Oleh pada 23 Jul 2019 kategori

Tahukah anda pengguna Internet memuat naik berjuta-juta gambar setiap hari di semua platform yang ada terutamanya laman media sosial. Setiap gambar membuatkan orang melihat dan berasa dengan perasaan tertentu tetapi gambar yang membangkitkan emosi adalah yang paling mudah untuk menjadi viral.

Ramai orang "like" dan berkongsi gambar-gambar ini, namun tak semua yang mengambil masa untuk membaca komen-komen. Antara gambar-gambar tersebut adalah Pope Francis yang telah disunting memakai baju Black Sabbath. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Gambar tersebut disunting dengan baik sekali sehinggakan ia kelihatan sangat nyata.

pope francis 259

Apa yang memudaratkan adalah sebahagian daripada gambar-gambar yang dikongsi secara melulu adalah tidak benar dan telah disunting untuk tujuan tertentu.

Dan kerana kecuaian pengguna internet, pelbagai fitnah dan perkara buruk boleh berlaku jika berkongsikan fakta yang salah. iluminasi.com kongsikan 10 gambar palsu yang dipercayai oleh warga internet tanpa ragu-ragu.

1. Gambar hutan selepas 10 tahun 

gambar hutan palsu yang dipercayai

Kolaj gambar ini menjadi perhatian ramai disebabkan oleh # 10YearChallenge yang sangat popular.

Di laman Reddit, gambar ini disertai dengan teks yang mengatakan bahawa setiap tahun, 46,000 hingga 58,000 batu persegi hutan musnah disebabkan oleh penebangan hutan.

Gambar ini tampak seperti sangat berkredibiliti terutamanya disebabkan oleh logo di sudut bawah kanan. Tetapi sebenarnya, ini bukanlah kolaj 2 gambar yang diambil selang 10 tahun dan ia adalah satu gambar dari gambar stok.

Gambar sebenar adalah seperti di bawah.

gambar hutan sebenar

Ia menunjukkan kawasan di Malaysia di mana hutan hujan ini telah ditarah untuk menambahkan kawasan untuk penanaman pokok kelapa sawit.

2. Lelaki menggoreng nasi

gambar lelaki menggoreng nasi

Dengan melihat gambar ini, adakah anda rasakan bahawa seorang jurugambar berjaya mengambil gambar saat lelaki ini menggoreng nasi dengan begitu menakjubkan sekali?

Gambar ini adalah benar tetapi apa yang palsu adalah nasi goreng tersebut.

gambar sebenar nasi goreng palsu

Ia hanyalah arca yang anda boleh beli di sebuah kedai di Tokyo, Jepun di mana pelbagai jenis pilihan makanan palsu dijual.

Nama pun Jepun, macam-macam ada kan?

3. Grafiti dalam air

gambar grafiti dalam air

Gambar ini mendapat sambutan di banyak laman web tetapi seperti yang anda jangkakan, ia adalah gambar yang disunting.

Seni grafiti tersebut benar-benar wujud dan bangunan ini terletak di Mariampol, Lithuania.

Pelukis grafiti ini, Ray Bartkus sengaja melukisnya dalam keadaan terbalik supaya ia menjadi sempurna apabila terpantul ke dalam air.

gambar sebenar grafiti dalam air

Tetapi ia tidaklah kelihatan sempurna seperti yang terpapar dalam gambar ini.

Waktu terbaik untuk melihat gambar ini adalah ketika angin tidak bertiup dan permukaan air adalah tenang.

Jika tidak, gambar tersebut akan kelihatan seperti ini:

4. Anak rusa dan kucing

gambar anak rusa dan kucing

"Seekor anak rusa dan anak kucing bobcat dijumpai di bawah meja sebuah pejabat selepas hutan California terbakar" adalah kapsyen gambar bagi gambar tular ini di Reddit, Twitter dan beberapa lagi laman sosial media.

Ya, gambar ini adalah benar tetapi ia dimuat naik setiap kali hutan di Amerika Syarikat terbakar dan kapsyennya berbeza-beza setiap kali.

Gambar ini diambil pada Mei 2009 di dalam sebuah bangunan yang dimiliki oleh penyelamat haiwan. Ketika kebakaran di Santa Barbara, kedua-dua haiwan ini ditemui tidak jauh dari ladang ternakan Arnold Schwarzenegger.

Disebabkan tiada sangkar, haiwan ini terpaksa diletakkan di dalam pejabat.

5. "Polar Express"

gambar beruang turun dari tram di rusia

Anda boleh melihat gambar ini dengan tajuk yang sama seperti "Polar Express" di internet. Dikatakan bahawa gambar ini memperlihatkan seekor beruang putih sebenar turun dari tram di Rusia. 

Anda mungkin terperanjat untuk mengetahui bahawa gambar yang diambil di Republik Czech ini adalah benar dan tidak disunting.

Namun, beruang tersebut bukanlah beruang sebenar dan merupakan kostum yang dipakai oleh 2 aktivis Greenpeace di mana beruang tersebut adalah sebahagian daripada kempen "Selamatkan Artik".

"Beruang" ini berjalan-jalan di sekitar bandar-bandar Eropah untuk menarik perhatian orang ramai terhadap masalah yang berlaku di Artik.

6. Kapal pelayar buang sisa dalam laut

gambar palsu kapal pesiar tumpahkan sisa

Kapsyen untuk gambar ini yang disiarkan di Facebook tidak lama dahulu mengatakan bahawa kapal persiaran ini membuang sisa secara terus ke dalam laut.

Muat naik gambar ini menjadi viral dan pengguna mula meninggalkan komen yang buruk sehinggakan pengarah persekitaran negara itu iaitu Uruguay terpaksa memberikan penjelasan.

Dalam akaun Twitternya, beliau menulis bahawa gambar ini menunjukkan sebuah kapal persiaran yang menghidupkan turbinnya untuk menggugurkan sauh.

Dan tompok coklat di sekeliling kapal tersebut adalah pasir dan enap cemar dari bahagian bawah laut.




Hakcipta iluminasi.com (2017)