Oleh pada 08 Aug 2018 kategori

Kita biasa mendengar kisah mengenai lanun. Mereka seringkali dikaitkan dengan keganasan. Tambahan pula ia dipopularkan di dalam filem seperti Pirates of the Caribbean. Watak utama filem itu iaitu Jack Sparrow cukup memberi kesan kepada kita tentang tanggapan mengenai lanun.

Namun tahukah anda di dalam sejarah terdapat beberapa lanun wanita yang terkenal. Kami ingin kongsikan bersama anda 6 lanun wanita yang tercatat di dalam sejarah yang berjaya menawan 7 lautan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

6. Jeanne de Clisson

jeanne de clisson 741

Jeanne de Clisson (1300–1359) yang juga dikenali sebagai Jeanne de Belleville dan Lioness of Brittany merupakan seorang gadis yang dilahirkan di dalam keluarga bangsawan. Jeanne telah berkahwin seawal usia 12 tahun dan selepas perkahwinan ke-3 dan mempunyai 7 orang anak barulah bermula sejarahnya sebagai seorang lanun wanita.

Semasa Perang Seratus Tahun pada kurun ke-14, ketika terjadinya perang di antara Perancis dan England, di mana suami ke-3 Jeanne telah dibunuh oleh raja Perancis ketika itu. Di dalam misi membalas dendamnya, Jeanne dan 2 anak lelakinya telah berlayar dan menyerang tentera Perancis.

Dikatakan di dalam misinya itu, dia membunuh setiap tentera Perancis yang ditemuinya. Jeanne juga menyertai beberapa misi peperangan lain bersama tentera England. Setelah bersara dia dianugerahkan tanah dan istana iaitu Castle of Hennebont dan meninggal dunia di sana.

5. Grace O’Malley (Gráinne Ní Mháille)

grace o malley

Grace O'Malley juga dikenali sebagai "Ratu Lanun Ireland" dan sangat terkenal di kalangan lanun-lanun lain. Dia dilahirkan pada tahun 1530 dan bapanya ialah seorang ketua kumpulan pelaut.

Sepanjang hidupnya dia banyak menghabiskan masa mempertahankan harta keluarganya dari dirompak dan pada masa yang sama juga dia merompak. Melalui lagendanya dia pernah melahirkan seorang anak lelaki di atas kapal, kemudian sehari selepasnya dia kembali bertarung mempertahankan hartanya dari dirompak.

Dia juga cukup berani untuk bersemuka dengan Ratu Britain iaitu Ratu Elizabeth untuk meminta agak abang dan anak lelaki yang ditahan agar dibebaskan. Ratu Elizabeth memenuhi permintaannya.

4. Ching Shih

ching shih 960

Dia bukan sahaja sangat terkenal, malah Ching Shih juga dikatakan amat berjaya. Dia mula dikenali bekerja sebagai seorang pelacur, sebelum ditangkap pada tahun 1801 dan berkahwin dengan salah seorang lanun iaitu Cheng Yi.

Mereka berlayar bersama dan membentuk satu pasukan tentera lanun yang dinamakan Red Flag Fleet. Ketika kematian Cheng Yi pada tahun 1807, Ching Shih telah mengambil alih pimpinan tentera lanun itu yang mempunyai ratusan kapal dan hampir 40,000 orang lanun di bawahnya.

Dia telah menyatukan mereka semua di bawah satu undang-undang di mana setiap kesalahan dihukum dengan hukuman pancung. Dia bukan sahaja menyerang bandar berhampiran laut malah menggunakan sampan dan kapal kecil untuk masuk melalui sungai dan menyerang bandar yang jauh ke dalam.

Kekejamannya membuatkan beberapa orang Panglima tentera laut sanggup membunuh diri daripada ditangkap Ching Shih. Pada penghujung kariernya, dia telah ditawarkan keamanan oleh kerajaan China dan bersara di sebuah kawasan desa bersama harta yang diperolehinya.

3. Anne Bonny

anne bonny 448

Anne Bonny dilahirkan sebagai Anne Cormac di Ireland dan kemudian berhijrah bersama keluarganya ke tempat yang kemudiannya dikenali sebagai Amerika Syarikat. Dia kemudian berkahwin dengan John Bonny tanpa persetujuan bapanya. Pasangan pengantin itu kemudiannya melarikan diri dengan menaiki kapal.

Apabila perkahwinannya bertukar menjadi suram, dia kemudiannya mengikuti seorang lanun bernama John "Calico Jack" Rackham. Bersama mereka berdua mula merompak di persisiran pantai Jamaica. Walaupun ketika itu wanita menaiki kapal dianggap nasib buruk, namun Anne berjaya menyembunyikan identitinya dengan menyamar sebagai lelaki.

mary read dan anne bonny

Pada tahun 1720 Rackham dan kelasinya telah ditangkap dan dihukum gantung kerana menjadi lanun. Namun Anne dan rakannya yang juga seorang lagi lanun wanita iaitu Mary Read terlepas hukuman kerana mengandung. Dia kemudian dibebaskan dan menghabiskan sisa hidupnya dalam keadaan sederhana.

2. Mary Read

mary read 202

Mary Read dilahirkan sebagai anak luar nikah pada tahun 1685. Abang tirinya dilahirkan ketika suami ibunya mati di laut dan diserahkan kepada neneknya untuk dijaga. Apabila abang tirinya mati, ibunya mengandung pula dengan Mary. Untuk menipu neneknya tentang status anak luar nikahnya, Mary dipakaikan pakaian lelaki dan dibesarkan sebagai seorang anak lelaki.

Apabila meningkat dewasa, Mary mula bekerja di atas kapal dan sempat menyertai pasukan tentera sebagai seorang lelaki. Ketika bekerja di atas sebuah kapal Belanda, Mary telah ditangkap oleh John "Calico Jack" Rachkam dan kemudian menjadi sahabat baik kepada Anne Bonny. Mereka bersama-sama melakukan rompakan sehinggalah tertangkap. Mereka berdua mengaku mengandung dan terlepas hukuman gantung namun Mary mati ketika di dalam penjara sementara Anne Bonny dilepaskan dan hidup.

1. Rachel Wall

rachel wall

Rachel Wall dilahirkan sebagai Rachel Schmidt dikatakan sebagai lanun wanita pertama Amerika. Dia dilahirkan di Pennsylvania pada tahun 1760. Ketika berumur 16 tahun dia berkahwin dengan George Wall. Pasangan Wall itu kemudian berpindah ke Boston di mana Rachel bekerja sebagai orang gaji manakala suaminya George sebagai nelayan.

Kerjaya mereka hanya menawarkan mereka gaji yang kecil sehingga kemudian George memberi idea untuk menjadi lanun. Dengan kumpulan kecil, mereka keluar ke laut untuk menangkap ikan ketika cuaca elok. Apabila selepas ribut, mereka akan berlakon seolah-olah kapal mereka rosak dan apabila diselamatkan oleh kapal lain, mereka akan merompak kapal tersebut.

Perbuatan mereka berjalan lancar selama setahun sehinggalah suatu kejadian apabila kapal mereka benar-benar rosak akibat ribut mengakibatkan George mati. Namun Rachel Wall meneruskan jenayahnya dengan menjadi pencuri di darat dan juga seorang pelacur. Dia akhirnya ditangkap ketika memperdagangkan wanita. Dia mengaku bersalah atas menjadi lanun dan kesalahan lain. Dia dijatuhkan hukuman bunuh dan merupakan wanita terakhir yang dihukum bunuh di Massachusetts.

Rujukan: Swashbuckling Sisters Pirates




Hakcipta iluminasi.com (2017)