah librarium dalam bahasa Latin, merujuk kepada rak atau kotak buku. Selain itu libraria asalnya merujuk kepada kedai buku. Kata akarnya liber pula membawa makna kertas.

Walaupun jelas ejaannya, masih ramai yang keliru menyebut library sebagai LAI-BRE-RI sebaliknya memilih untuk menyebut LAI-BE-RI.

2. Hyperbole

hyperbole cara sebutan

Siapa menyebutnya sebagai HAI-PER-BOL angkat tangan? Sebutan anda salah! Kaedah sebenarnya nak menyebutnya adalah HAI-PER-BO-LEE di mana suku kata BOLE disebut satu per satu, dipecahkan kepada BO dan LEE.

Tetapi kami yakin ramai dah biasa menyebut perkataan ini sebagai HAI-PER-BOL dan sekiranya anda cuba mengamalkan sebutannya yang benar, anda akan kelihatan pelik di mata orang lain.

3. Primer

warna primer atau praimer

Bagi pelajar pendidikan seni, pasti anda mempelajari tentang asas warna yang membahagikan warna kepada warna primer dan warna sekunder.

Dalam bahasa Melayu, mungkin anda akan menyebut primer sebagai PRI-MER...tetapi dalam bahasa Inggeris, mesti anda ubah sebutannya menjadi PRAI-MER pula kan?

Cara sebutan primer dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebenarnya sama, iaitu PRI-MER atau PREE-MER.

4. Solder

solder pateri cara sebutan

Perbuatan solder atau mencantumkan dua jenis logam menggunakan teknik pateri, adalah istilah yang sering disebut pelajar kejuruteraan elektrik dan elektronik.

Seperti yang sudah kami katakan, bahasa Inggeris ini kompleks dan mengelirukan kaedah ejaan dan sebutannya. Dalam konteks solder, huruf L itu tidak berbunyi jadi sebutan sepatutnya adalah SO-DER.

Ini kerana istilah ini berasal daripada istilah soudur, tetapi ditambahkan L kerana berkait dengan istilah solidare yang membawa makna mencantumkan sesuatu. Jadi L ditambahkan, tanpa dibunyikan. Pening kan?

5. February/Februari

februari salah sebut

Masa kecil dulu, penulis memang ada masalah nak menyebut perkataan ini yang mewakili bulan kedua dalam kalendar Gregorian. Mesti penulis nak sebut sebagai FE-BU-WA-RI.

Anda pun sama ke? Sama seperti LIBRARY, FEBRUARY pun memerlukan penyebutnya menekankan imbuhan BR yang ada dalam istilah itu. February berasal daripada istilah Latin februa yang bermakna menyuci atau membersihkan, jadi bulan itu dipilih bagi mewakili bulan yang menyucikan masyarakat.

6. Meme

istilah inggeris yang cikgu pun tak reti sebut

Bagaimana anda menyebut perkataan ini? Istilah ini mula popular di kalangan pengguna internet, kerana trend menghasilkan imej-imej lucu yang digelarkan meme.

Tetapi perkataan meme sebenarnya berasal daripada istilah Yunani mimeme yang membawa maksud sesuatu yang ditiru. Sebutannya pula adalah 'meem'...bukan 'mei mei'. Kami yakin ada yang menyebutnya sebegitu, ibarat watak kartun dalam siri Upin-Ipin.

7. Wednesday

wednesday cara sebutan salah

Di antara banyak perkataan paling ramai silap sebut, rasanya inilah perkataan paling ramai orang salah sebut. Ini kerana 'Wednesday' atau hari Rabu, dilihat sebagai tiga suku kata, iaitu wed-nes-day.

Tetapi kerangka perkataan ini asalnya adalah dua suku kata sahaja, iaitu wenzdei merujuk kepada 'Hari Woden' atau lebih terkenal sebagai Dewa Odin dalam mitologi orang barat.

Sebutannya secara rasmi masih mengekalkan kaedah lama iaitu 'WENZ-DEI' walaupun ejaannya adalah 'Wed-Nes-Dei.' Kalau anda tak percaya, anda boleh rujuk pautan ini untuk mendengar sendiri bagaimana nak menyebutnya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)