Oleh pada 19 Apr 2017 kategori

Dehidrasi itu terjadi apabila tubuh badan seorang tu kekurangan air dan garam galian. Secara umumnya, tubuh badan sesorang yang sihat itu kehilangan cecair melalui proses berkumuh seperti berpeluh,wap air,membuang air kecil dan besar melalui organ perkumuhan kulit,peparu dan ginjal. Keadaan cuaca di Malaysia yang agak panas juga merupakan salah satu punca yang boleh menyebabkan tubuh badan manusia mengalami dehidrasi sekiranya kurang minum air.

lede

Apabila anda berasa tidak sihat,letih dan sakita kepala kemungkinan disebabkan anda mengalami dehidrasi. Jadi anda perlu memeriksa jika anda tanda-tanda seperti  di bawah dan bagaiamana cara menanganinya.



Keletihan

Anda sering berasa letih ketika berada ditempat kerja atau apabila anda pulang ke rumah, badan tetap berasa letih. Malahan ada juga yang berasa letih setelah mendapat tidur yang sempurna dan cukup. Kenapa ia terjadi?


Jika anda terasa badan sentiasa letih anda perlu mempertimbangkan diri kemungkinan tubuh anda memang kering dan memerlukan air yang secukupnya. Dehidrasi menyebabkan proses enzim menjadi lambat yang akan  menyebabkan badan anda kurang untuk menghasilkan tenaga. Itu sebab anda berasa sangat letih.

dehidrasi menyebabkan badan letih


Sembelit

Jika anda terasa senak atau kembung perut dan sisa dalam badan tidak keluar, ia juga merupakan salah satu punca berlaku dehidrasi. Selain mempunyai lebih banyak serat dalam pemakanan, anda juga perlu menyemak sama ada cukup atau tidak air yang di minum sehari. Sehari anda perlu meminum sekurang kurangnya 8 gelas air.


Apabila anda tidak minum air dengan cukup sisa dalam usus akan menjadi begitu kering menyebabkan ia sukar untuk dikeluarkan.



Sakit Kepala

75% air dalam badan berada di bahagian otak sesorang dan apabila sesorang itu tidak minum air yang cukup maka otak akan bertindak balas dengan segera.


Otak dikelilingi oleh lapisan air untuk melindungi dan merangkumi keseluruhan otak. kekurangan pengambilan air boleh menyebakan lapisan itu menjadi kurang dan hilang. Kekurangan ini boleh menyebabkan otak menekan bahagian tengkorak yang boleh menyebabkan kepala menjadi sakit.

sakit kepala 818


Kekurangan air mazi

Kebanyakkan wanita mencari bagaimana untuk mengatasi masalah faraj yang kering ketika melakukan hubungan intim. Faraj kering menyebabkan ramai wanita tidak mahu mengadakan hubungan intim kerana faraj akan berasa sakit dan pedih saat melakukan hubungan bersama. Jadi setiap wanita perlu meminum air kosong dengan banyak dan elak daripada meminum minuman yang berkafien kerana ia akan menyerap air yang berada ditubuh badan. Ambil makanan tambahan yang mempunyai banyak Vitamin E kerana ia dapat membantu menebalkan dinding tisu faraj anda selaian itu dapat menyimpan lebih banyak air. Pastikan anda minum air secukupnya. 


Tips : Bagaimana cara mendapatkan air yang cukup dalam tubuh badan?



  • Minum dua gelas air putih selepas bangun tidur. Mulakan hari anda dengan meminum dua gelas air ini bukan sahaja akan membuat diri berasa segar tetapi juga dapat membantu proses penghadaman anda.
  • Membeli sebotol air peribadi  dan sentiasa membawa air tersebut bersama anda. Pastikan anda membeli satu botol yang anda rasa selesa dan senang untuk dibawa kemana sahaja.
  • Mengambil makanan yang berasaskan air seperti buah-buahan. Contohnya : timun, anggur atau tembikai.
  • Muat turun aplikasi penggunaan air. Catit berapa jumlah air yang anda minum sehari.

tags : , , , ,









/ / /
Hakcipta iluminasi.com (2017)