Oleh pada 27 Mar 2017 kategori

Ramai orang berasa bahawa haiwan tidak mempunyai perasaan mendalam seperti manusia, namun realitinya mereka mempunyai perasaan seperti manusia dan berkebolehan untuk merasai berbagai-bagai emosi. Persahabatan, dedikasi, kasih-sayang dan juga kesetiaan. Kalau kita melihat pada dunia zaman sekarang, berkemungkinan haiwan mempunyai perasaan yang lebih kuat terhadap haiwan-haiwan lain berbanding kita sesama manusia.

Pihak Iluminasi.com ingin berkongsi saat-saat menarik apabila haiwan menunjukkan perasaan mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Gajah-gajah ini Jenny dan Shirly masing-masing dibawa ke sarkis pada waktu yang sama, ketika itu Jenny masih bayi dan Shirley pula sudah berumur 20 tahun. Selepas beberapa ketika mereka terpisah. Namun 25 tahun kemudian mereka bertemu semula di tempat perlindungan. "Jenny tiba-tiba menjadi tidak menentu," kata pekerja-pekerja di situ. "Ia cuba untuk mendapatkan Shirley menggunakan belalainya dan kelihatan sangat gelisah. Kemudian Shirley mula mengaum sekuat hatinya. Kami tidak pernah melihat sesuatu yang sangat pelik dan menakjubkan seperti itu," tambah mereka.

suryia dan kawan baiknya

Ketika Suryia, seekor orang utan masih kecil, ia kehilangan ibu bapanya. Ia hilang keinginan untuk hidup, tidak mahu makan dan tidak memberikan respon kepada rawatan. Kemudian seekor anjing dibawa ke rumah perlindungan tersebut, dan menjadi rakan baik Suryia dengan serta-merta. Sejak itu mereka berdua sentiasa bersama dan tidak dapat dipisahkan.

mila

Mila, seekor paus jenis Beluga, menolak Yang Yun ke permukaan air menggunakan hidungnya selepas wanita itu mengalami kekejangan pada bahagian kaki ketika pertandingan menyelam. Ia sekaligus menjadi penyelamat nyawa Yang Yun.

irene dan burung kakak tuanya

"Jaga diri baik-baik. I love you,". Itulah yang dikatakan oleh burung kakak tua kesayangan milik Irene Pepperberg sebagai kata-kata terakhir sebelum burung itu mati.

anjing tommy

Tommy biasanya pergi ke gereja bersama tuannya. Namun selepas kematian tuannya, Tommy pergi ke gereja tersebut bersendirian. Anjing anda merupakan salah satu bahagian dalam hidup anda, tetapi bagi mereka, anda adalah segala-galanya.

Pada tahun 1969, 2 beradik daripada London membesarkan seekor anak singa yang diberi nama Christian. Setelah Christian menjadi dewasa, mereka membuat keputusan untuk menghantar Christian balik ke Africa, tempat asalnya. Setahun selepas itu, mereka pergi untuk melawatnya, tetapi mereka diberitahu bahawa Christian telah menjadi liar dan mempunyai rasa bangga sebagai seekor singa, jadi ia mungkin tak akan mengenali mereka. Anda boleh lihat apa yang berlaku di antara 2 beradik ini apabila mereka bertemu dengan Christian.

lisha

Anjing jenis Labrador Retriever, yang diberi nama Lisha ini telah menyusukan hampir 30 jenis haiwan yang kehilangan ibu mereka. Ia meneruskan dengan menjaga haiwan-haiwan itu dan mengajar cara untuk hidup.

koko

Gorilla bernama Koko ini menonton cerita Tea with Mussolini di TV dan kerana tidak mahu melihat, ia menutup matanya ketika adegan perpisahan yang menyedihkan.

Di Alaska, seekor anjing melompat ke arah jalan untuk menarik perhatian pihak polis. Dia telah berlari beberapa kilometer, dan menunjukkan ke satu arah, yang mana akhirnya pihak polis menjumpai rumah tuannya yang sedang terbakar.

gandolf

Gandolf, seekor burung hantu bertelur setiap tahun dan menunggu untuk mendapatkan zuriat, namun ia tidak menjadi kenyataan. Namun satu hari ia dibaling sebiji telur yang mana menetaskan seekor anak angsa. Ia menjaga anak angsa itu, walaupun biasanya burung hantu akan membunuh anak burung lain yang berbeza dari segi bau dan rupa.




Hakcipta iluminasi.com (2017)