Oleh pada 10 Aug 2017 kategori

Tanda lahir adalah tanda yang terdapat pada tubuh badan seseorang yang tidak mempunyai fungsi dan wujud semenjak seseorang itu dilahirkan. Namun, bukan semua individu mempunyai tanda lahir. Antara contoh tanda lahir termasuklah tompok berwarna dan juga ketumbuhan seperti tahi lalat yang mempunyai bulu.

tanda lahir

Namun, dalam populasi manusia melebihi 7 billion orang, terdapat mereka yang mempunyai tanda lahir yang sangat berbeza dan membuatkan mereka menjadi berbeza daripada manusia lain. Kadang-kadang, tanda lahir seperti ini membuatkan mereka disisihkan oleh masyarakat.

iluminasi.com ingin berkongsi tanda-tanda lahir yang sangat jarang berlaku di atas muka bumi.

3. Zhang Hongming - Chongqing, China

zhang hongming 52

Sekali pandang nampak macam serigala jadian, tapi hanya separuh. Tapi ia sebenarnya adalah tanda lahir yang sangat besar dan berbulu pada badan. Lelaki ini yang digelar sebagai "cimpanzi" ini, Zhang Hongming dari Chongqing, selatan timur China, telah membuat rayuan kepada para doktor untuk membuang tompok hitam berbulu pada badannya.

Tompok itu menutup separuh daripada bahagian belakangnya dan juga bahagian depan badanya iaitu di dada. Disebabkan kemiskinan yang di alami keluarga Zhang, beliau tidak mampu diberikan rawatan ketika kecil. Ia dikenali sebagai "congenital giant pigmented nevus" yang sangat jarang yang juga dikenali sebagai tahi lalat berbulu gergasi.

zhang hongming 1 954

Zhang akan melarikan diri setiap kali orang berdekatannya berbisik-bisik antara satu sama lain. Hospital Pembedahan Plastik Hua Mei telah bersetuju untuk memberikan rawatan kepada Zhang secara percuma selepas mengetahui mengenai ceritanya. 

Apa yang berlaku pada Zhang ini merupakan tanda lahir yang sangat jarang berlaku dan hanya 3% daripada populasi manusia atas muka bumi ini sahaja yang mengalami masalah ini.

2.  An Qi - Jilin, China

an qi

Seorang kanak-kanak di Dehui, wilayah Jilin yang berusia 8 tahun, An Qi, mempunyai tanda lahir seperti topeng hitam berbulu menyelaputi separuh daripada wajahnya. Lahir dengan tanda lahir yang sangat yang menutup bahagian kanan wajahnya itu, dan tanda itu menjadi semakin besar setelah An Qi membesar dan mula ditumbuhi bulu yang tebal.

an qi 2

Hospital Pembedahan Plastik Min Yi di Changchun, China bersetuju untuk menjalankan pembedahan membuang tanda lahir itu tanpa bayaran. Menurut presiden hopital tersebut, Zheng Xioqin, ia adalah sesuatu yang sangat jarang untuk dilahirkan dengan tahi lalat berbulu sebesar itu di bahagian muka.

1. Didier Montalvo - Bogoto, Colombia

didier 2 865

Didier Montalvo, mengalami Congenital Melanocytic Nevus, yang menjadikan tahi lalat di belakang bahagian badannya membesar sehingga menutup keseluruhan belakangnya seolah-olah seperti cangkerang kura-kura. Didier digelar sebagai "turtle boy" dan sering diejek rakan-rakan sebaya.

Dia juga tidak tertekan ketika kerana diejek dan digelarkan dengan pelbagai nama oleh rakannya, yang kemudiannya tidak dibenarkan ke sekolah disebabkan ketumbuhan itu.

didier

Komuniti di kampung tempat tinggal Didier, sangat takut dan risau apa yang berlaku terhadap Didier adalah sumpahan dari kuasa jahat kerana ibu Didier hamilkannya ketika gerhana bulan. Ibunya tidak mampu untuk membiayai kos pembedahan untuk membuang tanda lahirnya itu.

didier 3

Namun, Neil Bulstrode, seorang pakar bedah plastik, telah terbang bersama kumpulannya, dari Great Ormond Street Hospital di London ke Bogota, Colombia setelah mengetahui mengenai kes Didier.

didier kini

Kini, Didier sudah tidak lagi mempunyai tanda lahir itu dan hidup seperti kanak-kanak biasa.

Sumber :

1. The Sun UK

2. Telegraph 


tags : , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)