Penjara bukanlah tempat untuk bersuka ria, sudah pastinya ia menyeksakan jiwa dan fizikal. Namun, walaupun banduan adalah pelaku jenaya, namun kebanyakan penjara memberikan layanan berperikemanusian kepada mereka.

Walaupun begitu, terdapat sebilangan kecil penjara yang melayan banduan lebih teruk daripada binatang.

iluminasi.com kongsikan 4 penjara paling ganas dan kejam di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

4 . Penjara Newgate

penjara newgate penjara paling kejam dan ganas di dunia

London merupakan lokasi kepada beberapa penjara ganas yang terkenal, antaranya adalah Penjara Newgate. Ia tersangat ganas sehinggakan pada satu masa orang yang melalui penjara ini dapat menghidu bau busuk akibat kesengsaraan dari penjara ini.

Pada tahun 1750, 11 individu ditugaskan untuk membasuh dinding penjara ini dan 7 daripada mereka telah dijangkiti penyakit ketika bekerja di penjara itu.

Namun, dalaman penjara ini lebih menyeramkan. Penjara ini dibina khas untuk penjenayah paling berbahaya di London, termasuklah pembunuh bersiri, pembunuh upahan dan perompak.

penjara newgate penjara paling kejam dan ganas di dunia 2

Ramai di antara mereka yang ditahan di sini sehingga dihukum mati membuatkan penduduk tempatan menggelarkan ia sebagai pintu ke neraka.

Lantai penjara ini juga dipenuhi dengan pepjiat dan lipas sehinggakan pelawat terpijak serangga-serangga ini.

Penjara Newgate juga merupakan tempat yang penuh dengan kekejaman dan korupsi membuatkan banduan mati lebih awal daripada perbicaraan. Pengawal-pengawal di sini terkenal dengan mendera dan memukul banduan, melainkan jika ahli keluarga membayar wang perlindungan.

3. Bastille

bastille penjara paling kejam dan ganas di dunia

Disebabkan Penjara Bastille terlalu kejam, ia membuatkan Perancis mempunyai cuti umum untuk meraikan kemusnahan "penjara" ini. Bastille merupakan kubu yang menjaga pintu-pintu kota Paris. 

Namun, ia diubah menjadi penjara dan hanya sebilangan kecil sahaja yang ditahan di sini. Ia dianggap sebagai lokasi pengasingan dan penyeksaan bagi penduduk tempatan.

Sel-sel di sini sangat kecil dan gelap, dan banduan-banduan akan dihantar turun ke dalamnya menggunakan tali iaitu satu-satunya jalan masuk ke penjara ini.

bastille penjara paling kejam dan ganas di dunia 2

Keluarga-keluarga bangsawan menggunakan penjara ini untuk secara rahsia memasukkan musuh-musuh mereka ke dalam penjara ini dan tidak dibebaskan sampai bila-bila.

Terdapat desas-desus mengatakan ada penduduk tempatan yang hilang pada waktu malam dan ditahan secara senyap di penjara ini.

Malah, lelaki yang memakai topeng besi itu bukanlah watak fiksyen, tetapi benar. Dia dipenjarakan selama 34 tahun dan identitinya disembunyikan menggunakan topeng besi.

Identitinya tidak diketahui namun ramai yang tahu dia dipenjarakan di Bastille.

2. Pelabuhan Macquarie

pelabuhan macquarie penjara paling kejam dan ganas di dunia 3

Empayar Inggeris menggunakan jajahan koloni dengan sebaik-baiknya. Ia merupakan perkampungan yang digunakan untuk membuang banduan dan memisahkan mereka daripada populasi awam.

Penjara ini terletak di kawasan terpencil biasanya di pulau-pulau atau wilayah koloni yang jauh. Secara realistiknya, kebanyakan daripada penjara-penjara ganas dalam sejarah adalah penjara seperti ini.

pelabuhan macquarie penjara paling kejam dan ganas di dunia

Mereka yang dihantar ke penjara ini diberikan kerja buruh yang berat yang mampu memperluaskan empayar mereka. Namun, kerja-kerja ini sebenarnya tidak termasuk dalam hukuman mereka.

Pelabuhan Macquarie yang terletak di Tasmania, Australia ini merupakan penjara yang sangat ditakuti oleh banduan yang dihantar ke luar negara. Ia merupakan penjara paling kejam di Tasmania.

pelabuhan macquarie penjara paling kejam dan ganas di dunia 4

Kem ini dibuka pada tahun 1822 dan selama 11 tahun, banduan dipenjarakan di sini dalam keadaan yang sangat kejam. Pulau ini terlalu sesak dengan banduan dan dianggap sebagai hina kerana banduan tidak diberikan makanan secukupnya.

Disebabkan terlalu sesak, banduan-banduan terpaksa tidur berdiri. Ia membuatkan seorang banduan menikam banduan lain sehingga mati dan berharap akan dihukum mati kerana lebih sanggup mati daripada tinggal di situ.

Ramai yang cuba untuk lari daripada penjara ini disebabkan hukuman sebat yang dahsyat serta kerja buruh yang sangat teruk.

pelabuhan macquarie penjara paling kejam dan ganas di dunia 2

Lelaki bernama Alexander Pearce pernah melarikan diri bersama 7 yang lain, namun berhadapan dengan masalah kelaparan.

7 yang lain sama ada menyerah diri atau mati, hingga meninggalkan Alexander keseorangan. Ada yang mengatakan Alexander membunuh yang lain dan memakan daging mereka, namun akhirnya dia ditangkap dan dihukum mati.

1. Penjara Urga

penjara urga penjara paling kejam dan ganas di dunia 2

Mongolia digambarkan seolah-olah memang tempat yang kejam dari dulu lagi. Bermula tahun 1920, dunia barat mendapat gambaran buat kali pertama mengenai kehidupan banduan di Mongolia.

Penjenayah yang melakukan kesalahan berat di Mongolia berhadapan dengan hukuman kurung dalam kotak kecil.

penjara urga penjara paling kejam dan ganas di dunia

Kotak tersebut tersangatlah kecil, seolah-olah saiz keranda dan diletakkan di dalam penjara bawah tanah. "Penjara" ini sangat mudah untuk dihasilkan. Selain daripada jarang diberi makan yang mana diberikan melalui lubang kecil, banduan biasanya diabaikan.

penjara urga penjara paling kejam dan ganas di dunia 3

Ramai yang mati akibat keletihan pada musim panas, dan mati kesejukan pada musim sejuk, tanpa sesiapa pun ambil peduli.

Walaubagaimanapun, amalan ini telah diharamkan pada tahun 1920.




Hakcipta iluminasi.com (2017)