tips asas pertahan diri wanita


Jenayah terhadap wanita merupakan antara jenayah yang paling banyak dilakukan.

Ia bukan sahaja boleh melibatkan orang yang tidak dikenali, malahan mampu juga melibatkan orang yang kita kenali seperti suami, kawan atau kenalan yang kita percayai. Mungkin kerana kaum wanita dilihat sebagai mangsa yang kurang kemampuan untuk melawan, banyak pihak (tidak semestinya lelaki sahaja) menjadikan kaum wanita sebagai sasaran.

Berikut adalah langkah-langkah yang kaum wanita perlu ketahui berdasarkan kepada saranan seorang pesara tentera British bernama John Aldcroft. Beliau merupakan pelatih kepada British Academy of Krav Maga. Kepada yang tidak tahu apa itu Krav Maga, ia adalah seni mempertahankan diri yang diasaskan oleh pasukan tentera Israel dan pasukan keselamatan Israel.

Janganlah skeptikal pula hanya kerana asal seni ini dari Israel ya? Kita ambillah mana yang baik untuk kita. Ini semua pengetahuan yang berguna.


1. PUKULAN KE HIDUNG

iluminasi wanita pertahan diri serangan 297

Oleh kerana wanita mempunyai daya kekuatan yang kurang berbanding lelaki, adalah disarankan agar wanita tidak menggunakan penumbuk untuk menyerang pemangsa. Gunakan bahagian bawah tapak tangan yang lebih keras dan hentakkan bahagian tersebut tepat pada bahagian hidung atau tekak penyerang atau pemangsa.

Tujuannya amat jelas; hidung atau tekak merupakan bahagian yang sangat sensitif. Ini kerana hidung tidaklah keras seperti tulang pipi atau mempunyai keupayaan menyerap hentakan seperti pipi. Kita mahu kesakitan maksima ditanggung oleh penyerang. Hidung yang berdarah mampu membuatkan penyerang terpaksa berhenti dari tindakan mereka.


2. HENTAKAN KE KELANGKANG

iluminasi wanita pertahan diri serangan2 26

Gerakan ini adalah untuk menghilangkan kestabilan penyerang. Jika anda dominan kaki kanan, posisikan kaki kiri anda di depan dan kaki kiri menampung berat badan. Kita pun tahu apa sasaran utama kita di sini khasnya jika penyerang itu lelaki. Ada banyak saraf yang sangat sensitif di bahagian ini yang mampu melumpuhkan sebentar penyerang untuk memberikan kita masa melarikan diri.

Jika hentakan dilakukan dengan betul, ia akan mengakibatkan penyerang mengalami renjatan, hilang keupayaan mengawal diri, susah hendak bernafas, pening, muntah atau mungkin juga boleh pitam.


3. MELEPASKAN DIRI DARI PELUKAN BELAKANG

iluminasi wanita pertahan diri serangan3

Jika penyerang melakukan serangan lalu memeluk anda dari belakang seperti seekor beruang (yang horny) tetapi dia memeluk bahagian badan, lipatkan tangan lalu pegang tangan penyerang kemudian pusingkan badan dengan cepat, untuk membuatkan penyerang hilang imbangan. Kemudian lekas-lekas tunduk untuk menyelamatkan diri.

Jika penyerang memeluk leher, gunakan siku di bahagian yang bebas untuk menyiku dengan kuat perut penyerang.

Variasi lain yang boleh diguna adalah dengan meneruskan serangan ke atas penyerang dengan memukul kelangkang penyerang untuk memastikan kita ada peluang menyelamatkan diri.


4. MELEPASKAN DIRI DARI PELUKAN DIPINGGANG

iluminasi wanita pertahan diri serangan4

Ini agak sukar kerana tangan akan dipegang sekali disepitkan di pinggang. Apa yang perlu dibuat adalah dengan memusing-musingkan badan untuk memberikan ruang supaya penyerang membebaskan anda. Dalam seni wing chun, cara paling mudah berbuat demikian adalah dengan menyepit kaki penyerang anda dengan kaki anda, contohnya kaki kanan anda menyepit ke kaki kanan penyerang yang berada di belakang anda. Ini akan membuatkan badan anda sedikit terangkat lalu memberikan anda lebih banyak ruang untuk melemahkan pelukan penyerang.

Selepas merasakan ada ruang yang cukup, cepat-cepat berpusing dan hentak dada atau kelangkang penyerang untuk memberikan anda ruang melarikan diri.


John Aldcroft juga menggariskan 4 langkah penting untuk wanita melindungi diri mereka.


1. Gunakan deria semulajadi

Perhatikan kawasan sekeliling. Memakai earphone atau headphone merupakan satu perbuatan yang memudahkan kita diserang. Sama juga dengan terlalu leka menonton skrin telefon. Awasi sekeliling.


2. Perbaiki lenggok bahasa badan

Wanita perlu kelihatan yakin. Jalan dengan tegak. Mereka yang berjalan tunduk menampakkan diri mereka lemah. Penyerang atau pemangsa selalunya lebih berani mereka yang dirasakan tidak mampu melawan.


3. Pakaian yang sesuai

Jika perlu melarikan diri, adalah lebih mudah memakai kasut bertumit rata. Mempunyai kasut bertumit tinggi pula mampu memberikan anda senjata. Memakai barangan kemas mampu menarik perhatian pemangsa.


4. Lari

Walaupun wanita patut dididik dengan teknik mempertahankan diri, kaedah yang paling berkesan bagaimanapun adalah melarikan diri jika ada peluang.

Kita tidak tahu jika malang menimpa kita jadi lebih baik kita bersiap sedia.
Harapannya agar kaum wanita dapat mempersiapkan diri mereka kerana pemangsa akan berada di mana-mana sahaja.


tags : , , , , , , , , , , , , , ,









/ / /
Hakcipta iluminasi.com (2017)