Ada banyak pesan berkaitan akhir zaman yang disebut dalam Islam. Salah satunya adalah mengenai peringatan untuk kita berkenaan kembalinya dunia ke zaman jahiliyah yang dipenuhi dosa dan maksiat berlaku di mana sahaja, tanpa ada perasaan hormat pada manusia lain.

Mungkin tidak ramai yang mengetahui wujudnya rancangan-rancangan seperti itu kerana tidak ditayangkan di Malaysia, tetapi di Eropah, seolah-olah sudah menipis benar rasa malu mereka sehinggakan ada bermacam jenis bentuk rancangan yang memalukan disiarkan serta dapat diterima baik ramai penonton di sana.

Berikut merupakan 4 rancangan yang membuktikan dunia sedang menuju ke arah krisis mental yang jika tidak dibendung, boleh menjadi barah kepada kehancuran manusia.

1. Undressed

iluminasi akhir zaman lucah porno

Rancangan ini dimulakan di United Kingdom tetapi kini sudah mempunyai versi sendiri Asutralia, memaparkan dua pasangan yang perlu menanggalkan pakaian mereka dan duduk di atas katil, sambil berkenal-kenalan buat kali pertama. Tidak ada kekangan ke atas apa jenis pasangan yang dimahukan, boleh jadi dari golongan sama jantina atau lelaki dan perempuan. Pada akhir 30 minit rancangan tersebut, kedua-dua mereka akan memutuskan sama ada mahu meneruskan perkenalan atau berhenti di situ sahaja.

2. Naked and Afraid

iluminasi akhir zaman lucah porno5 724

Ditayangkan di saluran Discovery, peserta rancangan ini yang datang dalam satu pasangan lelaki dan wanita diperlukan untuk hidup selama 21 hari di dalam hutan. Mereka akan dibekalkan peralatan survival dan syaratnya, tidak boleh memakai pakaian. Kedua-dua peserta pula hanya berkenalan selepas dipertemukan di dalam hutan.

3. Naked Attraction

iluminasi akhir zaman lucah porno3 591

Siri ini menimbulkan kekecohan di Britain apabila diudarakan. Peserta akan diberikan pilihan daripada 6 orang lain yang tidak berpakaian, tetapi wajah mereka ditutup. Peserta perlu memilih dengan siapa mereka rasa tarikan lebih kuat bergantung kepada rupa kemaluan 6 orang potensi pasangan tersebut. Urgh.

4. Buying Naked

iluminasi akhir zaman lucah porno2

Jika dibaca sinopsis, ini ada mempunyai sedikit unsur komedi. Seorang ejen hartanah akan berusaha mencarikan rumah untuk didiami oleh pasangan yang mahu tinggal di dalam sebuah komuniti yang mengamalkan konsep "pakaian itu opsyenal." Jadi sepanjang rancangan, mereka akan melawat rumah-rumah untuk didiami dalam keadaan tidak berpakaian seurat benang pun dan pada akhirnya, memilih lokasi mana yang terbaik sebagai pilihan mereka.




Hakcipta iluminasi.com (2017)