Oleh pada 07 Aug 2023 kategori

Setiap hari dianggarkan secara purata, seorang manusia akan menyebut kira-kira 5,000 ke 6,000 patah perkataan. Kalau wanita, mungkin kita kena gandakannya, haha. 

Bahasa yang membentuk istilah pertuturan kita merupakan gabungan pelbagai jenis bahasa dan pengaruh berbeza, yang membentuk kosa kata pelbagai jenis dan gaya. Ada perkataan yang kita guna, kita sedar asal-usulnya. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ada juga perkataan yang kita guna, tanpa kita sedar sebenarnya adalah nama individu yang 'melahirkannya.' Berikut adalah 7 istilah harian yang biasa kita guna, tetapi sebenarnya adalah nama orang lain.

1. Algoritma

muhammad ibn musa al khwarizmi algoritma

Siapa sedar 'algoritma' sebenarnya sangat berkait dengan sistem kiraan masyarakat Arab? Istilah algoritma yang biasa kita gunakan ini sebenarnya datang daripada nama Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi atau lebih terkenal dengan gelaran Al-Khwarizmi.

Nama beliau dipilih oleh masyarakat barat bagi merujuk kepada sistem angka Arab yang diperkenalkan oleh Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi, tetapi mengalami korupsi pada ejaannya sehingga diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis sebagai algorisme.

2. Nikotin

stock photo vintage french stamp depicting jean nicot who introduced tobacco to france and gave his name to 24316795

Bahan beracun yang mampu menyebabkan rasa ketagihan di kalangan perokok ini memang merupakan satu istilah yang popular digunakan. Dari mana datang istilah ini?

Istilah ini sebenarnya adalah nama kepada seorang duta Perancis bernama Jean Nicot. Semasa bertugas di Portugal, Nicot dibekalkan dengan pokok tembakau yang dipercayai masyarakat tempatan mempunyai khasiat istimewa. 

Pulang ke Perancis, Nicot memperkenalkan tumbuhan itu kepada kerajaan Perancis seterusnya memulakan projek tanaman tembakau, kerana masyarakat Perancis percaya khasiat asap tembakau mampu melawan wabak dalam udara.

3. Macadamia

john macadam kacang macadamia

Macadamia? Agak aneh kan kenapa sejenis kacang mempunyai nama yang agak ganjil, mirip dengan nama seseorang. Ini kerana kacang macadamia sebenarnya dinamakan sempena seorang ahli sains Scotland bernama John Macadam, yang bertugas di Australia.

Rakannya, Ferdinand von Mueller dalam usaha merekodkan jenis kacang yang ditemui di sana yang dikenali sebagai jindilli oleh orang asal Australia, memilih untuk menamakan kacang itu sempena rakannya. Lahirlah istilah 'kacang macadamia' yang kekal sehingga ke hari ini.

4. Volt

alexander volta

Bila kita bercakap tentang bateri, pasti kita kena tahu berapa 'volt' bateri itu. Nama volt atau voltan yang kita gunakan, datang daripada nama Alessandro Volta seorang ahli fizik dari Itali, yang berjaya mencipta bateri elektrik pertama dunia.

Hasil ciptaannya itu membolehkan banyak penciptaan baru bersifat mudah alih dibentuk, menyumbang kepada perubahan besar dalam dunia sains dan penciptaan.

Secara rasmi nama beliau dipilih bagi mewakili unit kuasa bateri pada tahun 1881, berdekad-dekad lamanya selepas kematian beliau bagi mengenang jasa yang telah beliau sumbangkan.

5. Gardenia

alexander garden bunga gardenia

Mungkin secara rasmi istilah ini tidak wujud dalam kosa kata bahasa Melayu, tetapi rakyat Malaysia bila sebut 'gardenia' tahu tentang jenama roti popular negara kita. 

'Gardenia' sebenarnya merujuk kepada sejenis bunga yang tumbuh di kawasan sekitar Afrika, Asia dan Australia, yang dinamakan sempena seorang ahli botani Scotland bernama Alexander Garden.

6. Cauvinis

nicolas cauvin nama tokoh mitos

Ini adalah satu istilah yang popular tetapi sensitif, sering kali didengari dalam arena politik kita. 'Cauvinis' merujuk kepada sifat seseorang yang terlalu berlebih-lebihan menyokong sesuatu, khususnya yang berkait dengan dirinya atau pendiriannya.

Istilah ini dipinjam daripada kisah mitos seorang tentera bernama Nicolas Cauvin, yang dikatakan mempunyai sifat setia membabi buta kepada kerajaan Perancis sehingga sanggup melakukan apa saja demi kesejahteraan pemimpin beliau.

Sehingga ke hari ini kesahihan kewujudan individu Nicolas Cauvin ini belum dapat disahihkan.

7. Sandwich

sandwich nama tokoh perancis

Kenapa kita gelarkan roti yang mempunyai inti, sebagai sandwic atau sandwich? Pernah terfikir?

Nama ini sebenarnya merupakan nama keluarga bangsawan di England, yang bermula sejak awal abad ke 17 di sebuah tempat bernama Sandwich, Kent di kawasan tenggara England.

Istilah ini mula diguna merujuk kepada dua keping roti yang disapu inti, selepas John Montagu, ketua keluarga Sandwich ke 4 mengakui beliau adalah pencipta pertama menu makanan tersebut sekitar abad ke 18.

Walaupun pengakuan itu diragui banyak pihak, malangnya nama keluarga Sandwich terus melekat sebagai label menu itu sehinggakan kita pun merujuknya sehinggalah ke hari ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)