Oleh pada 19 Jul 2017 kategori

Gempa bumi merupakan satu kejadian alam yang menjadi antara penyebab kepada kerosakan dan kematian di atas muka bumi. Walaupun ia jarang berlaku berbanding kejadian alam yang lain, namun ia mampu memberikan satu impak yang sangat besar kepada bumi.

gempa bumi paling dasyat

BESARKAN TEKS     A-  A+

Gempa bumi telah berlaku sejak lama dulu sehingga kini. Dan terdapat beberapa gempa bumi yang masih kekal di memori manusia sehingga kini. iluminasi.com ingin berkongsi 5 gempa bumi paling dasyat pernah berlaku atas muka bumi.

6. Gempa bumi Arica, Peru - 1868

arica earthquake 38

Magnitud 9.0

Gempa bumi ke-5 terdasyat pernah direkodkan ini berlaku pada 13 Ogos 1868 di Arica yang kini berada di bawah Peru. Juga menghasilkan tsunami, yang berlaku di Lautan Pasifik, dan boleh dirasai sehingga ke Hawaii, Jepun, Australia serta New Zealand. Sebanyak 25,000 ribu nyawa terkorban akibat daripada tsunami setinggi 16 meter itu.

Gempa bumi ini berlaku akibat penolakan plat Nazca ke bawah plat Amerika Selatan. Sebelum ini, beberapa kali gempa bumi pernah berlaku disebabkan oleh sempadan plat-plat ini, salah satunya adalah gempa bumi Valdivia pada tahun 1960.

5. Gempa bumi Kamchatka, Russia - 1952

kamchatka

Magnitud 9.0

Berlaku 3 kali gempa bumi di Kamchatka, timur Russia iaitu pada tahun 1737, 1923 dan 1952, namun yang paling dasyat adalah pada tahun 1952. Bermula pada magnitud 8.2, ia kemudiannya meningkat kepada 9.0.

Seperti gempa bumi yang lain, gempa bumi ini juga menyebabkan berlakunya tsunami yang menghancurkan kawasan sekitar peninsular Kamchatka dan Pulau Kuril. Walaupun tiada kematian dilaporkan, namun Hawaii juga terjejas dan menyebabkan kerugian sebanyak RM4.4 juga dan kerosakan pada ternakan.

Tsunami yang berlaku sampai sejauh Alaska, Chile dan juga New Zealand.

4. Gempa bumi Lautan India, Sumatera - 2004

tsunami sumatera

Magnitud 9.1

Berlaku pada 26 Disember 2004, di pantai barat di utara Sumatera. Gempa bumi dasyat ini bermagnitud 9.1 dengan skala keamatan Maercalli maksimum iaitu IX yang membawa maksud ganas. Gempa bumi bawah laut ini berlaku akibat Burma Plate telah bergerak ke bawah Indian Plate dan menolaknya ke dalam mantel bumi.

aftermath 136

Disebabkan pergerakan plat bawah laut ini, satu tsunami dasyat telah berlaku di sepanjang pantai di sempadan Lautan India dan telah meragut sekurang-kurangnya 230,000 nyawa. Ini merupakan tsunami yang meragut paling banyak nyawa dalam sejarah dan merupakan tsunami yang berlaku paling lama iaitu di antara 8 hingga 10 minit. Lebih dasyat, ia menyebabkan planet bumi bergetar sebanyak 1 sentimeter.

Sejumlah 14 buah negara di Asia dan timur Afrika terjejas dalam kejadian alam ini, dan negara yang paling terjejas adalah Indonesia, diikuti oleh Sri Lanka, India dan Thailand.

3. Gempa bumi Alaska - 1964

alaskan

Magnitud : 9.2

Gempa bumi kedua terkuat di dunia ini berlaku pada 27 Mac 1964. Ia yang juga dikenali sebagai gempa bumi Great Alaskan dan gempa bumi Good Friday, berlaku di selatan tenah Alaska. Ia berlaku selama 4 minit dan 38 saat dan menyebabkan rekahan dan pelembutan tanah.

Kawasan yang paling teruk terjejas adalah Anchorage, yang menyebabkan kemusnahan rumah, bangunan, jalan, pembetung bawah tanah, sistem elektrik dan banyak lagi.

alaskan earthquake

320 kilometer daripada lokasi kejadian, berdekatan dengan Kodiak, tanah telah terangkat setinggi 9 meter secara kekal. Pelabuhan yang berada di Prince William Sound, iaitu Pelabuhan Valdez, 30 nyawa telah terkodban akibat daripada tanah runtuh yang berlaku dalam air.

Satu gelombang tsunami setinggi 8.2 meter terhasil di kawasan berdekatan yang telah meranapkan kampung Chenega serta meragut 23 daripada 68 nyawa. Tsunami ini juga telah merosakkan Hawaii dan Jepun.

Jumlah kematian yang tercatat adalah 139 kematian dan kerugian sebanyak RM1.33 billion.

2. Gempa bumi Valdivia, Chile - 1960

valvidia

Magnitud : 9.5

Merupakan gempa bumi terkuat yang pernah direkodkan, berskala ritchter antara 9.4 hinggan 9.6. Ia berlaku pada 22 May 1960 di selatan Chile dan berlangsung selama 10 minit, yang telah memberi kesan yang sangat teruk kepada bandar Valdivia.

Akibat daripada gempa bumi ini, berlakunya banjir, tanah runtuh, dan yang paling teruk adalah tsunami. Tsunami direkodkan dengan ombak setinggi 25 meter yang menjejaskan selatan Chile.

valvidia earthquake

Tsunami susulan dengan ombak setinggi 10.7 meter direkodkan 10,000 kilometer daripada pusat tsunami, dan memberi kesan kepada Jepun, Hawaii, Filipina, timur New Zealand, selatan Australia dan juga Pulau Aleutian.

Gempa bumi ini telah meragut 4,485 nyawa dan menyebabkan kira-kira 2 juta orang kehilangan tempat tinggal. Pelabuhan Saavedra pula yang hancur disebabkan tsunami menyebabkan kerugian sebanyak RM2.36 billion bersamaan nilai RM19.11 billion hari ini.

1. Gempa bumi zaman Nabi Syu'aib A.S

Magnitud : Tidak diketahui

Walaupun ianya tidak direkodkan dalam sejarah manusia, namun, penulis ingin memasukkan sekali mengenai gempa bumi ini. Magnitud tidak diketahui kerana teknologi ketika ini masih belum mampu untuk mengukur skala, namun gempa bumi yang berlalu terlalu dasyat dan besar sehingga mampu menghancurkan seluruh kota tempat Nabi Syuaib berdakwah, iaitu Jordan (sekarang).

Gempa bumi ini dihantar untuk menghancurkan kawasan itu kerana berlaku terlalu banyak maksiat dan tidak mahu mengikut seruan Nabi Syu'aib. Hanya Nabi Syu'aib dan pengikut sahaja diselamatkan, dan ia termaktub di dalam Al-Quran, dalam surah Hud ayat 94 dan 95.

"Dan ketika datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami selamatkan Nabi Syuaib beserta dengan umatnya yang beriman, dengan rahmat dari Kami; dan orang-orang yang zalim itu dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing.

(Mereka punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah tinggal di situ. Ketahuilah! kebinasaanlah akhirnya bagi penduduk Madyan, sebagaimana binasanya kaum Thamud."

Wallahualam.




Hakcipta iluminasi.com (2017)