Oleh pada 19 Jan 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Alaf 21

Mengambil tempat mengisi slot Megadrama yang popular di Astro, drama berjudul "Andai Itu Takdirnya" arahan Jamal Khan bakal menemui penonton di saluran Astro Ria (104).

   

andai itu takdirnya episod

Kredit foto: Instagram Idzham Ismail

   

Berikut merupakan 10 fakta menarik tentang Andai Itu Takdirnya yang perlu anda ketahui:

   

andai itu takdirnya

Kredit foto: Instagram Hannah Delisha

1. Naskhah novel Andai Itu Takdirnya telah diterbitkan pada tahun 2008 dan kemudian sekuelnya, Andai Itu Takdirnya 2, telah berada di pasaran sejak tahun 2015.

andai itu takdirnya novel

Kredit foto: Instagram Alaf 21

2. Siti Rosmizah Semail merupakan penulis empat novel yang diadaptasi secara eksklusif di Astro, termasuklah Andai Itu Takdirnya 1 dan 2. Perjanjian yang dimeterai antara penulis dan platform penyiaran berkenaan turut meliputi Jangan Menangis Cinta yang telah disiarkan pada tahun 2022, manakala novel Takdir Itu Milik Aku akan datang pada 2023.

   

andai itu takdirnya drama

Kredit foto: Instagram Jeremy Bong

3. Beberapa foto yang dikongsi oleh pelakon siri ini di media sosial menunjukkan bahawa proses penghasilan drama masih berlangsung pada masa ini.

4. Drama ini akan segera ditayangkan dalam slot drama pada Ramadan tahun ini, memberi peluang kepada penonton untuk menikmatinya.

   

pelakon andai itu takdirnya

Kredit foto: Instagram Jeremy Bong

5. Pelakon-pelakon yang terlibat dalam siri ini merupakan gandingan hebat antara Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Puteri Sarah Liyana, Atikah Suhaime, Hariz Hamdan, Idzham Ismail, Dayang Areeda, Razman Mahayuddin, Aida Khalida, Esma Daniel, Nur Dhia Irdina, Zulkifli Ismail dan Laila Nasir.

sinopsis andai itu takdirnya

Kredit foto: Instagram Puteri Sarah Liyana Megat

6. Sebelum ini, watak Aleya disahkan dimainkan oleh Nad Zainal, tetapi disebabkan aktres itu masuk ke unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan paru-paru, ia diambil alih oleh Hannah Delisha.

   

andai itu takdirnya bab 1

Kredit foto: Instagram Puteri Sarah Liyana Megat

7. Secara ringkas, plot cerita ini berkisarkan percintaan yang diuji apabila Aleya, gadis jelita dari latar belakang keluarga sederhana jatuh cinta kepada Syed Adam Aizril, anak seorang tokoh korporat terkenal dan juga rakan sekuliahnya di sebuah universiti di United Kingdom.

8. Siri drama ini menggabungkan plot penceritaan novel pertama dan kedua Andai Itu Takdirnya, dengan jumlah episod sebanyak 60.

   

sinopsis andai itu takdirnya 2

Kredit foto: Instagram Esma Daniel

9. Daripada karya Siti Rosmizah, terdapat lagi 9 adaptasinya yang pernah diterbitkan iaitu 7 Hari Mencintaiku, 7 Hari Mencintaiku 2, Rindu Awak Separuh Nyawa, Cukup Derita Itu, Curi-Curi Cinta, Jangan Menangis Cinta, Lafazkan Kalimah Cintamu, Cinta Kau Dan Aku dan Takdir Itu Milik Aku (akan datang).

   

novel andai itu takdirnya 2

Kredit foto: Instagram Siti Rosmizah

10. Dugaan penggambaran, pada awal tahun ini Siti Rosmizah mengalami jangkitan COVID-19 dan terpaksa mendapatkan rawatan di ICU di sebuah pusat perubatan.

Tetapi dalam pada itu, apa kata anda menonton drama yang baru sahaja ditayangkan di slot Megadrama iaitu Akira Khan. Untuk maklumat lanjut tentang siri ini, anda boleh membaca artikel yang disertakan: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akira Khan

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Andai Itu Takdirnya (Slot Megadrama Astro Ria)




Hakcipta iluminasi.com (2017)