Manusia sememangnya makhluk yang pelik. Walaupun terdapat banyak jenis makanan yang sihat dan selamat untuk dimakan, terdapat segelintir manusia yang gemar menikmati hidangan eksotik atas pelbagai kepercayaan mengarut seperti memberikan kesuburan, menguatkan tenaga batin dan memanjangkan umur.

Kali ini, kami ingin berkongsi beberapa jenis makanan yang bukan sahaja eksotik, malah sangat merbahaya dan mampu membunuh sesiapa sahaja yang memakannya. Walaupun sudah diketahui akan bahayanya, ini tidak menghalang sesetengah orang untuk memakan makanan ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Ikan buntal

ikan buntal 67

Ikan buntal merupakan antara makanan eksotik popular di Jepun. Ianya dikenali sebagai Fugu. Bukan itu sahaja, ikan ini sangat merbahaya kerana mengandungi kandungan tetrodotoxin yang tinggi. Ianya dikatakan 1200 kali ganda lebih merbahaya daripada cyanide.

Hidangan Fugu ini kebiasaannya akan disediakan oleh chef yang sangat terlatih. Bagi memastikannya selamat dimakan, bahagian ikan ini yang mengandungi tetrodotoxin mestilah dibuang dan diasingkan sepenuhnya. Malangnya, ia bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan. Setiap tahun, hidangan ini telah membunuh ratusan manusia yang memakannya.

Neurotoxin adalah sejenis toksik yang akan menyerang sistem saraf manusia. Ianya akan menghalang sistem saraf berhubung antara satu sama lain dengan otak. Antara simptom awalnya adalah pening, loya, dan sakit kepala yang teramat sangat. Lama kelamaan, anda akan mengalami kesukaran bernafas dan otot-otot badan mula sukar bergerak sebelum akhirnya lumpuh. Ianya hanya mengambil masa 20 minit sehingga satu hari untuk membunuh sesiapa sahaja memakan makanan yang mengandungi neurotoxin ini.

2. Otak monyet

otak monyet

Tengok sahaja sudah meloyakan. Namun percayakan anda, otak monyet juga mempunyai peminatnya yang tersendiri. Otak monyet diketahui mengandungi virus yang menyebabkan penyakit Variant Creutsfeldt-Jakob (vCJD) yang menyebabkan kematian.

Antara gejala awal pesakit yang mempunyai penyakit ini termasuklah dementia, buta, kemurungan, kesukaran untuk bertutur, kehilangan kawalan motor anggota badan dan pelbagai penyakit kronik lain.

3. Sotong kurita hidup

sotong kurita hidup

Di Korea, terdapat sejenis makanan eksotik popular yang dikenali sebagai Sannakji. Ianya adalah hidangan sotong kurita kecil yang masih hidup. Ya, sotong tersebut dihidangkan hidup-hidup dan anda akan memakannya tanpa digoreng atau direbut terlebih dahulu - terus dikunyah di dalam mulut.

Risiko kematian daripada hidangan ini bukanlah akibat bahan bertoksin atau beracun yang terdapat padanya. Sebaliknya, setiap tahun terdapat banyak kes kematian disebabkan tercekik sewaktu menikmati hidangan ini. Untuk menikmatinya, pastikan anda mengunyah sehingga sotong tersebut benar-benar sudah mati.

4. Casu Marzu

casu marzu

Walaupun anda seorang peminat keju, anda mungkin tidak sanggup memakan Casu Marzu. Casu Marzu mendapat jolokan keju paling berbahaya di dunia. Ianya terhasil daripada keju jenis pecorino. Keju ini akan dipotong pada bahagian tengahnya dan dibiarkan di kawasan terbuka untuk beberapa ketika, menyebabkannya dihinggap oleh lalat.

Lalat ini kemudiannya akan bertelur dan menghasilkan larva-larva yang akan terus membiak dengan memakan keju ini. Lama kelamaan, bahagian keju yang mengandungi larva ini akan terurai dan menjadi lembik dan likat. Bahagian inilah yang dipanggil Casu Marzu. Bagi mereka yang menggemarinya, keju ini akan dimakan sekali dengan larva-larva yang ada padanya, menyebabkan mereka mudah terdedah kepada pelbagai penyakit yang berpunca daripada larva-larva tersebut.

5. Kerang Berdarah dan Mentah

kerang mentah

Secara umumnya, kerang merupakan antara makan laut yang paling mudah tercemar. Hal ini disebabkan kerang hidup di bahagian bawah laut yang kurang kandungan oksigen, menjadikannya tempat optimum untuk pelbagai virus dan bakteria. Oleh sebab itulah, apabila memakan kerang, pastikan ianya betul-betul dibakar untuk membunuh bakteria-bakteria ini. Sekiranya digunakan dalam masakan, pastikannya dibersihkan dan digoreng sehingga benar-benar masak.

Walau bagaimanapun, disesetengah kawasan di dunia, kerang ini dihidang mentah bersama-sama dengan darahnya. Hidangan ini tersangatlah merbahaya memandangkan darah kerang ini menyerap bakteria dan virus berbahaya sepertiĀ  hepatitis dan demam kepialu.

Kredit:

  1. Delisahably
  2. The Kitchn
  3. Food&Wine



Hakcipta iluminasi.com (2017)