Kimia adalah bidang sains yang cukup menarik yang mempunyai kesan yang mendalam terhadap kehidupan seharian kita. Daripada makanan, pakaian dan ubat-ubatan sehinggalah kepada setiap produk pembersihan rumah yang digunakan, proses dan reaksi kimia ada di mana-mana.

Walau bagaiamanpun, mungkin kita tidak perasan atau kemungkinan besar hanya mengambil mudah semua ini. Walaupun ia sesetengah barangan atau produk harian tidak merbahaya, ianya boleh jadi merbahaya apabila dcampurkan kedua-dua bahan tersebut akibat reaksi kimia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kali ini, mari lihat 5 kombinasi daripada 2 bahan biasa yang kita gunakan yang sebenarnya sangat merbahaya kepada kita. Diharapkan kita semua dapat mengambil maklum akan hal ini sebelum perkara buruk terjadi pada kita.

1. Peluntur dan pencuci yang mengandungi ammonia

campuran peluntur dan ammonia

Kebanyakan bahan peluntur yang terdapat di rumah mengandungi hipoklorit, biasanya dalam bentuk natrium hipoklorit. Produk ini adalah agen pengoksidaan hebat yang melarutkan hampir semua kotoran dan kuman yang ditemuinya.

Ammonia, sebaliknya, adalah satu lagi produk pembersihan yang biasa digunakan di rumah. Bahan derivatif ammonia juga mungkin merupakan ramuan dalam produk lain seperti bahan pembersih kaca dan tingkap. Walaupun kedua-dua mempunyai kuasa membersih dan mencucui, campuran keduanya sangat-sangat merbahaya.

Apabila natrium hipoklorit dalam peluntur bertindak balas dengan ammonia atau derivatifnya, ia membebaskan gas kloramine toksik. Menyedut gas kloramine boleh menyebabkan kerengsaan pada sistem pernafasan, loya, cecair dalam paru-paru dan banyak lagi.

2. Peluntur dan cuka

peluntur dan cuka

Peluntur dan cuka dengan sendirinya adalah dua produk pembersihan berkesan yang terdapat dalam kebanyakan isi rumah. Walau bagaimanapun, apabila dicampur bersama, mereka boleh mengeluarkan gas klorin yang beracun untuk disedut.

Ini kerana cuka yang terdapat di rumah terdiri daripada sebatian organik yang dipanggil asid asetik yang dianggap berasid lemah. Tetapi walaupun asid lemah, ada kemungkinan cuka boleh bertindak balas dengan peluntur dan mengeluarkan asap klorin toksik

Pakar kesihatan mengatakan bahawa jika anda mencampurkan peluntur dan cuka secara tidak sengaja, anda mesti menghembuskan bilik secepat mungkin dan hubungi doktor jika anda mengalami gejala. Menghidu dalam jumlah kecil gas klorin ini boleh merengsakan saluran hidung, manakala kepekatan yang lebih tinggi boleh menjadi toksik.

3. Mencampurkan pelbagai jenama produk pembersih singki dan paip

campuran cecair pembersih

Semasa membersihkan singki dan paip yang tersumbat, elakkan daripada mencampurkan bahan dari jenama yang berbeza. Ini kerana sesetengah jenama mungkin menggunakan asid seperti asid sulfurik atau hidroklorik dalam produk mereka, manakala yang lain menggunakan natrium hidroksida dan peluntur.

Jika dicampur bersama, asid dan bes meneutralkan antara satu sama lain untuk menghasilkan garam dan air. Walau bagaimanapun, oleh kerana tindak balas ini mengeluarkan banyak haba, ia menimbulkan bahaya kerana mampu menyebabkan singki atau paip pecah.

Haba yang terhasil daripada tindak balas ini boleh melemahkan paip saliran lama, menyebabkan ia bocor. Jika reaktif kimi yang terjadi terlalu agresif, haba yang terhasil dari campuran ini boleh menyebabkan larutan terpancut keluar dari paip, membahayakan sesiapa yang berdekatan.

4. Gula-gula Mentos dan Diet Coke

mentos dan coke

Walaupun secara semula jadi tidak toksik, mencampurkan gula-gula Mentos dan Diet Coke menyebabkan tindak balas fizikal yang boleh berbahaya tanpa peralatan yang betul. Apabila gula-gula dimasukkan ke dalam botol Diet Coke, ia menyediakan permukaan untuk molekul karbon dioksida melarikan diri.

Apabila gas meningkat, ia memaksa cecair naik dengan cepat dan membentuk "geyser Coke". Walaupun ini berfungsi dengan kebanyakan minuman berkarbonat manis, Diet Coke dikatakan menghasilkan kesan yang paling banyak. Melalui pelbagai ujian juga, didapati bahawa hanya gula-gula mint Mentos yang kelihatan menghasilkan reaksi ini.

Fenomena ini adalah hasil daripada proses yang dikenali sebagai nukleasi. Gula-gula menyediakan permukaan untuk molekul karbon dioksida dalam soda melekat dan tiba-tiba keluar dengan agresig hasil tindakbalas kimia yang berlaku.

5. Suplemen Minyak Ikan dan Ubat Anti pembekuan darah

pencairan darah

Menurut beberapa pakar, suplemen minyak ikan dan ubat pencegahan strok mungkin berinteraksi antara satu sama lain untuk menghasilkan kesan buruk. Asid lemak omega-3, bahan biasa dalam minyak ikan, diketahui mempunyai kesan antikoagulan pada darah.

Bahan Ini apabila digabungkan dengan ubat strok yang selalunya termasuk bahan mencairkan darah, boleh meletakkan seseorang individu pada risiko yang lebih tinggi untuk terjadinya pendarahan yang tidak terkawal. Walau bagaimanapun, suplemen secara amnya dianggap selamat selagi kombinasi pengamibilannya dibincangkan dengan doktor.

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)