Oleh pada 22 Jul 2017 kategori

cute baby

Tiada jenayah yang lebih mengerikan dan menyayat hati daripada ibu bapa yang membunuh anaknya sendiri. Walaupun ia tidak boleh diterima jika bapa yang membunuh anak, namun ia lebih menyedihkan jika si ibu yang melakukannya kerana telah bersusah payah mengandungkan selama 9 bulan.

Jika di Malaysia, terdapat banyak kes di mana bayi-bayi dibuang dan ditinggalkan di merata tempat, namun apakah yang membuatkan seorang ibu yang mempunyai naluri keibuan, sehingga sanggup membunuh anak sendiri?

iluminasi.com ingin berkongsi 5 ibu yang telah membunuh bayi mereka sendiri dengan sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Semoga menjadi pedoman bagi kita semua.

5. Lindsey Lowe - Nashvile, Amerika Syarikat (2011)

lindsey lowe

Seorang wanita yang baru sahaja menjadi ibu, Lindsey Lowe, 25, telah membunuh kedua-dua bayi kembarnya beberapa minit selepas dilahirkan. Bayi-bayi yang dilahirkan di dalam tandas di rumah ibu bapa Lindsey pada 12 September 2011 itu dibunuh dengan menutup hidung dan mulut mereka sehinggalah mereka lemah tak bermaya dan berhenti bernafas. Bayi-bayi itu kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah bekas dan ditutup dengan selimut. 

Menurut Lindsey, dia membunuh bayi-bayinya itu kerana tidak mahu ibu bapanya daripada mengetahui bahawa dia mengandung dan mempunyai anak. Dia juga memberitahu bahawa tiada siapa yang perasan bahawa dia mengandung walaupun kelihatan seperti orang mengandung. Pada Oktober 2011, ujian DNA mengesahkan bahawa bayi-bayi tersebut bukanlah daripada hasil hubungan antara Lindsey dan tunangnya, Jonathan Brooks, sebaliknya hasil daripada hubungan sulit dengan lelaki lain.

Dah la buat salah curang, kemudian nak sembunyikan lagi dengan kesalahan membunuh anak sendiri. 

Lindsey dihukum penjara dengan tempoh minimum 51 tahun di Penjara Wanita Tenenessee, Nashville.

4. Megan Huntsman - Utah, Amerika Syarikat (1996 - 2006)

megan huntsman

Megan Huntsman, seorang ibu dari Utah, Amerika Syarikat telah mengaku membunuh anak-anaknya yang baru lahir dengan mencekik sehingga mati. Dari tahun 1996 hingga 2006, Megan telah melahirkan seramai 7 orang bayi namun 6 daripadanya mati dibunuh dan hanya seorang saja hidup. 

Megan membunuh 6 bayi tersebut dan memasukkannya ke dalam kotak, dan disembunyikan di dalam garaj. Bayi-bayi itu dijumpai oleh suaminya dalam keadaan dibalut dengan plastik terus melaporkan kepada pihak berkuasa. Megan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas kesalahannya.

Kalau tak mahu bayi-bayi itu, kenapa susah payah mengandung? 

3. Bianca N. - Utara Rhine-Westphalia, Jerman (2013)

bianca 296

Seorang ibu di Jerman, Bianca, yang menghadiri sebuah pesta Halloween di Munster yang mengambil masa 1 jam dari rumahnya di Soest, telah meninggalkan bayi perempuannya berseorangan di rumah. Bayi yang telah diberi makan itu dibiarkan di atas katil untuk beberapa hari, dan kemudiannya ditemui mati oleh ibunya yang baru pulang ke rumah.

Keesokan harinya, Bianca pergi semula ke Munster dengan membiarkan mayat bayinya terlantar di atas katil sehingga mayat bayi itu dijumpai oleh badan khidmat sosial. Disoal kepada Bianca, dia memberitahu bahawa hanya ingin menghadiri pesta itu untuk beberapa jam sahaja namun terlupa akan anaknya kerana tidak sedarkan diri disebabkan pengaruh dadah bernilai RM1,500.

Laporan mengatakan bayi tersebut tidak diberi makanan secukupnya untuk beberapa minggu sebelumnya dan Bianca memberitahu ramai orang bahawa bayinya akan mati disebabkan oleh ketumbuhan otak, yang membuatkan kejadian ini kelihatan seperti dirancang oleh ibunya yang sengaja meninggalkannya keseorangan sehingga mati. Tak dapat bayangkan bagaimana seksanya saat-saat akhir yang dilalui oleh bayi ini yang dahaga dan kelaparan sehingga mati.

2. Hu Chen - Zhejiang, China (2014)

hu chen china

Pertengkaran di antara pasangan suami isteri sememangnya tidak dapat dielakkan, sedangkan lidah lagi tergigit. Namun, tidaklah sampai ke tahap membunuh. Seorang ibu berusia 33 tahun, Hu Chen, yang ingin membalas dendam terhadap suaminya selepas pergaduhan mereka, telah mencampakkan bayi perempuannya yang berusia 12 bulan ke hadapan sebuah lori seberat 40 tan yang sedang bergerak dan telah menggilis bayi itu sehingga mati.

Sejurus selepas itu, ibu tersebut sekali lagi mencapai anaknya yang berusia 6 tahun dan menolaknya ke jalan raya, namun bernasib baik kerana diselamatkan oleh orang yang lalu-lalang. Hanya satu alasan yang boleh diterima dalam tindakan ini, namun masih tidak boleh diterima akal, iaitu tekanan mental dan emosi.

1. Ka Yang - California, Amerika Syarikat (2012)

ka yang california

Berada di tangga pertama senarai ini, sesuatu yang tidak dapat dibayangkan oleh manusia yang waras. Pernah tak anda terkena percikan minyak panas? Bagaimana rasanya, sakit kan? Dan bayangkan pula apa rasanya jika berada di dalam microwave, agak-agak masak tak? Itulah apa yang berlaku kepada seorang bayi yang dibunuh oleh ibunya sendiri dengan kejam di California. Pada Februari 2012, Ka Yang, telah membunuh anaknya yang masih bayi berusia hanya 7 minggu, dengan memasukkannya ke dalam microwave! 

ka yang

Sinar radiasi mikro dari microwave yang mampu merebus otak dan organ badan bayi itu telah dibiarkan berjalan selama 2 minit. Akibat daripada itu, perut dan usus bayi malang itu disahkan telah "masak" oleh ahli patologi. Insiden ini mampu membuatkan sesetengah pembunuh lain ternganga.

Walaupun Ka Yang disahkan mempunyai masalah mental, namun tindakan yang dilakukan oleh ibu bagi 4 orang anak ini sememangnya tidak boleh dihadam oleh akal yang waras. Ketika melakukan perbuatan kejam ini, Ka Yang disahkan mengalami sawan.

Sampainya hati ibu ini bertindak sebegini, sungguh menyayat hati.

Sumber :

1. Hollywood Life

2. Daily Mail

3. CBS News

4. The Local

5. China Smack

6. Wonderslist


tags : , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)