Oleh pada 12 Jul 2017 kategori

Setakat ini, rekod haiwan paling berat di muka bumi yang masih hidup dipegang oleh ikan paus biru yang mampu mencapai 190 tan beratnya. Selain itu ikan paus biru juga merupakan perenang yang cekap yang mampu berenang sepantas 48km/j jika diancam bahaya.

Kita bernasib baik kerana ikan paus ini bersifat pasif dan bukannya haiwan pemangsa yang hidupnya senantiasa mencari mangsa sebagai sumber makanan. Lagipun, ikan paus biru hidup di laut, mengurangkan risiko bahaya yang dibawanya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun begitu, bagaimana pula jika anda diberitahu, selain ikan paus biru, ada banyak haiwan lain yang bersaiz gergasi dan mempunyai sifat pemangsa, namun sudah pupus? Berikut adalah 5 haiwan gergasi yang sudah pupus dan jika mereka masih wujud, besar kemungkinan akan memberikan banyak kesusahan pada manusia.

1. Jaekelopterus rhenaniae

iluminasi makhluk gergasi pupus

Jaekelopterus rhenaniae atau kala jengking laut ini dianggarkan mampu mencapai panjang sehingga 2.5 meter. Bayangkan ada seekor kala jengking sebesar itu sekarang? Dianggarkan hidup 390 juta tahun dahulu, hidup Jaekelopterus rhenaniae ini dipenuhi dengan diet memakan ikan.

Pada tahun 2008, pencakarnya ditemui di Jerman dan daripada situlah penyelidik dapat menganggar saiz asal kala jengking ini. Penemuan itu juga membuktikan saiz makhluk berkategori arthropods iaitu makhluk yang mempunyai cangkerang luar dahulu sebenarnya lebih besar berbanding kala jengking comel yang dapat kita lihat sekarang.

2. Argentavis magnificens

iluminasi makhluk gergasi pupus2

Digelarkan burung gergasi kerana mempunyai bukaan sayap selebar 20 kaki, Argentavis magnificens mempunyai saiz yang hampir sama dengan sebuah kapal terbang kecil. Bayangkan, satu tulang humerus di sayapnya sudah bersamaan dengan panjang tangan manusia dari bahu ke hujung jari.

3. Sarcosuchus imperator

iluminasi makhluk gergasi pupus3

Tengok nama saintifiknya pun dah menakutkan, sarcosuchus imperator atau lebih popular dengan nama SuperCroc adalah spesis buaya yang menduduki kawasan tropika Afrika 110 juta tahun dahulu.

Mampu membesar sehingga 12 meter panjang dan 8 tan berat, dianggarkan yang SuperCroc makan dinosaur kecil dan ikan untuk hidup. Penemuan pertama berlaku pada tahun 1997 di Republik Niger apabila penyelidik menemui rahang buaya yang mempunyai panjang sama dengan seorang manusia.

4. Carcharocles megalodon

iluminasi makhluk gergasi pupus4

Megalodon membawa maksud Big Tooth atau Gigi Besar, jadi Carcharocles megalodon membawa maksud ikan jerung bersaiz gergasi yang mempunyai gigi yang sangat besar. Dianggarkan mempunyai saiz yang lebih besar daripada haiwan paling besar di bumi ketika ini, iaitu ikan jerung paus atau whale shark, Carcharocles megalodon dianggarkan mampu mencapai panjang sehingga 18 meter dan mencapai berat sehingga 50 tan.

iluminasi makhluk gergasi pupus6

Menurut penyelidik yang mengkaji, satu rahang Carcharocles megalodon mempunyai 276 batang gigi dan rahang Carcharocles megalodon mampu dibuka sehingga 2 meter jaraknya. Rajah di atas menunjukkan saiz gigi carcharocles dibandingkan dengan gigi jerung putih yang ada ketika ini.

5. Titanoboa cerrejonensis

iluminasi makhluk gergasi pupus5

Anaconda menjadi inspirasi kepada siri filem Anaconda yang menampilkan Jennifer Lopez sebelum dia menjadi bintang besar Hollywood. Walaupun begitu, anaconda yang masih hidup di bumi dianggarkan mampu mencapai sehingga 27 kaki panjang. Titanoboa cerrejonensis pula bukanlah spesis yang sama dengan anaconda tetapi adalah spesis ular lain yang dikategorikan sebagai boa. Jika anda rasa anaconda sudah cukup besar, Titanoboa cerrejonensis pula mampu mencapau 42 kaki panjangnya.

Dianggarkan wujud 58 atau 60 juta tahun dahulu, penemuan fosil pertama Titanoboa cerrejonensis dibuat di Carrejon, Colombia. Selepas penemuan fosil ini, Titanoboa cerrejonensis diisytiharkan sebagai spesis ular paling besar pernah wujud menggantikan satu spesis lain bernama gigantophis garstini, yang hidup 40 juta tahun dahulu di kawasan gurun Sahara.




Hakcipta iluminasi.com (2017)