Media komunikasi seperti media cetak, akhbar, penerbitan, penyiaran radio dan televisyen merupakan saluran komunikasi atau alat yang digunakan untuk menyampaikan maklumat atau sesuatu data. Media bertanggungjawab menyebarkan informasi berguna yang benar dan kadangkala juga berita palsu.

Selebriti dan orang terkenal di seluruh dunia seringkali menjadi mangsa media apabila berita palsu tentang kematian mereka disebar tanpa sebarang usul periksa. Selalunya perkara ini dilakukan kerana ingin meraih populariti semata-mata. Berikut ialah 10 kematian palsu selebriti yang disebarkan oleh media.

BESARKAN TEKS     A-  A+

10. Avril Lavigne

avril lavigne

Penyanyi dan penulis lagu dari Kanada, Avril Lavinge menjadi tajuk utama di banyak media pada tahun 2003. Menurut berita yang viral ketika itu, penyanyi yang berjaya itu telah meninggal dunia di dalam biliknya akibat tertekan dengan kematian datuknya.

Berita tentang kematian Lavigne tidak berhenti sekatat itu sahaja. Dikatakan seorang wanita bernama Melissa Vandella yang mempunyai rupa seiras Lavigne telah menyamar menjadi penyanyi itu setelah kematiannya.

Berita yang disensasikan oleh salah sebuah laman sesawang peminat Avril Lavigne di Brazil memberitahu bahawa terdapat beberapa perbezaan di antara Avril Lavinge dan Melissa Vandela. Antaranya ialah hidung Vandela sedikit berbeza dan mempunyai ketinggian tubuh yang lebih rendah daripada Lavigne. Setakat mana kebenaran perkara ini masih belum dibuktikan.

9. Matt Damon

matt damon

Pelakon terkenal Amerika, penerbit dan juga penulis skrip iaitu Matt Damon dinobatkan oleh majalah Forbes sebagai salah seorang pelakon yang mendapat bayaran tertinggi sepanjang masa.

Pada tahun 2009, khabar angin telah berlegar di internet mengatakan bahawa Matt telah terbunuh selepas terjatuh semasa mendaki Gunung Palos Verdes di California.

Pelakon yang terkenal dengan filem The Bourne Identity itu telah mengutuk wartawan yang telah menyebarkan berita palsu tentang kematiannya semasa sidang akhbar The Informant! ketika Festival Filem Toronto yang ke-34.

8. Axl Rose

axl rose

Axl Rose adalah seorang penyanyi, penulis lagi, penerbit rekod dan ahli musik terkenal telah menjadi mangsa berita palsu apabila berita tentang kematiannya tersebar. Penyanyi Guns N' Roses itu dikenali sebagai antara penyanyi terhebat oleh pelbagai saluran media, termasuk majalah Rolling Stone dan NME.

Rose terkenal kerana persembahan vokalnya yang hebat dan bertenaga ketika persembahan secara langsung. Pada 2014, satu berita palsu telah diterbitkan oleh MSNBC yang mengatakan penyanyi itu telah ditemui mati di rumahnya di Barat Hollywood pada usia 52 tahun.

Rose kemudiannya memuat naik tweet dengan berseloroh "Jika saya telah meninggal dunia, adakah saya perlu membayar cukai?". Pada bulan hadapan kumpulan rock terkenal Guns N' Roses akan mengadakan konsert pertamanya di Malaysia.

7. Macaulay Culkin

macaulay culkin

Macaulay Culkin menjadi antara pelakon kanak-kanal paling terkenal di dunia suatu masa dahulu melalui peranannya sebagai Kevin McCallister dalam filem komedi keluarga Home Alone (1990).

Culkin juga menjadi mangsa media apabila berita tentang kematiannya tersebar di media sosial pada 2014. Namun, kisah itu terbongkar sebagai palsu apabila Culkin memberikan respon pada Instagram parodi filem tahun 80-an Weekend At Bernie's.

Macaulay Culkin yang tersenarai sebagai "100 bintang kanak-kanak terhebat" dalam terbitan VH1 dan "50 bintang kecil terhebat" oleh majalah El kini dilihat sedang aktif bersama kurigan komedinya yang diberi nama The Pizza Underground.

6. Paul McCartney

paul mccartney

Paul McCartney adalah salah seorang penyanyi, penulis lagu dan komposer yang paling popular di dunia. Penyanyi utama kumpulan The Beatles ini sudah bertahan selama puluhan tahun dalam industri muzik. Sejak dari dulu lagi berita kematian McCartney telah tersebar dan kononnya dia telah digantikan dengan seorang yang berwajah serupa sejak 1966 lagi.

Desas-desus mengatakan Paul McCartney telah terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika memandu kereta Aston Martin miliknya. Namun, tiada laporan atau bukti yang dikeluarkan bahawa Paul McCartney telah meninggal dunia.

Kini, walaupun sudah lebih dari 50 tahun, misteri kematian penyanyi kumpulan pop paling terkenal dalam sejarah dunia muzik ini masih lagi diperkatakan ramai.

5. Michael Jordan

michael jordan

Micheal Jordan adalah seorang pemain bola keranjang profesional Amerika yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Jordan adalah atlet yang bertanggungjawab mempopularkan sukan bola keranjang NBA di seluruh dunia pada tahun 1980-an dan juga 1990-an.

Pada tahun 2015, telah tular di media sosial mengenai satu berita palsu mengatakan Jordan telah meninggal dunia di rumahnya. Menurut laporan palsu itu, Micael Jordan meninggal dunia disebabkan serangan jantung pada usia 52 tahun.

Namun, selepas itu beberapa sumber berita yang lain menafikan dakwaan Jordan telah meninggal dunia yang dibuat oleh laman Cronica MX yang menyebarkan berita palsu itu.

4. Jon Bon Jovi

jon bon jovi

Bon Jovi adalah sebuah kugiran rock yang terkenal di Amerika. Lebih daripada 130 juta album kumpulan rock ini telah terjual di seluruh dunia. Penyanyi utama kumpulan ini iaitu Jon Bon Jovi juga telah menjadi mangsa berita palsu oleh media.

Pada tahun 2011, telah tersebar satu khabar angin di media sosial bahawa Jon Bon Jovi telah meninggal dunia. Berita itu mengatakan bahawa Jon Bon Jovi terkena serangan jantung di Hotel Empress di kampung halamannya, New Jersey dan meninggal tidak lama selepas itu.

Tidak lama selepas berita itu tersebar, Jon Bon Jovi telah memuat naik sekeping gambarnya di Tweeter miliknya menafikan berita mengenai dirinya telah meninggal dunia.

3. Nicolas Cage

berita nicholas cage meninggal dunia

Pelakon dan pengarah Amerika yang terkenal iaitu Nicolas Cage juga pernah menjadi mangsa berita palsu. Pada tahun 2016, satu laporan melalui media sosial telah mendakwa pelakon popular itu telah meninggal dunia dalam satu kemalangan motosikal pada usia 52 tahun.

Berita yang dikenalpasti mula disiarkan oleh CNN itu merupakan berita palsu yang direka supaya para pengguna internet mengetik pada tajuk yang menjurus kepada iklan menjual perisian antivirus.

Namun, berita palsu itu agak diragui apabila ada berita yang melaporkan Cage mati disebabkan kemalangan ketika bermain ski sedangkan CNN menyiarkan berita Cage mati dalam kemalangan motosikal, siap disertakan dengan gambar motosikalnya yang rosak teruk.

2. Ebby Yus

ebby yus difitnah meninggal dunia

Berita mengenai kematian palsu ini bukan sahaja terjadi pada selebriti antarabangsa malah artis tempatan juga ramai yang difitnah sebegitu. Antara yang menjadi mangsa berita palsu ini ialah pelakon dan pelawak terkenal Ebby Yus.

Difahamkan, berita palsu mengenai Ebby Yus meninggal dunia itu tersebar di media sosial setelah dia dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth 2, Sabah. Ebby Yus yang terkejut dengan berita itu setelah dihubungi oleh rakan-rakannya kemudian tampil untuk menerangkan keadaan sebenar.

Dia sebenarnya ke Sabah atas urusan kerja, namun dimasukkan ke hospital selama beberapa hari akibat masalah paru-paru tetapi keadaannya stabil dan telah dibenarkan keluar.

1. Datuk Jalaluddin Hassan

datuk jalaluddin hassan

Datuk Jalaluddin Hassan merupakan seorang seniman tanah air yang popular dan terkenal kerana lakonannya yang berkesan dan telah berada dalam bidang ini selama puluhan tahun lamanya.

Dia juga pernah menjadi mangsa berita palsu apabila cerita “kematiannya” tersebar di media sosial. Malah, Datuk Jalaluddin Hassan mengalaminya sebanyak dua kali apabila berita pertama dia meninggal dunia disebarkan sekitar bulan Oktober 2015.

Pada pertengahan tahun 2016 pula, pengacara Who Wants To Be A Millionaire ini sekali lagi menjadi mangsa apabila berita dia meninggal dunia tersebar buat kali kedua. Dia berasa kesal dengan berita palsu yang tersebar itu kerana ia membuatkan ramai ahli keluarga, rakan-rakan dan peminat risau dan terkejut.

Sebenarnya ramai lagi artis tempatan yang telah difitnah meninggal dunia seperti Mas Idayu, Rahim Sepahtu, Aiman Tino dan sebagainya. Jadi, anda sebagai pengguna internet dan media sosial diingatkan supaya lebih berhati-hati sebelum menyebarkan berita palsu sebegini ya.

Pastikan semak sebelum share.




Hakcipta iluminasi.com (2017)