Oleh pada 14 Mar 2018 kategori

Bumi berputar pada paksinya dengan kelajuan purata 1,600 kilometer sejam. Dengan putaran ini, ia memberikan kita waktu siang dan malam serta memanfaatkan tiupan angin, air pasang surut dan juga suhu.

Jadi, tahukah anda apa yang akan berlaku jika putaran yang sangat penting kepada kewujudan kita ini tiba-tiba terhenti? 

Kelajuan bumi berputar 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bagi memudahkan anda melihatkan situasi ini, bayangkan anda mempunyai sebuah kereta sport anda ingin mencuba tahap maksimum kelajuan kereta tersebut iaitu 1,600 kilometer sejam.

apa yang akan berlaku jika bumi berhenti berputar 0

Anda pandu dengan kelajuan maksimum, dan tiba-tiba terdapat halangan di hadapan lalu brek ditekan. Kereta anda berhenti serta-merta, tetapi anda tidak. Ya, anda akan terbang keluar dengan kelajuan yang sangat tinggi.

Begitulah yang akan terjadi jika bumi tiba-tiba terhenti. Disebabkan saiz bumi yang sangat besar membuatkan kita tak sedar sebenarnya ia berputar dengan laju sekali.

Segala apa yang berada di atas muka bumi akan terbang dengan kelajuan 1,600 kilometer sejam ke aras timur.

apa yang akan berlaku jika bumi berhenti berputar 3

Manusia, kereta, bangunan, semuanya akan terbang. Kelajuan maksimum angin yang pernah dicatatkan adalah 400 kilometer sejam, dan kita sedang bercakap mengenai angin dengan kelajuan 4 kali ganda.

Ia bersamaan dengan letupan bom atom. Dalam hanya seminit, tsunami yang sangat tinggi akan menghancurkan tanah-tanah besar seperti China dan Rusia. Semua air laut di muka bumi ini akan mengalir ke arah kutub-kutub.

7 lautan bergabung menjadi 2

Dan disebabkan muka bumi sedikit bonjol di khatulistiwa, kutub utara dan selatan adalah yang paling hampir dengan pusat bumi membuatkan tarikan graviti di sini lebih kuat. 7 lautan yang ada ketika ini akan bergabung menjadi 2, membentuk satu lautan yang tersangat luas di utara dan satu lagi di selatan.

apa yang akan berlaku jika bumi berhenti berputar 1

Rusia, Kanada dan sebahagian besar daripada Eropah akan tenggelam sepenuhnya. Begitu juga dengan Amerika Syarikat, sebahagian daripada Argentina, Chile dan New Zealand.

Anjakan lautan pula akan membentuk sebuah benua yang tersangat luas di sepanjang garisan khatulistiwa.

Pertanian adalah mustahil untuk dikekalkan kerana disebabkan bumi berhenti berputar, bermakna sehari akan menjadi seperti setahun, bermaksud hari anda akan menjadi 6 bulan siang dan 6 bulan malam.

Sumber makanan dan ternakan terancam

Sumber-sumber alam seperti makanan dan ternakan akan menjadi berkurangan. Bumi akan berhadapan dengan kemarau yang sangat besar, dan spesis haiwan akan terancam. 

apa yang akan berlaku jika bumi berhenti berputar 4 593

Kesan yang terakhir akan dirasai adalah kehilangan medan magnetik bumi. Selain daripada memberikan penunjuk arah, medan magnetik bumi memastikan kelangsungan hidup manusia dengan memesongkan angin solar.

Jika angin ini tidak dipesongkan, ia akan menghancurkan lapisan ozon dan mampu meletupkan bumi dengan radiasi matahari.

Sinar kosmik membunuh hidupan

apa yang akan berlaku jika bumi berhenti berputar 5

Sinar kosmik yang sangat berbahaya akan membunuh segala hidupan di atas muka bumi ini dengan serta-merta. Dan selepas beberapa ketika, bumi yang kita tinggal ini aka berubah menjadi seperti planet Marikh sekarang ini.

Dahsyat kan? Nampak seperti remeh, tetapi putaran bumi adalah sesuatu yang sangat penting dalam hidup kita. Walaupun bumi tak akan berhenti berputar secara serta-merta, namun ia akan berhenti akhirnya, dalam masa 18.5 billion tahun menurut What If.

Itupun jika belum kiamat. Jadi sebelum bumi berhenti berputar, atau sebelum hari kiamat, sama-samalah kita muhasabah diri dan bertaubat.

Ke manakah kita jika kita mati hari esok? Wallahualam




Hakcipta iluminasi.com (2017)