Di Malaysia, antara rollercoaster yang paling mencabar dan berbahaya bagi sesetengah orang adalah Space Shot di Genting Highland. Rollercoaster Space Shot ini dinaikkan ke atas udara dan kemudiannya dilepaskan dari ketinggian 56 meter secara jatuhan bebas yang boleh membuatkan mereka yang gayat, pengsan.

Namun, ia tidaklah terlalu bahaya jika hendak dibandingkan dengan rollercoaster dalam senarai ini. iluminasi.com ingin berkongsi 5 rollercoaster yang telah diharamkan akibat terlalu bahaya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Hypersonic XLC

hypersonicxlckingsdominion

Belum naik pun dah seram kalau tengok. Hypersonic LXC di taman tema Kings Dominion yang terletak di Virginia, Amerika Syarikat ini telah diharamkan kerana impak yang kepada badan penunggangnya tersangat bahaya. Rollercoaster ini menggunakan udara termampat untuk melancarkan kereta yang memuatkan 8 orang ke udara dengan kecerunan 90 darjah, dan kemudiannya kembali ke stesen. Dengar macam tak ada apa-apa kan?

Tapi apa yang sebenarnya berlaku adalah kereta ini bergerak dari keadaan pegun ke kelajuan 128 kilometer sejam, hanya dalam masa 1.5 saat! Jika penumpang mengangkat tangan mereka ketika kereta ini bergerak, kemungkinan besar bahu mereka akan terlucut akibat pecutan yang terlalu laju. Walaupun Hypersonic LXC ini adalah tarikan utama taman tema ini tetapi ia diharamkan daripada beroperasi disebabkan beberapa tuntutan mahkamah dan telah digantikan dengan permainan lain.

4. The Big Dipper

big dipper

Terletak di taman tema Battersea Park Fun Fair, The Big Dipper merupakan tarikan utama dan tertua. Ketika kejadian tragik ini berlaku, taman tema ini sudah berusia 22 tahun, dan sepatutnya The Big Dipper ini telah diharamkan 20 tahun yang lalu. Salah satu daripada mimpi ngeri peminat rollercoaster telah menjadi kenyataan apabila tali yang menarik kereta rollercoaster ini ke atas bukit telah terputus dan berpatah balik ke bawah bukit, dan terhempas.

5 orang kanak-kanak yang berada di bahagian belakang telah terbunuh dan 13 lagi cedera. Kejadian tragik itu bukan sahaja meragut nyawa pengunjung tetapi juga hayat seluruh taman tema itu.

3. Derby Racer

derby racer

Kejadian ini sangat tragik, tetapi sedikit kelakar. Rollercoaster ini sangat popular dan menjadi tarikan orang ramai. Pada tahun 1911, pemilik syarikat rollercoaster ini ingin memberikan satu ucapan mengenai keselamatan permainan ini dan beliau berasa ia lebih menarik jika dilakukan sambil menaiki rollercoaster ini. Ketika rollercoaster ini sedang berjalan, beliau yang sedang memberi ucapan, tiba-tiba bangun, dan telah tercampak yang mengorbankan nyawanya.

Terdapat lagi mangsa yang telah tercampak keluar dari rollercoaster ini yang mana salah seorangnya tercampak ketika mahu mengambil topinya. Akibat daripada bahaya yang mengundang oleh rollercoaster ini, ia telah ditutup dan diruntuhkan.

2. The Big Dipper

krug park

Satu lagi rollercoaster yang mempunyai nama yang sama, The Big Dipper. Taman tema Krug Park ini terletak di Omaha, Nebraska dan telah dibuka pada tahun 1895. Ia mempunyai banyak permainan dan antara salah satunya adalah rollercoaster kayu yang sangat besar ini. Pada tahun 1930, sebuah tragedi ngeri berlaku apabila beberapa buah kereta rollercoaster ini telah tercabut ketika dinaiki akibat kerosakan brek. Akibat daripada itu, kereta yang penuh dengan penumpang kanak-kanak telah tercampak ke atas tanah.

Sebanyak 4 penumpang mati di tempat kejadian manakala 17 lagi cedera. Susulan daripada kemalangan ini, Omaha telah meluluskan undang-undang pengharaman rollercoaster di bandar itu yang membuatkan pengunjung di Krug Park turun mendadak dan memaksa ia untuk tutup pada tahun 1940.

1. Fujin Raijin II

fujin raijin ii

Ini memang tak lawak. Rollercoaster Fujin Raijin II ini terletak di Expoland di bandar Osaka, Jepun adalah antara yang paling popular. Expoland ini dibina pada 1970 sempena penghormatan kepada Ekspo Antarabangsa dan mempunyai 40 jenis permainan dan tarikan. Namun, 37 tahun kemudian taman tema ini telah ditutup akibat kemalangan yang sangat tragik awal tahun 2007. Kereta rollercoaster ini telah tergelincir ketika bergerak di atas udara disebabkan oleh kerosakan pada gandar. Kereta itu kemudiannya terbalik yang menyebabkan beberapa pengunjung cedera parah manakala seorang pelajar 19 tahun terbunuh selepas kepalanya diheret di atas rel tersebut sepanjang beberapa ratus kaki.

Pemeriksaan dijalankan ke atas rollercoaster tersebut dan didapati gandarnya tidak pernah ditukar lebih daripada 10 tahun, dan perkara yang sama berlaku pada permainan lain. Orang ramai yang mengetahui hal ini tidak lagi mengunjungi taman tema ini dan ia terpaksa ditutup.

Rujukan : Dangerous Roller Coasters




Hakcipta iluminasi.com (2017)